Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Alhamdulillah malam ini kita akan melangkah
ke malam 27 Ramadhan bagi tahun 1433 hijrah
begitulah masa berlalu,
10 malam terakhir Ramadhan
kian meninggalkan kita
Hati dipenuhi persoalan..mencari2 nilai Ramadhan
tahun ke tahun,
justeru itu saya menjelajah alam maya
bagi menjawap
pertanyaan diri dan hati serta fikiran kala ini
Akhirnya Allah ilhamkan dan temukan
saya dengan bingkisan indah ini
Persoalan saya terjawap
keyakinan saya bertambah
Saya catatkan di disini untuk dikongsi
PERKONGSIAN ILMU ~ RAMADHAN 5
Muhasabah Ramadhan
Awak masih ingat waktu kita mula berubah…
daripada berbuka dengan makan nasi kepada berbuka hanya dengan air dan kurma?”
Isteri tersenyum.
Isteri tersenyum.
Sudah lapan tahun tradisi berbuka dengan kurma dan air kami pertahankan.
Mulanya susah juga,
tapi lama kelamaan dah jadi kebiasaan.
Perlahan-perlahan semuanya sudah terbiasa.
“Saya penat hanya mengubah rutin-rutin lahiriah…” keluh isteri.
“Awak rasa macam mana?”
“Saya nak sesuatu yang lebih berkesan…
perubahan dalaman.
Usia kita semakin senja,
takut kita pergi tanpa mencapai tujuan.”
Saya akur.
Saya akur.
Kebimbangannya kebimbangan saya juga.
Apakah puasa kita mencapai tujuan – bertakwa?
“Amal biar sedikit tapi berkekalan.
Perubahan biar sederhana, tapi berkesan.”
“Apakah puasa kita telah mencapai takwa?”
“Lihat sahaja tanda-tanda orang bertakwa,
“Apakah puasa kita telah mencapai takwa?”
“Lihat sahaja tanda-tanda orang bertakwa,
apakah sudah ada pada diri kita?”
Sampai di situ, isteri saya terdiam. B
Sampai di situ, isteri saya terdiam. B
ukan mudah mengubah hal-hal dalaman.
Kalau hal-hal luaran pun payah untuk diubah.
“Orang bertakwa…
“Orang bertakwa…
mengawal marah.”
“Orang bertakwa…
“Orang bertakwa…
memberi dalam susah dan senang.”
“Orang bertakwa …
“Orang bertakwa …
jika terlanjur melakukan dosa,
segera mengingati Allah dan bertaubat kepada-Nya.”
“Orang bertakwa…
“Orang bertakwa…
seorang yang pemaaf.”
Pengertian itu saya sebut berulang-ulang.
Pengertian itu saya sebut berulang-ulang.
Mengulang-ulang apa yang telah Allah tegaskan di dalam Al Quran.
Dulu di kampung,
Ramadhan disambut penuh meriah.
Ketika zaman kanak-kanak.
Berbuka di surau bersama teman dan kemudian menunggu moreh sambil bermain kejar-kejar.
Ketika itu fikiran kanak-kanak kita hanya dapat menjangkau
– puasa tak boleh makan-minum,
buka,
bersahur,
ada solat terawih,
baca Quran dan kemudian hari raya!
Alangkah indahnya.
Tapi tahun demi tahun berlalu,
kita digamit usia,
pengertian makin mendalam…
Ramadan bukan lagi tradisi yang datang pergi tanpa isi.
Kita diterjah pertanyaan, s
ampai bila rutin itu perlu berlalu tanpa berkesan pada jiwa?
Dulu,
ketika Ramadhan datang,
badan masih bertenaga,
namun ilmu hanya setakat di permukaan…
puasa hanya pada sah dan batal.
Kini Ramadan datang,
ilmu mula menyelam,
namun tenaga semakin kurang.
Kesihatan mula terjejas.
Ingin bertindak, tapi terbatas.
Ya, Allah… bagaimana Ramadhan ku kali ini?
“Buat apa tu bang?”
“Buat apa tu bang?”
tegur isteri, memintas lamunan saya.
“Tak, bila awak sebut-sebut tentang hal-hal dalaman tu,
memaksa saya merenung dalam-dalam.”
Di luar bilik, anak-anak ketawa dengan gurau sendanya.
Mereka belum mengerti perlumbaan usia dan amal.
Di dalam kami berdua seakan-akan menangisi Ramadhan kami yang hilang…
Sambil menunggu Ramadhan yang akan datang.
Sempatkah?
PADA RAMADAN INI…
Ramadan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semuga semuanya masih… di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semuga semuanya masih… di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya
(Apakah roh Ramadan ini
akan terus menerangi
… bulan-bulan seterusnya?)
akan terus menerangi
… bulan-bulan seterusnya?)
Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan…
di dalam diri
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan…
di dalam diri
(Apakah kita berjaya?
atau sekadar menumpang gembira…
di pinggiran kebesaran-Nya?)
atau sekadar menumpang gembira…
di pinggiran kebesaran-Nya?)
Ramadan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
..dihempas ombak keresahan
silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
..dihempas ombak keresahan
(Akan tiba saatnya
Ketika Ramadan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada…
untuk menyambutnya!)
Tapi kita telah tiada…
untuk menyambutnya!)
renungan muhasabah ramadhan
oleh:
Pahrol Mohd Juoi
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan