Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Alhamdulillah malam jumaat sekian kalinya bertandang lagi
hiasi penghulu malam ini dengan ibadah untukNya
sebagaimana sedia maklum...
bangunlah lagi kita untuk tunduk sujud dekat denganNya
bisikkanlah dari hati nurani kita
apapun jua biar Allah saja mendengarnya
bukankah itu yang Dia nantikan dari kita semua hambaNya...
selagi hayat masih ada....
selagi hayat masih ada....
Alhamdulillah
Bersempena cuti umum pada 17hb September 2012
bagi hari 1 Malaysia yang jatuh pada 16hb September 2012
Saya sekeluarga, Pak ngah hilmi & Shami sekeluarga,
juga crew Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
dengan ingatan tulus ikhlas menjemput
Ayahanda bonda, bonda mertua, semua ahli keluarga
Pak ngah hilmi & shami
Pengurusan dan rakan2 ofis AESB
rakan2 Pak Ngah Hilmi dari Maktab Mahmud Alor Setar Kedah, dll.
jemputan ini di hulurkan juga buat:
rakan2 maya daripada blog PDKM, iaitu
Encik Rozali (Atuk), Cik lie,
Kak Ummi (Kota Damansara), Kak Nor, Shiema, Afeez, Pak itam, Ayah Zain
Cikgu mas, Elaira, Atikah, Kak Shidah, Hafizal, Hanis, Cik Saifudin, Cik Imran Paris,
Kak Tun BHS, Kak Ummi ( rakan maya majlis BBQ kambing di putrajaya),
Ayahanda dan bonda Nginap serengge,kak nija
Ummi izzudin, abang sulong, sonata anak kancil, haji Arshad (Mekah) , kak nab, kak asiah dan abang megat, Wan Rusyaini, Saudara musafir islam, Taj, Datin sophie
serta rakan maya yang lain yang yang tak tersebut namanya disini
Pelanggan Pak ngah hilmi grilled lamb & katering
Rakan2 Semasa di UiTM Sessi 1992/1994 dll yang mengenali kami sekeluarga,
istimewa juga untuk
yang berbahagia Prof kamil & Roza serta anak2 di Madinah
dari blog pujaan ramai KRTS dan Hidup itu Indah
( Doa saya mudah-mudahan jemputan ini dibaca ~ Azrai & Sarah dapat hadir)
Ke majlis jamuan silatulrahim di rumah kami
No 10, Jalan RP 4/9 Taman Rawang Perdana
48000 Rawang Selangor.
Tarikh 17hb September 2012
Dari Jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Talian untuk dihubungi:
HP 019-2284344 & 012-9332709
Semoga majlis ini diberkati dan diredhai Allah,
di serikan lagi apabila menerima kunjungan silatulrahim dari anda semua.
SAHABATKU TERIMALAH
BINGKISAN INDAH BUATMU
BINGKISAN INDAH BUATMU
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya,
bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain.
Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.
Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu,
“Hendak ke mana engkau?”
Lelaki tersebut menjawab,
“Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”.
Malaikat bertanya lagi,
“Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?”
“Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?”
Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT.
Maka berkatalah malaikat itu kepadanya,
“Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau.
Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”.
(Hadith riwayat Muslim)
Wasallam.
Wasallam.
8 ulasan:
assalamualaikum kak shami : insyaAllah akan datang jika tiada aral
Assalamualaikum Shami
terima kasih atas ingatan dan jemputan
Insyaallah dengan kehendakNya kita jalinkan ukhwah
Assalamualaikum Hajjah Shami, masyaallah saya yg jauh pun di jemput...terima kasih bebanyak..saya cuba suroh anak hadirkan diri jika mereka kelapangan...semoga majlis berjalan dengan lancar dan selamat. salam buat semua yg hadir serta di kenali.
Waalikumsalam,
Ya,terima kasih alhamdulillah begitulah, mohon anak2 datang, dan perkenalkan diri pada saya... nama haji arshad dikenali oleh rakan mutawif saya.
Amin... dan semoga Allah berkati silatulrahim kita semua...
Salam Afezz
Alhamdulillah...
Salam cik rozali,
Alhamdulillah sentiasa ingat, terima kasih menjadi wakil penjemput untuk saya.
Salam Shami,
Terima kasih atas jemputan, insyaallah..harap dapat jumpa geng2 PDKM yang lain.
Salam Shami, terima kasih menyebut dan menjemput akak. Teringin sangat nak hadir cuma akak ada di kerteh masa tu.
Kirim salam utk semua yang hadir dan kenal K.nija. Semoga majlis berjalan lancar dan berjaya meriah.
Wassalam.
Catat Ulasan