Wajik @ pulut kacau oleh mak
Halwa @ manisan dari buah betik yang diukir
Alhamdulillah pada tahun 1435 Hijrah ini
seorang lagi adik shami telah melansungkan pernikahan.
Adik yang ini satu-satunya lelaki anak ke 5 dari kami 7 orang adik beradik.
Majlis pernikahan dilakukan disebuah surau merangkap sekolah agama rakyat.
Majlis berjalan ringkas dan sederhana.
Persiapan hantaran datang dari mak, pengantin lelaki manakala
gubahan hantaran adalah hasil tangan kami adik beradik,
Juga kiriman dari saudara mara.
Buat kedua mempelai:
Mohd Abdillah & Norazila
PHGL & SDH @JURNAL KEHIDUPAN MENGUCAPKAN
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)
Selanjutnya dari entri ini Pak ngah & Mak ngah (shami) serta seisi keluarga,
juga ingin mengundang teman-teman di alam maya
dan realiti untuk yang jauh maupun yang dekat, untuk turut sama meraikan
majlis kenduri kahwin kedua pasangan ini di rumah keluarga pengantin lelaki insyallah akan berlansung pada 29hb Disember 2013.
PEDOMAN DARI NASIHAT
WASALLAM
2 ulasan:
Assalamualaikum Shami
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan
Selamat pengantin baru
moga mereka bahagia dlm perlindungan Allah hingga ke Syurga
terima kasih atas jemputan
tahniah buat adik ka shami. semoga berbahagia ke akhirnya...
Catat Ulasan