Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk menulis lagi, kali ini khusus tentang aurat bagi seorang wanita,
ilham ini datang dengan cara yang begitu istimewa, ..dan kerana itu saya catatkan disini sebagai wadah untuk semua sahabat saya yang terdiri daripada, bapa-bapa, ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik dan juga anak-anak sekelian.
Demikian juga bagaimana saya kini berusaha mentadbir sebuah kedai bernama D Sham Muslim Shoppe. Hasrat, matlamat ataupun objektifnya adalah untuk berdakwah melalui pakaian,dalam erti kata lain inilah antara usaha saya sebagai seorang wanita, isteri dan ibu, berniaga, menyediakan kemudahan setempat, untuk membantu agama Allah dengan membekal dan menjual pakaian, juga barangan keperluan ibadah buat umat islam.
Istimewa buat wanita, anak2 remaja hari ini, dalam usaha mendidik dan membuka minda mereka untuk dekat dan faham akan erti aurat bagi seorang wanita, dalam berpakaian sebagaimana yang telah disyariatkan oleh Allah SWT kepada kita semua.
D Sham Muslim Shoppe bukanlah simbol kekayaan kepada saya sekeluarga, sebaliknya kedai ini ibarat sebuah pasar buat umat islam yang mencari produk berupa pakaian, makanan, minuman, makanan kesihatan, barangan kecantikan dll yang diusahakan oleh umat islam, sebahagian produk yang dijual juga adalah hasil kerja tangan ibu2 tunggal yang telah kehilangan tempat bergantung, juga suri rumah yang berusaha menambah pendapatan keluarganya.
Doakan saya moga usaha saya ini dilindungi, diredhai dan diberkati oleh Allah SWT. Insyallah.
Sokongan anda dalam apajua jalan yang baik sangat dialu-alukan.
PERKONGSIAN ILMU
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh merekamelainkan kepada suami mereka atau bapamereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)
Berikut adalah bahagian-bahagian berkaitan aurat wanita, dan dalil ringkas mengenainya :
1. Bulu Kening
Menurut riwayat Bukhari, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)
5. Gigi
Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Riwayat At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah SAW:
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (Suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32)
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (An Nur : 31).
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar)
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
"Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
CARTA SEMAK PAKAIAN MENUTUP AURAT UNTUK WANITA
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan