KATERING NASI PUTIH & BBQ KAMBING AQIQAH
MENU LAUK YANG DI TEMPAH:
Nasi putih
Masak lemak cili api daging salai
Sayur campur
Ikan keli goreng berlada
Kerabu mangga
Ulam2 & sambal belacan
Bubur kacang
Buah-buahan
&
Kuih muih oleh tuan rumah
MENERIMA TEMPAHAN MEMASAK KARI KAMBING SAHAJA @ MAJLIS AQIQAH
SEPINGGAN GRILLED LAMB STEAK DI KEDAI
REKOD STATISTIK TAPAK RUJUKAN PENGUNJUNG
KE BLOG SHAMI2.BLOGSPOT.COM
SETIAP MASA
Alhamdulillah, tempahan untuk minggu ini selesai di uruskan.
Bekerja secara team work, adalah suatu tugasan yang cukup rumit.
Ianya ibarat seperti mendayung sebuah kayak.
Sekiranya seorang dua sahaja yang mendayung tentulah lambat perjalanan kayak tersebut, namun apabila semuanya mencurahkan sepenuh tenaga
untuk dayungan bersama itu, maka perjalanan kayak itu
akan laju dan cepat sampai ke destinasinya.
Suatu hari saya meneliti sebuah artikel, untuk santapan ilmu, antara catatan
ilmu yang dikutip telah saya catatkan disini sebagai suatu perkongsian ilmu bersama.
Jom baca, faham dan mari kita amalkan dalam kehidupan dan urusan kita.
KONGSI ILMU HARI INI
BICARA
AMAL, BICARA HASIL –
FALSAFAH AMAL, FE’EL DAN HASIL
FALSAFAH AMAL, FE’EL DAN HASIL
Di
dalam al-quran, Allah mengulangi kata kerja dengan tiga perkataan atau lafaz
arab yang berbeza, iaitu ‘AMALA, FA’ALA dan SONA’A .Ketiga-tiganya
diterjemahkan dengan maksud yang sama, iaitu KERJA
(contohnya Ta’maluun,
Taf’aluun, Tasna’uun). Sebenarnya, Allah ingin menyampaikan tiga fasa yang
berbeza terkait dengan kerja atau perbuatan.
‘AMALA
ialah JENIS KERJA/AMALAN yang dilaksanakan untuk diangkat Allah sebagai ibadah
bilamana dilaksanakan dengan basmalah. Ia merujuk kepada suatu kebaikan dan
pelaksanaan yang dipimpin dengan ilmu dan mahunya Allah. Contoh kerja yang
menjadi pokok ibadah ialah khidmat isteri kepada suami, ibu kepada anak,
ayah/suami untuk anak dan isteri. Antaranya ialah memasak, membasuh, mengemas,
mendidik anak dan sebagainya.
FA’ALA
ialah FE’EL/ CARAKERJA yang terkait dengan DISIPLIN seseorang semasa bekerja.
Dengan basmalah, Allah perintahkan agar kita bekerja dengan ilmu pengetahuan
yang khusus. Allah ajar kita untuk bekerja dengan tertib, amanah, sabar, jujur
dan bersungguh-sungguh (ikhlas).
Akhlak / Fe’el pekerja yang prihatin juga
termasuk menjaga adab, hormat menghormati, sentiasa senyum, mematuhi arahan
ketua dan rajin. Fe’el yang baik dalam bekerja itu nanti akan membuahkan
hasil kerja yang baik.
Antara
fe’el buruk yang biasa berlaku semasa kerja ialah curi tulang, tidak bersungguh
(kholas/ikhlas), lalai, bersifat riak, tamakkan upah, menunjuk-nunjuk, ingkar
arahan ketua dan sebagainya. Hasil kerja sebegini biasanya tidak baik.
SONA’A
pula ialah HASIL KERJA itu sendiri. Apa sahaja kerja baik yang dilaksanakan
dengan basmalah, mengikut mahunya Allah, pasti akan memberikan hasil kerja yang
baik.
Wasallam
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan