Padanan tudung berdagu dan jubah warna hitam
Telekung moden ~ Kain lycra berlengan
Padanan jubah dan tudung berdagu
Pilihan tudung aurat berdagu ~pandangan sisi
Telekung jessie kualiti 1 = RM 50.00 ( labuh) RM 45.00 ( pendek)
Telekung cotton kualiti 1 ~ RM 90.00 sepasang
Tanpa kain RM 80.00
Telekung jessie kualiti 1 pandangan belakang
Telekung cotton kualiti 1 ~ Ziarah RM 75.00 tanpa kain
Telekung cotton Kualiti 1
Telekung Vietnam ~ Bunga 3 layer RM 80.00 sepasang
Telekung jessie kualiti 2 ~ RM 20.00 tanpa kain
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Alhamdulillah hari ini 4 Rabiulawal tahun 1434 Hijrah,
Berikut foto dirakam bagi memperkenalkan
produk telekung yang ada dijual di
Kedai shami
D'Sham Muslim shoppe.
Program/waktu/musim berumrah kembali lagi
justeru itu permintaan telekung juga meningkat.
Berikut adalah foto telekung yang ada di kedai kami.
Sesuai untuk kegunaan harian maupun untuk dipakai
ketika berumrah dan berhaji atau dihadiahkan
kepada sesiap sahaja yang memerlukan.
Kadarharga juga pelbagai.
Bermula dari RM 20.00 hinggallah mencecah kepada ratusan ringgit.
Pilihan ada di hati sanubari ibu-ibu, puan-puan dan anak2
mengikut kesesuaian budget dan keselesaan.
Berminat untuk membeli sila email kepada saya atau
jemput singgah di kedai. Kini kedai telah dibuka 7 hari seminggu
dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang ( Sesi siang)
atau malam 8.00 malam hingga 12.00 malam ( Sesi malam ~ temujanji)
Perkongsian Ilmu
Pemakaian Telekung di Nusantara
Pemakaian telekung adalah satu struktur budaya keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ianya terbukti sesuatu yang amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadah.
Para ulama Melayu dahulu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadah umat ketika itu. Pemilihan bentuk telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua generasi umur dan bentuk badan.
Ini bersesuaian dengan arahan Allah SWT di dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat.
Di dalam surah al-A'raaf ayat 31 yang bermaksud:
يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٍ۬ وَڪُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ
Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu (pakaian) yang indah disetiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.
Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu (pakaian) yang indah disetiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.
Menurut Sheikh Khatib Al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj telah menguatkan pendapat daripada Ibn Abbas RA mengatakan bahawa maksud memakai pakaian yang indah setiap kali memasuki masjid ini adalah merujuk kepada pakaian ketika sembahyang.
Ibnu Hazm pula memahami maksud 'perhiasan' disini adalah menutup aurat.
Manakala Imam Ibn Kathir, telah memetik riwayat Imam Muslim mengatakan bahawa ayat ini merupakan bantahan atas tindakan orang-orang musyrik yang dengan sengaja mengerjakan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang.
Ianya juga menunjukkan memberi pengertian lain iaitu disunahkan menghias diri ketika hendak menunaikan sembahyang lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan Hari Raya. Juga disunahkan memakai wangi-wangian kerana ia juga termasuk daripada perhiasan.
Malah boleh juga kita mengenakan pakaian yang berjenama asalkan tidak mendatangkan rasa takabur.
Ini sepertimana yang diberitahu oleh Qatadah yang meriwayatkan dari Muhammad Ibnu Sirin bahawa sahabat Nabi Muhammad SAW, Tamim Ad-Dari pernah membeli sebuah rida' (selendang atau serban) dengan harga seribu, lalu ia mengerjakan sembahyang dengan mengenakannya.
Ulama Melayu dahulu amat bijak dalam membentuk budaya corak berpakaian yang baik kepada umat Islam di Nusantara.
Mereka juga telah memilih warna putih sebagai warna rasmi kepada telekung.
Ini juga bersesuaian dengan kehendak sunah yang amat disukai oleh Baginda Nabi SAW dalam memilih warna pakaian yang terbaik.
Sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Ibnu Abbas di dalam hadis marfu', Rasulullah SAW bersabda :
"Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih. Kerana sesunggunya ia adalah sebaik-baik pakaian kalian. Dan kafanilah orang-orang yang mati dikalangan kalian dengannya."
Pembentukan budaya pemakaian telekung ini membuatkan Umat Islam di Nusantara agak janggal untuk memilih pakaian yang berlawanan dengan adat budaya yang telah dibentuk sejak sekian lama.
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan