PENYELIA DARI SEMUA SITE
TEAM OPERASI
PENGURUSAN
Syaaban makin meninggalkan kita,
dan Ramadhan pula bakal kunjung tiba.
Inilah foto kenangan lewat 5 tahun berlalu dalam dunia kerjaya
yang telah saya tempuh di tahun ke18.
Alhamdulillah,
Saya bagai berada di sebuah universiti institusi kekeluargaan,
perniagaan, kehidupan insan, perjalanan rohani diri..dll masyallah, tabarakallah
terlalu banyak catatan hidup yang saya lalui, dan tak mungkin
mampu untuk saya jelaskan semuanya.
Saya hanya hambanya yang biasa-biasa
Hanya Allah SWT tempat saya berdoa..
meminta rahmat, redha dan kasih sayangnya serta
bersyukur atas setiap anugerahnya....
foto ini ditatap buat pertama kalinya
lewat 5 tahun berlalu...ada rasa sendu dan juga sebak..
subhanallah...begitulah perancangan Allah buat saya
yang jahil dan kerdil ini.
PERKONGSIAN ILMU
KELEBIHAN BERTAHAJUJ SEBAGAI PANDUAN DAN AMAL BAIK BUAT KITA SEMUA
SATU cara paling berkesan untuk
berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya
sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi satu persoalan
boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa
untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan
penuh keheningan.
Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.

Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.
Dengan kata lain, amalan bangun
bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang
letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan
sesetengah orang yang tidur seperti mati.
Ia amat susah untuk disedarkan
walaupun puas dikejut. Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya
akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik
menonton tayangan gambar larut malam di kaca TV atau mereka melakukan kerja
tambahan lain.
Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam.Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.
Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Dan dari malam, hendaklah engkau
bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu
pada kedudukan yang terpuji.’
(Surah Al-Israk: Ayat 79).
Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya.
Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan
itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi
mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula. Bagi yang dapat
menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan
sembahyang Tahajud.
Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Allah s.w.t sayang kepada lelaki
yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan
isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya.
Dan Allah sayangkan perempuan yang
bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika
suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”
(Hadis Riwayat: Abu Daud)
(Hadis Riwayat: Abu Daud)
Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini. Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.
Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram. Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.
Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam
(Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di
dunia dan empat di akhirat.
KURNIAAN DI DUNIA IALAH:
- Jauh daripada segala penyakit.
- Lahir kesan takwa pada wajahnya
- Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
- Percakapannya mengandungi hikmah.
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH:
- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
- Dipermudahkan hisab.
- Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini.
Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada
bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang
Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.
Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.
Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.
Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.

Nota buat muslimah
jambatan menuju
kebenaran adalah ilmu, dan siapa yang menempuh perjalanan hidupnya dalam rangka
menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu,
niscaya Allah akan (memudahkan) dengannya jalan dari jalan-jalan ke syurga”
Amalan-amalan sepanjang Ramadhan yang bakal kita tempuh itu nanti adalah taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Ramai
di kalangan Muslimah khususnya dan kaum Muslim umumnya yang memahami taqarrub
itu hanya terkait dengan amal ibadah ritual sahaja atau hanya terkait dengan
ibadah-ibadah sunnah sahaja.
Hakikatnya bertaqarrub kepada Allah adalah dengan
melaksanakan semua amalan yang difardhukan oleh Allah dan menambahnya dengan
sentiasa berusaha melaksanakan amalan-amalan sunnah.
Tentu kita tidak boleh
keliru dengan lebih mengutamakan amal-amal sunnah dan menilainya sebagai
taqarrub yang mesti diutamakan lantas mengabaikan amal-amal yang wajib.
Dakwah
menyeru kepada al-khair (Islam), menyeru manusia ke arah perkara yang
makruf dan mencegah manusia dari kemungkaran merupakan antara kefardhuan yang
mesti diusahakan oleh setiap Muslimah dalam rangka untuk mendapat keredhaan
Allah SWT.
Dalam
sebuah Hadis Qudsi dari Nabi SAW.Bahawa Allah SWT berfirman:
“Tiadalah seorang hamba bertaqarrub
kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada apa yang Aku fardhukan
atasnya.
Tiadalah hambaKu terus-menerus bertaqarrub kepadaKu dengan amal-amal
sunnah hingga Aku mencintainya.
Jika Aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya
yang dia gunakan untuk mendengar,
menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk
melihat,
menjadi tangannya yang dia gunakan untuk memegang dengan kuat,
dan
menjadi kakinya yang dia gunakan untuk melangkah.
Jika ia meminta kepadaKu,
niscaya dia Aku beri,
jika ia meminta perlindunganKu,
niscaya dia Aku lindungi…” [HR al-Bukhari].
Saya suka ulang-ulang baca hadis ini,
tidakkah kita semua ingin dicintai dan dikasihi oleh Allah SWT
sepertimana penjelasan hadis ini....jom audit diri kita
mulakan lagi langkah baru dalam hidup ini..insyallah...
kita semua akan berjaya ..hingga ke firdausNya
Wasallam
2 ulasan:
salam ziarah Shami2
assalamualaikum kak shami
alhamdulillah dengan kehidupan yg telah dipinjamkan. saya tahun ni sudah masuk tahun ke 14 di UM
Catat Ulasan