Pak ngah hilmi & shami dan anak2 juga bonda (Pak Ngah)
Berbuka bersama di ramadhan akhir
Seisi keluarga sebelah Pak ngah hilmi dihari raya
Halaman rumah kampung Pak ngah hilmi pada 2 hari raya
Menu nasi daging bersama daging cicah air asam, ayam masak merah, gulai daging & jelatah
Steamboat untuk keluarga sebelah shami
Adik mimi di pagi aidilfitri
Sepinggan mee steamboat
Grilled lamb buat keluarga (sepupu) Pak ngah hilmi di Guar ....
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Alhamdulillah selesai sudah Ramadhan bagi tahun 1433 hijrah...
Alhamdulillah juga buat 1 Syawal 1433 hijrah yang telah pun seminggu berlalu.
Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.
dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
– Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271
Salam aidil fitri juga buat semua pembaca blog SDH ini,
semoga kita semua sentiasa
dirahmati dan diredhai Allah hendaknya
walau dimana saja berada.
dari kami
Pak ngah hilmi & shami
seisi keluarga juga crew
Grilled Lamb Steak & D' Sham Muslim Shoppe.
Lamanya menyimpan peluang menulis dan menerbitkan n3 di blog ini,
laluan maya yang amat sibuk membataskan peluang tersebut,
ditambah dengan tugasan sebagai seorang isteri, ibu,
anak dan menantu menuntut masa dan tanggunjawab sepenuhnya
di hari kebesaran ini...
Cuti sekolah 2 hari lebih awal,
memberi peluang kepada kami
untuk pulang bercuti lebih awal serta menguruskan beberapa hal
yang menjadi tanggungjawab ...bersama
Along dan angah sedia menunggu kepulangan kami.
Alhamdulillah semua urusan diselesaikan dengan baik.
Ramadhan Akhir tahun ini
di sambut dengan berbuka puasa bersama,
seterusnya bersolat jemaah, bertakbir dan bertahlil.
Tahun ini adalah giliran berhari raya
di rumah keluarga sebelah Pak ngah hilmi.
Jamuan aidil fitri keluarga di adakan pada 2 hari raya
keluarga dan tetamu di sajikan dengan menu
istimewa negeri di utara iaitu nasi daging.
Seterusnya sekali lagi kami sekeluarga berkumpul beramai2
disebelah keluarga shami
kami bersolat maghrib dan isyak berjemaah, dan bertahlil
disertai jamuan makan ringkas keluarga sempena aidil fitri,
dengan menu steamboatnya...alhamdulillah
Berterawih dan berjemaah solat waktu di kampung,
suasananya berbeza...
Aktiviti ziarah menziarahi, sempena hari raya
jemputan walimatul urus, dan ziarah pada yang telah dipanggil kembali
ke hadratNya juga sebahagian daripada agenda dan rutin keluarga.
Begitulah berlalunya Ramadhan dan 1 Syawal bagi tahun 1433 hijrah
buat kami sekeluarga...
Indahnya
Malam2 ramadhan suasana rumah Allah dimana-mana cukup meriah,
insyallah mudah-mudahan
kemeriahan malam2 ramadhan,
semangat itu, tarbiah itu akan tetap dikenang, dipupuk
dan dibawa oleh kita sekeluarga dalam kehidupan sehari2 nanti.
Sama2 kita berusaha mengekalkannya...
Demikianlah catatan blog
sehari di dalam dihidupku,
sempena aidil fitri, jom jemput singgah lagi
di kedai Pak ngah hilmi grilled lamb Steak....
Jemput singgah, hubungi kami..
nikmatilah...hidangan lamb steak istimewa
oleh Pak ngah hilmi grilled lamb.
Wasallam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan