MEJA MAKAN YANG TELAH DISIAPKAN
TETAMU YANG DIRAIKAN USTAZ ROSLAN MOHAMED
Alhamdulillah hari ini berpeluang untuk menulis lagi,
suatu hari menguruskan hidangan makanan buat tetamu yang diraikan
iaitu Ustaz Roslan Mohamed yang telah menyampaikan kuliah @ forum
di Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes Rawang.
Alhamdulillah semua makanan yang disajikan tiada berbaki...
Saya dan Pak Ngah hadir sendiri untuk menguruskan.
Terima kasih buat teman yang juga jawatan kuasa pengurusan masjid yang telah memberi kepercayaaan kepada PHGL.
STATUS KEBUN SAYUR SAYA
Inilah kebun sayur saya yang ringkas dan comel.
Sesudah subuh dan sekembali saya dari tempat kerja, inilah tatapan saya.
Sungguh, saban hari pergi dan balik kerja, sayur-sayuran saya membesar
tanpa sedar, kini timun, dan cili besar sudah menunjukkan tanda-tanda telah ada putik bunga yang akan mengeluarkan buah nanti, alhamdulillah...
Terlalu banyak rahmat dan nikmat akan ilmu Allah takala kita merenung
tumbuh-tumbuhan seperti sayuran ini yang tumbuh dari biji benih, sekian hari
membesar dan menjalar hingga muncul putik bunga yang bakal menghasilkan buah pula....jom renung bersama lagi dalam ....
KONGSI ILMU
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan