Selasa, 17 Disember 2013

Jangan dibiarkan Sehari Dalam Hidup mu dan aku tanpa memikirkan tentang Islam




























 

Alhamdulillah, janji untuk membawa anak-anak melakukan 
aktiviti memancing telah pun tertunai.
Lokasi pilihan adalah kolam memancing kawan Pak Ngah. 
Selepas asar kami pun bertolak ke tempat yang dimaksudkan. 
Pemandangan alam waktu tersebut cukup menarik.
Dari kejauhan lagi dalam linangan air kolam  jelas kelihatan 
ikan-ikan bebas berenang-renang.
Sebaik sampai dan berdiri di dek memancing, ikan-ikan talapia merah 
mula menghampiri.
Gaya ikan-ikan ini macam sedang menunggu diberi makan.
Beginilah  telatah anak-anak bila berpeluang memancing.
Dihujung waktu jumlah tangkapan ikan yang diperolehi lebih kurang 7 ekor kesemuanya.
Kesemua ikan tersebut, kemudian dilepaskan semula ke kolam.
Begitulah pengalaman memancing yang telah diberikan buat anak-anak.

PEDOMAN DARI NASIHAT





Wasallam

Tiada ulasan: