Selasa, 26 Ogos 2014

Manfaat ilmu dunia yang di amal juga membantu membawa kita semua ke syurga.














Alhamdulillah hari ini mesin @ excavator  telah pun dapat 
masuk ke lokasi kerja setelah berjaya mengatasi halangan
yang tidak terjangka loader membawa excavator ini
mengalami sedikit kemalangan kecil dalam perjalanan ketika hujan lebat.

Petugas mesin ini akan bermalam di kawasan cerun ini sehingga kerja
mereka selesai. Semuanya untuk keselamatan mesin dan juga 
segala keperluan yang telah di hantar ke lokasi kerja.

Alhamdulillah dalam mengendalikan projek pembaikan cerun ini
saya dikurniakan oleh Allah seorang sahabat dan hamba Allah
yang mempunyai niat bekerja yang sama iaitu bekerja semata-mata kerana Allah.

Alhamdulillah percubaan kami menyelesaikan kerja-kerja baiki cerun
pada tahun lepas telah berjaya baik dari segi perlaksanaan kerja 
dan juga aliran tunainya 
budget kos dan keadaan semulajadi alam itu berkadar terus
alhamdulillah tanggungjawab dalam perniagaan ini juga berjaya ditunaikan.

Alhamdulillah juga kami diberi peluang lagi untuk membaiki cerun berikutnya.
Mengikut perancangan, projek ini akan disiapkan dalam tempoh sebulan sahaja insyallah.

Proses kerja ini juga melibatkan pelatih yang akan kami latih 
untuk menjadi pengurus kerja bagi projek seumpama dimasa depan insyallah...

Latihan ini bagi mengisi kekosongan pada tahun 2015 oleh sahabat saya yang akan 
menempatkan dirinya di suatu tempat bagi mendalami pengajian agama
bagi tempoh 2 tahun. 

Insyallah dalam tempoh 2 tahun saya cuma akan
mendapat khidmat nasihat secara teori secara freelance sahaja
dari beliau untuk projek seterusnya.
Kami semua hanya merancang, Allah jua merancang
Semoga segala usaha kami semua ini berjaya dan diredhai olehNya.

Nota ilmu untuk perkongsian



Wasallam




1 ulasan:

mai has berkata...

hidup adalah untuk memberi...tanpa memberi tiada maknanya hidup ini...