Jumaat, 17 Januari 2014

PHGL & DSM : Siburung Kelicap dan catatan hadis sebagai tauladan

                                                                          

             

 

Alhamdulillah hari ini jumaat hari cuti buat saya 
yang bekerja di Kuala Lumpur.
Pagi-pagi lagi suami dah hantar saya, adik mimi dan abang cik an
 ke Kedai D'Sham Muslim Shoppe.
Tujuan kami datang awal ke kedai ni sebab nak mencuci

 Saya khabarkan kepada abang cik an tentang sarang burung yang ada
tanpa lengah dia terus pergi menyiasat sarang burung tersebut, hasilnya
berita yang dibawa, ada sebiji telur burung kat dalam sarang, 
seronoknya pula bila dapat tahu,
kami teruskan kerja mencuci hingga menjelang jam 12.00 tengahari, 
dalam tempoh tersebut dapatlah kami tengok rupa sebenar penghuni sarang burung 
tersebut, dari sebalik cermin kaca, rupanya siburung kelicap kunyit. 

Sebelum pulang bila dah pasti si kelicap telah keluar sarang
sekali lagi abang cik an menyiasat, hasilnya telur sudah bertambah
kepada 2 biji. Ketika itu bertambah lebar senyum saya. Alhamdulillah.
Berita tersebut tidak henti disitu, saya mula terfikir apakah hikmahnya
kebaikannya si burung kelicap ini yang boleh saya kaji dan renungkan.
Sekian masa menelaah, saya temui catatan hadis ini untuk dikongsi:

PERKONGSIAN ILMU



"TAWAKKAL DALAM PERNIAGAAN
"

 SAYANG....., ada yang salah faham konsep tawakal dalam hadis ni....

"Takyahla usaha teruk-teruk sangat.. 

kalo ada rezeki ada la.. macam burung tu, keluar lapar balik kenyang"

"buat apa nak target-target buat  semua benda ni.. 

kalau takde rezeki takde jugak" dan sebagainya

 perhatikan betul-betul....

 Kenapa Rasulullah bagi contoh ....BURUNG?

kenapa baginda tak kata unta?

 unta pun bangun pagi-pagi lapar, lepas tuan dia bagi makan, kenyangla dia.


PERTAMA, 

kerana burung CARI makanan dia.

adakah burung-burung yg kita tengok tu dalam kelaparan... terbang-terbang  
ehhhh ter kenyang pulak. jom balik.

KEDUA, 

Burung keluar DI AWAL WAKTU

Pagi-pagi dia keluar kan. Kalau dari istana saya di ni pagi2 dgr bunyi cip cip cip.
 Tengah hari sikit dah takde dah. 
Petang pulak depa balik. burung berpagi2 kuar cari makanan. 
Tak lewat sikit pun.
 jadi kita yang bertangguh ni? 
cuba kita renung-renung dan audit diri kita semula...

KETIGA, 

Burung tahu TUJUAN

Biasakan kat sawah pagi kita tengok ada orang-orang... 
kita tanya "buat apa ni?" 
jawab pakcik pesawah "halau burung". kan? 
burung tahu rezeki dia ada di sawah padi. 
Kalau burung raja udang dia tunggu kat tepi sungai sebab dia makan ikan.
 takdenya burung-burung tu pegi ntah mana-mana kan?....

KEEMPAT, 

Burung TAK PATAH BALIK

Burung-burung yang berhijrah dari negeri sejuk ke panas, 
atau sebaliknya, tak pernah sampai tengah jalan ehhh.... patah baliklah, 
tak larat terbang. huhu...
 Mereka tetap teruskan ke tempat penghijrahan mereka.

KELIMA, 

Burung MEMBERI MANFAAT KEPADA MAKHLUK LAIN

Bila hisap madu, burung kelicap sebenarnya membantu pendebungaan. 
jadi pokok-pokok yang dia hinggap tu boleh membiak & berbuah...

  Kesimpulannya 
 
bukan saja-saja Rasulullah bagi contoh  BURUNG
 
Ini semua kerana istimewanya burung ni
 
dalam kisah Nabi ibrahim, 

burung kecil pun bantu nak padamkan api walaupun paruhnya kecil.




Burung sebenarnya ada banyak nilai positif.


Jangan hidup tanpa arah tujuan. Malu dengan burung.

Jangan buat kerja separuh jalan. Malu dengan burung. 

Jangan patah semangat dalam pendakian. Malu dengan burung.

Sedangkan Allah dah ciptakan kita sebaik-baik kejadian. 

Malah Allah mintak iblis dan para malaikat untuk sujud pada kita. 

Nak cerita betapa bagusnya kejadian manusia ni. 

Kalau kita kalah dengan burung. Malu kan?







D'SHAM MUSLIM SHOPPE

 Ruang kedai dah siap dibersihkan dan di atur semula







Wasallam

Tiada ulasan: