Jumaat, 1 Mac 2013

Daging Goreng Kicap adik mimi







Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

 Salam Jumaat, alhamdulillah dengan izinnya masa menulis tiba lagi, 
tentunya rindu untuk menulis sentiasa berkobar-kobar. 
Suatu malam saya dan adik mimi memasak makan malam untuk kami sekeluarga yang ada di rumah cuma kami bertiga iaitu 
saya, suami dan adik mimi.

Menu kami malam tu adalah daging goreng masak kicap. 
Bahan-bahannya adalah apa yang ada dalam peti sejuk dirumahsaja, 
antaranya:

10 ketul Daging segar yang siap dipotong
1 biji labu bawang besar
2 Biji cili besar pilihlah warna pelbagai contoh hijau dan merah
Daun bawang 
2 Inci Halia
Air asam 
Bawang merah 1 biji
Sedikit Garam dan kunyit
Minyak untuk memasak
Kicap manis

Saya tidak mempunyai sukatan yang tertentu tapi ikut tangan sahaja.

Cara memasak:

Daging dibasuh bersih dan digaul dengan garam 
bersama kunyit serta 1 biji bawang merah yang ditumbuk.

Panaskan minyak dalam kuali
masukkan daging, kacau dengan senduk hingga minyak rata pada daging.
Masukkan air asam dan halia secukupnya, rebus daging hingga empuk.
Bila air dah kering, masukkan hirisan bawang dan cili besar
Gaul hingga rata masukkan kicap secukupnya 
biar sekejap, akhir masukkan daun bawang. 
Kemudian tutup api dapur, 
menu daging masak kicap dah pun siap.
Mudah saja kan. 

Itulah antara menu ringkas kami sekeluarga, sedap dimakan bersama nasi panas2.
SELAMAT MENCUBA 


PERKONGSIAN ILMU HARI INI

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah SAW. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud: "... makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan..." (Surah al-A'raf, ayat 31). Berikut antara 6 cara makan mengikut sunnah Rasulullah SAW.

1. Baca doa sebelum dan selepas makan




Membaca Bismillah ketika hendak makan dan akhirinya dengan membaca Alhamdulillah. Hikmah membaca Bismillah dan Alhamdulillah bagi seorang muslim supaya selalu mengingati bahawa makanan yang hendak dimakan adalah nikmat, rezeki dan anugerah dari Allah Taala. Ini secara langsung akan terhindar dari sikap berlebih-lebihan dan membazir.

2. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang

Rasulullah SAW makan hanya ketika benar-benar lapar, dan berhenti sebelum perut berasa kenyang. Rasulullah SAW telah mengajar cara untuk makan dan minum iaitu sepertiga isi perut untuk makanan, sepertiga lain untuk minuman dan sepertiga akhir adalah untuk udara (nafas). Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia akan memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga menjadi lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur.

3. Cara duduk
Gambar hiasan: duduk makan cara sunnah

Cara duduk adalah seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan. Iaitu peha atau lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Posisi ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan pada perut, malah dapat menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 bahagian untuk udara dan 1/3 lagi untuk air.

4. Makan menggunakan tangan

 
Di antara sunnah Rasulullah SAW adalah makan menggunakan tangan kanan. Beliau memakan makanan dengan tiga jari lalu menjilat ketiga jari tersebut sebelum membersihkannya. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan atau jari kita tadi akan lebih cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

5. Basuh kedua belah tangan dan berkumur sebelum makan
Perbuatan membasuh tangan dan berkumur sebelum dan selepas makan adalah amalan sunnah yang juga bertujuan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria.

6. Makan dalam satu dulang 
Makan di dalam dulang bersama-sama akan dapat menciptakan kemesraan dan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Malah, amalan makan satu dulang ini juga akan dapat mengelakkan pembaziran.

Wasallam



2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami

nampak sedap jer daging masak kicap adik mimi. insyaAllah, pandai masak dah besar tu nanti.

pernah sekali jer makan dalam talam masa belajar dulu, memang meriah dan mesra, siap berebut2 lagi... heheheh

shami2 berkata...

As salam dek afezz

Insyallah, mudah-mudahan.

Makan dalam talam memang best sunnah tu.