Jumaat, 11 Januari 2013

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb ~ Dinner















Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang

Alhamdulillah hari ini 28 Safar bagi tahun 1434 Hijrah.
Salam hari jumaat buat semua pembaca blog SDH 
semoga kita semua di dalam rahmat dan redhaNya walau dimana jua berada.

Catatan ini dirakam istimewa untuk:

Penghargaan dan ribuan terima kasih di ucapkan
buat seorang hamba Allah yang mengetuai sebuah jabatan di PERODUA
di atas kepercayaan yang diberi kepada 
Pak ngah hilmi grilled lamb steak 
dan krew untuk menguruskan jamuan makan malam 
mereka seramai 150 orang di kedai kami,
sempena kejayaan jabatan mereka menguruskan suatu projek milik syarikat.
Lanjutan, Pak ngah hilmi juga mengimamkan solat maghrib berjemaah bersama 
di ruang dalam kedai
 bertahlil dan membacakan doa selamat serta kesyukuran
khusus buat kakitangan jabatan dan ahli keluarga mereka
 sebagaimana permintaan dalam suasana yang ringkas dan sederhana.
foto di rakam untuk kenangan.
Alhamdulillah.

KEPADA RAKAN2 PEMBACA BLOG SDH 
SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK MENGADAKAN MAJLIS MAKAM MALAM SEUMPAMA
 JEMPUTLAH DATANG KE KEDAI UNTUK BERBINCANG LANJUT.


PERKONGSIAN ILMU

Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, 
ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. 
Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. 

Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, 
paling malas pun, 

mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah. 

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa 
(contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), 

kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, 
kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.




Wasallam
























Tiada ulasan: