Hari ini bersamaan 28 Ramadhan bagi tahun 1434 Hijrah
Hari ini juga hari terakhir bekerja sebelum
bercuti sempena aidil fitri
Insyallah kami sekeluarga akan pulang bercuti ke kampung halaman
nun di utara negeri jelapang padi
seperti mana tahun-tahun sebelumnya.
Persiapan raya bagi kami sekeluarga hanya biasa-biasa sahaja
persalinan baru untuk anak2, kuih raya untuk ibu dan mertua
dan lain-lain keperluan sebagaimana kebiasaanya.
Malam tadi adalah malam terakhir saya
bertarawikh di taman perumahan
ada rasa sayu di situ
Ramadhan makin meninggalkan pergi
mampukah kita memastikan diri kita
tetap ada di Ramadhan tahun berikutnya
Allahuakbar...semoga amal ibadah kita pada Ramadhan tahun ini
diterima Allah SWT hendaknya.
Wasallam
1 ulasan:
Salam
ramadhan akan berlalu sehari lagi, entah bertemu lagi atau sebaliknya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat shami dan pak ngah sekeluarga di sana, Maaf zahir dan batin
Catat Ulasan