Jumaat, 27 Jun 2014

Pak Ngah Hilmi Grilled : Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan









Alhamdulillah, 
kita semua insyallah akan mula menunaikan ibadah solat sunat terawih
 pada sabtu malam Ahad nanti, 
dan akan mula berpuasa insya Allah (dengan izin Allah)  pada
Ahad ini bersamaan 1 Ramadhan bagi tahun 1435 Hijrah ini.

Kami dari PHGL dan juga DSham Muslim Shoppe
ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak
buat semua umat islam seluruh dunia
semoga kita semua berjaya membaiki dan meningkatkan lagi
amal ibadah kita di bulan yang mulia ini
sekali lagi bagi tahun 1435 Hijrah
dengan izin Allah hendaknya.






Photo: Sila Share Di Wall Anda.... (y)
Selamat Datang Ramadhan <3



MONOLOG (1)


“Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  
Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan 
di hujungnya kebebasan dari api Neraka”.
Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut 
bulan Ramadhan yang mulia ini. 
Terima kasih Ya Allah, 
kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.
Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut ‘Rayyan’.  Akan diseru pada hari kiamat: “Mana orang yang berpuasa?” Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup”. 

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Ya Allah, diri ini tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan-MU, sesungguhnya rindu ini semakin memuncak, bila tibanya bulan yang penuh keberkatan ini, apatah lagi bagi orang yang berpuasa semata-mata kerana-MU akan dikurniakan syafaat.
Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: 

“Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di

kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya.”

[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]


“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat.  
Berkata puasa pada Hari Kiamat:
“Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu” Dan berkata pula al-Quran: “Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang  ia meminta syafaat padaku mengenai itu.” Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.” 
[Hadis Riwayat Ahmad]
“Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” 
[Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan]
Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah

perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hamba-Nya memenuhi bulan tersebut dengan

amalan ketaatan dan taqarrub kepada-Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan

memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.

v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.

MONOLOG (2)

Rinduku pada solat Sunat Terawih,

Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu”.

Rinduku pada taddarus Al-Quran,

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada
para malaikat”

Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..

Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,
Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,
Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,
Moga bahagia sepanjang hayat.

Wasallam



Tiada ulasan: