Khamis, 10 Oktober 2013

Rama-rama






Alhamdulillah saya menulis lagi...suatu hari 
 seekor rama-rama besar hinggap didinding. Inilah rupa rama-rama berkenaan
Entah dari mana datangnya. Warnanya cantik dan saiznya juga agak besar.
Pemerhatian ini direnung, dirujuk dan dicatat untuk  
diterjemahkan secara ilmiah. 
Mudah-mudahan
hikmah ilmiah tersebut dapat direnung dan difahami bersama
yakni itulah antara bukti kebesaran dan kekuasaan Allah yang 
Maha mengetahui dan berkuasa keatas segala sesuatu.
Tanggungjawab kita hambanya adalah untuk taat kepada perintahnya 
dan meninggalkan segala larangannya.


PERKONGSIAN ILMU

Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah 
cukup sempurna dari segi sifat dan kejadiannya. 
Hanya yang mengangkat manusia adalah akalnya.
 Keadaan ini berbeza dengan sifat kejadian si rama- rama yang tiada akal. 
Justeru, sebagai khalifah, manusia harus menggunakan akal untuk mentadbir bumi dengan berbuat segala kebaikan.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". 
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): 
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" 
Tuhan berfirman: 
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

(al- Baqarah: 30)

Wasallam





3 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

rama rama dah sampai ke kedai Pak Ngah
saya belum sampai lagi

Unknown berkata...

Waalaikum salam

Jomlah singgah...hehhe

afeezz berkata...

http://en.wikipedia.org/wiki/Opodiphthera_eucalypti

sharing is caring