Hari khamis malam jumaat tempohari,petangnya shami dan Pak ngah dapat panggilan dari
Maskargo katanya barang dah sampai
Lepas Maghrib malam tu kami bergegas ke KLIA/LCCT, area kargo untuk ambik barang.
Inilah pengalaman pertama berurusan dengan Maskargo.
Alhamdulillah dapat pula pelajaran baru,
mengurus terima barang yang dihantar dari luar negara.
Lepas ni insyallah bolehlah belajar2 urus hantar ambik barang
( a.k.a import & eksport) dari luar negara.
Kerja-kerja pengurusan macam ni sebenarnya merupakan satu perkhidmatan,
juga cabang bisnes kalau rajin. Kita berkongsi dahulu pengalaman pertama kami ini.
Mula-mula untuk mengambil kiriman kargo, kita perlu ke pejabat kastam kat luar kawasan kargo untuk ambil pas, di situ setelah maklumat kita beri, maskargo akan faxkan data2 kiriman kita sebagai bukti kepada pemberi pas, kemudian IC perlu ditinggalkan, lepas tu kita akan dipakaikan gelang kertas dicetak komputer ditangan kiri masing2, pastu barulah kita boleh dibenarkan melalui gate kastam area kargo.
Mereka-mereka kat area kargo ni kerja 24 jam sibuk betul urusan mereka mengurus ambik dan agihkan barang yang keluar masuk dari dalam dan luar negara kita yang menggunakan khidmat penerbangan.
Maaf gambar tak ada nak tunjuk sebab, dah dapat warning dengan Pak Ngah,
takut nanti kena marah ngan Encik Kastam yang berkawal.
Sebagai makluman, kanak-kanak tidak dibenarkan masuk di dalam area kargo ni,
Oleh kerana malam tu kami membawa adik mimi bersama, maka adik mimi perlu ditinggalkan di pos kastam kat pintu keluar/masuk kawasan kargo. Setelah mendapat kebenaran Encik kastam adik mimi ditinggalkan kat situ sementara.
Dengan penuh amanah mereka menjaga adik mimi siap
bagi hp mereka kat adik mimi untuk hilangkan boring sebab lama menunggu mama & baba buat urusan, kena pulak malam tu sistem online mengisi borang kastam tergendala hampir 45 minit juga.
Tempat kargo ni memang luas, banyak syarikat courier beroperasi termasuklah maskargo. Pada bahagian2 tertentu Encik- encik kastam ini bersedia dengan
senapang @ dan seumpama (maaf tak berapa kenal jenis senjata api yang di pakai).
Mereka semua ni bersedia andai belaku sebarang kemungkinan.
Memula kami ke mas kargo office bahagian kiriman untuk mendapatkan borang maklumat kiriman dari pengirim yang dicetak, borang tersebut perlu pula dibawa ke pejabat kastam/ atau agen kastam untuk proses mengisi borang bagi tujuan maklumat barang dan pencukaian dan membuat bayaran proses khidmat.
Selesai di situ, kami perlu balik semula ke pejabat Maskargo bahagian kiriman untuk selesaikan caj khidmat kiriman oleh maskargo.
Seterusnya surat pelepasan bagi mengambil barang kat store mas kargo akan di keluarkan.
Kemudian kami ke store untuk ambik barang, selesai ambik barang, kami menuju pejabat
kastam bahagian pemeriksaan kandungan barang yang diterima, setelah disemak dan dibuka tengok kotak barang tersebut, dan telah di sahkan barangnya, kemudian kami menuju ke pejabat kastam bahagian cukai untuk membayar cukai yang dikenakan.
Setelah semua siap dibayar kami pun dah boleh keluar, dan masa melalui gate kastam, singgah pulak untuk ambik adik mimi, bukan main suka adik mimi, mata pun segar bila duduk dan dilayan baik oleh Encik- encik kastam.
Foto di atas adalah contoh kiriman barang yang diambik malam tu, antaranya
abaya perempuan, jubah lelaki dan kanak2 yang kini ada di jual di D'Sham Muslim Shoppe, kepada yang berminat dengan jubah2 Saudi Arabia ni bolehlah datang beli atau email pesanan anda melalui:
nnjaya73@yahoo.com, whats up atau sms saja kepada saya di hp no berikut: 019-2284344
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan