Rabu, 31 Julai 2013

Pak Ngah Hilmi Grilled : Anak perempuan bongsu : Kuih raya


Adik mimi









Alhamdulillah Ramadhan bagi tahun 1434 Hijrah kini berada di malam 10 terakhir, 
bagi rakan seusia dengan shami & pak ngah sudah tentu, 
jadual ibadah menjadi agenda terpenting selain agenda bisnes. 

Namun apabila mempunyai anak perempuan seorang, 
bongsu pula tentunya pengalaman hidup  
kanak2nya perlu juga di beri perhatian kerana ia adalah
 fitrah kehidupan.

Alhamdulillah tahun ini adik mimi tetap berpuasa penuh, seperti tahun-tahun dahulu semenjak 3 tahun bersekolah.  Malamnya masa diisi penuh dengan mengikut 
shami & Pak ngah ke surau berdekatan dengan rumah, 
untuk solat isyak, terawih dan bertadarus. 

Alhamdulillah rutin itu masih kekal semenjak umurnya 2 tahun.
Ramadhan adalah bulan yang menyeronokkannya.

Adik mimi dilahirkan secara pembedahan pada 14 ramadhan 1426 Hijrah
Setiap malam hampir jam 1.00 pagi barulah dia tidur, 
bangun pula bersahur sekitar jam 5.15 pagi,
 solat subuh dan bersedia ke sekolah. 
Hujung minggu tetap dengan  rutinnya
ke kelas mengaji & hafazan.

Antara soalan2 adik mimi, 
kenapa hanya sebulan sahaja bulan Ramadhan kenapa tidak 2 bulan, 
mimi belum puas lagilah berada di bulan puasa
Apa yang boleh di jawap agar sesuai dan tidak mengecewakannya..
Jawapannya: Allah hanya beri 1 bulan sahaja ramadhan untuk kita.
Pertanyaan itu berakhir di situ.

Sebetulnya ibu yang bekerja ini tidak pernah 
pun membuat kuih sendiri, hanya tahu menempah sahaja. 
Bukan tidak pandai tetapi 
tidak pernah memberi ruang kepada diri sendiri 
lagi pun masa agak terhad.
Bagi menjimat masa, 
dan tenaga saya lebih suka menempah sahaja.

Tapi tahun ini ada permintaan dari 
anak perempuan seorang yang bongsu. 
Kesian pula untuk di tolak mentah2
berbagai rayuan diterima setiap hari,....
Fikiran masih ligat memikirkan sesuatu bagi menguji kesungguhannya.

Mama tidak pandai buat kuih, macam mana...
Responnya menjadi lebih positif, 
katanya dia tahu cara dan bahan membuatnya kerana 
sudah tengok di dalam internet.

Ohh... saya tidak boleh mengelak lagi, 
 adik mimi diminta senaraikan bahan-bahannya.
tanpa bertangguh, senarai bahan siap di tulis 
kemudian diserahkan pada Baba untuk tugasan membeli.
Benar ada kesungguhannya disitu.

Akhirnya pada suatu hari minggu 
kami berdua berganding bahu 
membuatnya 
dengan arahan dari adik mimi...hehhehe 
wah.. budak kecil ini sudah pandai
mama hanya menjadi orang dewasa yang perlu bertanggungjawab 
dengan peralatan dapur yang bakal digunakan.

Akhirnya kuih raya idaman adik mimi sudah ada didepan mata.
Bahagian tertentu sudah pun dibagi kepada sahabatnya  yang tinggal berjiran
Dan simpanan sendiri juga susut 
Ada hasrat terpendam ingin berjual pulak lepas ramadhan 
masyallah jauh sungguh hasrat hati adik mimi.
Foto di atas dirakam untuk kenangan.

kata- kata hikmah 




Wasallam

1 ulasan:

afeezz berkata...

wah... saya pon suke biskut cornflake ni.... hehehe