Di pejabat :
Setiap hujung bulan pengurusan pejabat akan mengadakan mesyuarat operasi,
dimulai dengan doa disudahi dengan doa dan juga jamuan makan.
Jamuan makan yang di adakan meraikan juga kalangan kami yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan tersebut.
Hidangan kek (yang dibuat sendiri oleh salah seorang anggota pengurusan) dan juga makanan lain menjadi menu pilihan.
Alhamdulillah silaturahim menjadi bertambah baik antara pengurusan dan team operasi dari serata tempat.
Begitulah setiap bulan sebuah pengurusan perniagaan milik keluarga kecil ini,
menguruskan semua lokasi kerja, mendidik, memimpin semua pekerja,
berlandaskan prinsip kekeluargaan.
Penghujungnya gaji pada bulan tersebut ditunaikan kepada semua pekerja.
Alhamdulillah, mudah-mudahan rezeki kami semua diberkati oleh Allah, insyallah.
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak ;
Berada di tingkat 43 Menara Ambank Jalan Yap Kwan Seng semalam,
terima kasih kepada Puan Aniza yang telah menempah.
Penghantaran katering BBQ kambing kali ini menemukan
Pak ngah dan kawan sekelasnya dahulu
di Maktab Mahmud Alor Setar, masyallah
betapa kecilnya dunia ini.....rakan lama yang sudah lama
tidak berhubung kini dipertemukan semula
di sebuah pejabat dalam majlis makan-makan
sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba.
Insyallah.
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan