Jumaat, 29 Jun 2012

SYUKUR PADA MADRASAH RAMADHAN JOM SEMAK DIARI KITA









Contoh telekung vietnam untuk kanak
SET TELEKUNG & KAIN CAP RM 40.00 PER SET

Telekung dan kain batik labuh siap jahit dan ada getah dipinggang
Pilihan telekung sulam bunga tabur terdapat dalam saiz S, M, L


Shoes stopper untuk dewasa dan kanak2


Stokin


Candy sock


Stokin wudhuk


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang..
Alhamdulillah..hari ini 9 Syaaban bagi tahun 1433 Hijrah
semoga kita semua sentiasa sihat sejahtera dan dirahmati Allah walau dimana sahaja berada hendaknya.

Beberapa hari yang lepas saya dihubungi dan dikunjungi oleh wakil jualan
dari Telaga Biru Sdn Bhd
beliau menawarkan pelbagai barangan berupa
 buku2 agama kitab2 karangan para ilmuan 
dari Malaysia, Indonesia yang ada diterbit dan dibekalkan.
Al Quran dan Tafsir pelbagai saiz dan Hadis juga ada ..
semua barangan ini adalah antara barang yang ada
 dalam senarai perancangan saya untuk di jual
di kedai D'Sham Muslim Shoppe....alhamdulillah ..
saya dibekalkan katalog, borang pengedar
dan hadiah berupa senaskah majalah solusi dan dimaklumkan
tentang tarikh2 tertentu, jualan warehouse penerbitan ini.
Terima kasih buat hamba Allah tersebut
Syukur kepada Allah kerana memudahkan urusan saya dan dia.



"Maka nikmat Allah yang mana satu hendak di dustakan"

surah Al-Rahman firman Allah yang di ulang2 untuk kita renung



Saya juga dihubungi melalui email oleh pembekal
import dan eksport barangan ibadah beroperasi dari utara tanah air...
memperkenalkan produk yang ada dibekalkan oleh syarikat mereka,
khusus buat jemaah haji & umrah serta lain2.

Begitulah sebahagiannya yang Allah permudahkan urusan saya
untuk melengkapkan keperluan kedai D'Sham Muslim Shoppe
satu persatu...sikit demi sedikit...

Saya berhajat, memasang impian, berfikir, berusaha, dan berdoa...
Saya mohon Allah pimpin saya ke arah jalan yang terbaik
untuk di jalani...selari dengan hajat dan impian tersebut.
 Saya renung, dan kutip hikmahnya

Jalannya masih panjang, saya akan kutip satu persatu insyallah..
selagi ada kudrat dan nyawa..yang dipinjamkan kepada saya
setiap yang didoa Allah perlihatkan zahirnya
semuanya tidak mustahil



"Maka nikmat Allah yang mana satu hendak di dustakan"

surah Al-Rahman firman Allah yang di ulang2 untuk kita renung.



Saya tidak berFB namun menjengah
sahabat2 yang saya add mereka,
 alhamdulillah
mereka menyalurkan berbagai2 ilmu, cerita2 tauladan,
motivasi dan nasihat merujuk kepada
 ayat2 Alquran serta hadis
semuanya menyuntik semangat
buat perjalanan hidup  ini.
saya dan mereka punya talipati matlamat
hidup yang hampir sama.
Berbuatlah baiklah kita sebanyak-banyaknya
selagi ada daya upaya.



"Maka nikmat Allah yang mana satu hendak di dustakan"

surah Al-Rahman firman Allah yang di ulang2 untuk kita renung



Menulis memberi semacam satu kepuasan
saya berdoa di depan Kaabah ketika
menunaikan Umrah tempohari
saya suka hayati dan amati sesuatu perkara yang berlaku
seterusnya saya akan merujuk kepada hadis2 tertentu
mencari penjelasannya,  banyak yang saya temui..
dan sebenarnya  lebih banyak lagi yang belum saya temui
betapa luasnya ilmu Allah itu ..bak sebutir pasir seluas pasir dipantai
bak setitik air dari lautan yang luas.

sebahagiannya sahaja saya catatkan di dalam blog SDH untuk di kongsi.
dan sebahagian yang lain cukuplah saya renung
dan sujud syukur, berterima kasih padaNya
 menitiskan air mata, memohon ampun atas segala kelemahan diri.

"Maka nikmat Allah yang mana satu hendak di dustakan"
 surah Al-Rahman firman Allah yang di ulang2 untuk kita renung

Kadang2 saya terasa masih berada di dewan kuliah UiTM...

(saya memilih UiTM kerana banyak kenangan indah saya di sana.
saya bukan seorang pelajar yang hebat,
saya hanya pelajar yang biasa2 sahaja,
namun silibus dan sistem pendidikan yang diterap kepada para pelajarnya seperti saya yang datang dari kampung itu sudah cukup hebat..)

 Antara penulisan yang saya suka baca ialah oleh Prof Kamil dari blognya ..
 dari sudut hati yang paling dalam ia bermotivasi
dan punya nilai ilmu yang sesuai dengan prisnsip diri saya..
jujurnya catatan itu sentiasa mengingatkan saya yang alpa...
...alhamdulillah sekali lagi..



"Maka nikmat Allah yang mana satu hendak di dustakan"

surah Al-Rahman firman Allah yang di ulang2 untuk kita renung


Demikianlah,
semua yang dicatatkan ini berupa ilham pinjaman Allah SWT
dihari jumaat yang mulia,
mudah-mudahan memberi manfaat
pada yang membaca.
Insyallah...


 RUANG NIAGA


Foto yang di pamerkan adalah berupa antara
barangan ibadah yang ada dijual di kedai D'sham Muslim Shoppe.
Bersempena Ramadhan Al Mubarak yang bakal tiba,
musim haji dll seandainya tuan2 dan puan2
berhajat membeli persalinan baru untuk dipakai ketika Ramadhan
saya menjemput  semua hadir atau tempah sahaja secara online (email) ataupun menelefon ( via sms)
untuk memiliki barangan yang dihajatkan.
 Sila sertakan maklumat lengkap tentang barang yang diperlukan
insyallah kami sedia memenuhinya dan  poskan ke destinasi anda setelah bayaran ditunaikan. Belian sekitar lembah Klang akan diurus hantar terus kepintu rumah anda.
insyallah.



RUANG PERKONGSIAN ILMU



JADUAL RAMADHAN VIA RUTIN HARIAN
(Jom semak dan suai padakan dengan diri kita jika telah diadaptasi dalam rutin harian itulah hasil dari madrasah Ramadhan) 


4.00 pagi

Bangun berdoa kepad ALLAH dengan doa:





"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA
mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan".



Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,
berwangi-wangian.


4.20 pagi


Solat Sunat Taubat


Niatnya : "Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat
kerana ALLAH Taala".





Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,

rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.



Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH.
Menangislah menyesali dosa-dosa.



Solat Sunat Tahajjud

Niatnya :

"Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala".





Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,

rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.



Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.



Solat Sunat Hajat

Niatnya : "Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat
kerana ALLAH Taala".

Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala
hajat-hajat kita.


Solat Sunat Witir

Niatnya :

"Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala".
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.



Niatnya : "Sahaja aku sembahyang sunat witir 1 rakaat
kerana ALLAH Taala".

Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah
diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa
kita,taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan
kita.



5.00 pagi

Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi


Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga
terbit matahari.



7.00 pagi


Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada
ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA.

Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada
menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab.
Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati
kerja-kerja yang di lakukan
dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi

Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau
istiqamah diamalkan.

Niatnya : "Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat
kerana ALLAH Taala".

Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca
Al-Quran.

Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa
walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa :
mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan
orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan
muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh


Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat.
Solat Zohor berjemaah.

Laksanakan juga solat sunat Rawatib
Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai
berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat
menyembahNYA.



4.15 ptg


Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.

Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai
berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat
menyembahNYA.


5.30 ptg


Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa
berlebih-lebih.
Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg



Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa
yang mustajab doa.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW :

"Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga",
merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waKtu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka

"Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku
beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka".

Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air,
terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm

Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun
kerana fadhilatnya amat besar.

Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan
bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya),
cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang
ramadhan.

Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari
(60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm


Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat :

"Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib
ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala".
( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.

Bacalah doa sebelum tidur:

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati".
Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil
ALLAH ketika tidur.


sekian
Wasallam















2 ulasan:

masyuhada berkata...

trm kasih Ya Allah mempertemukan dgn blog ini. Trm kasih Pn kerana sudi berkongsi ilmu. Moga dapat saya amalkan dlm Ramadhan yg mulia ini.

shami2 berkata...

Salam masyuhada

Alhamdulillah, mudah-mudahan kita semua sentiasa di dalam redha dan rahmat Allah hendakNya.

Selamat beramal