Jumaat, 9 November 2012

chicken mandy, lamb kabsah & Nasi Ayam P'gang Pak Ngah Hilmi


Chicken Mandy


Lamb kabsah


Nasi Ayam Panggang Pak Ngah Hilmi dimakan bersama kuah "black pepper".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah, hari ini 24 Zulhijjah 1433 Hirah
Cuti sekolah bagi negeri utara sudah bermula
subuh2 tadi along dan angah telah pun selamat sampai ke rumah.
Cuti sekolah di Selangor pula untuk abang cik an dan adik mimi 
akan bermula secara mutlak esok.

Suatu malam saya sekeluarga  menikmati menu nasi
 Chicken mandy dan Lamb kabsah dari sebuah kedai.

Telah menjadi rutin kami sesekali kami akan
mengunjungi restoran2 makanan ala arab bagi mengubat kerinduan 
ketika berada di kota Madinah dan Makkah
juga memberi peluang pada anak2 menikmati makanan 
dari tanah arab ini.

Lalu, jalan2 cari makan ini turut menjadi agenda saya merakamkan gambar
dan membuat kajian juga perbandingan untuk perniagaan sendiri
bagi penambahbaikan apa yang ada mengikut keperluan
dan kemampuan sendiri juga kepentingan yang dahulu 
didahulukan dan yang kemudian
akan di kemudiankan.

Pak ngah hilmi grilled lamb steak  ada menyajikan 
 nasi kambing panggang dan nasi ayam panggang.
Jemput singgah dikedai untuk menikmatinya.


Jom kita berkongsi ilmu dan amal



Wasallam

Tiada ulasan: