Aksi si kambing ketika bergambar
Proses menyusu
si kambing, mulut comot dengan rumput
Aksi si kucing
Pokok keladi lebih besar dari pokok pisang
Aksi lembu yang stress bila kandang terlalu padat
Alhamdulillah hari ini berpeluang mengikut Pak Ngah
ke ladang ternakan lembu dan kambing.
Sambil menanti Pak Ngah selesaikan urusannya,
saya dan anak-anak meninjau ternakan yang ada.
Stok kambing dan lembu padat menjelang aidil adha.
Semuanya menanti untuk dihantar kepada pemiliknya.
Hampir kesemuanya juga adalah stok bagi tujuan ibadah korban dan Aqiqah.
Kami juga sempat meninjau-ninjau sekitar ladang, tanaman yang ada subur menghijau
suasana persekitaran mengimbau nostalgia kampung halaman sendiri..
Antara pengalaman yang paling indah adalah ketika meninjau rumah-rumah kambing.
Pelbagai aksi si kambing dapat di rakam, paling istimewa apabila kita mengucapkan Allahuakbar, dan berselawat, pelbagai reaksi kambing dapat dilihat ada yang diam kaku, memandang..ada yang menghampiri minta di belai..
pengalaman ini membuatkan anak-anak sangat teruja...
foto dirakam untuk kenangan.
Kepada yang ingin membeli atau menempah lembu dan kambing dari ladang sila hubungi kami di hp no tertera di muka atas blog ini.
PERKONGSIAN ILMU
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja;
dan la mengetahui apa yang ada di darat dan di laut;
dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan la mengetahuinya,
dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab
(Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
(Surah Al-An’am: Ayat 59)
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar
(Surah Fussilat: Ayat 53)
Kita amat memerlukan kepada ikatan ilmu dengan Maha Pencipta:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu
(Surah Al-’Alaq: Ayat 1)
‘Ilmulah yang mendorong keimanan.
Demikian juga bertafakkur mengenai tanda kekuasaan Allah dan ciptaan Allah menghasilkan ma’rifah kepada Allah dan penambahan iman serta membesarkan dan menyucikanNya.
Sekadar mana tautan hati kepada Allah sekadar itulah – insya’Allah – kedudukan kita di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kita hendaklah mengetahui bahawa sesiapapun tidak akan terdaya untuk meletakkan kadar yang sebenar terhadap Allah.
Benarlah, Maha Suci Allah yang mengetahui kadar yang selain-Nya.
Sekadar mana sekalipun kita mengambarkan sifat Allah, ianya tidak akan sampai kepada hakikat sifatNya yang hakiki.
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan