Sayur campur Pak ngah hilmi
Masak lemak cili api daging salai
Ayam percik
Ulam2 dan sambal belacan
Thousand Island
Kari daging
Jelatah
Ayam masak merah Mak Ngah
Set Nasi Kambing Panggang
Set Nasi Ayam panggang
Nasi beriyani Pak Ngah hilmi & Nasi putih akan disediakan.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang..
Ruang karya & niaga
Alhamdulillah hari ini 6 Syaaban, bagi tahun 1433 hijrah
lagi 24 hari kita akan menghampiri gerbang Ramadhan...
Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah hendaknya.
Tahun ini menjelang Ramadhan,
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
merancang suatu perubahan kepada bentuk perniagaan ini,
insyallah tahun ini.
Buat pertama kalinya kedai akan dibuka bagi sesi berbuka puasa sahaja.
Kepada para pembaca blog, pelanggan tetap sekeliannya
dimaklumkan, bahawa
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb
membuka laluan kepada tempahan
majlis berbuka puasa secara buffet
dengan harga tawaran seperti berikut:
RM 25.00 bagi seorang (dewasa) untuk Lamb & chicken Grilled Set
RM 18.00 bagi seorang (kanak) untuk Lamb & chicken Grilled Set
beserta cadangan menu2 tersebut di atas, beserta minuman
kuih-muih dll.
Tarikh operasi kedai dibulan Ramadhan muktamadnya akan
dimaklumkan kemudian.
Kemudahan medan solat lelaki dan wanita
disediakan.
&
Tempahan katering BBQ kambing
ke masjid,
surau,
pejabat,
restoran esklusif
khusus bagi majlis berbuka puasa atau
jamuan moreh selepas solat sunat terawih sedia diterima.
Sila rancang tempahan anda lebih awal,
hubungi kami untuk pengesahan dan
tarikh pilihan.
Secara positifnyanya
Perancangan awal ini diumumkan
bagi tujuan memberi laluan kepada
pembaca blog juga pelanggan menilai dan membuat keputusan.
Antara contoh menu2 cadangan adalah sebagaimana yang dipamerkan di atas.
maklumbalas anda dialu-alukan dan sangat dihargai.
Tempahan boleh dibuat, 3 hari sebelum beserta dengan bayaran.
Sila hubungi dan sahkan tempahan anda melalui hp tertera
atau email sahaja kepada kami.
MEDAN "perkongsian" : CATATAN ILMU
Tujuh Kalimah Agung Sabda Rasulullah s.a.w
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini
akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau
sebanyak buih di lautan..
1. Bismillahhirrahmann
irrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataill ahbillah :
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah:

jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah :
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
7. Laailaahaillallah :
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh
Allah.
******************
Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW,
katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata,
"Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?"
Baginda menjawab,
"Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir
lebih baik daripada yang batin.
" Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?
" Baginda menjawab,
"Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah,
Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,
berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….
(hingga akhir hadis)" (riwayat al-Tabrani)
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya,
"Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?"
Si ayah pun menjawab, "Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.
Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik".
Si ayah terus menyambung, "Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
Si ayah terus menyambung, "Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran".
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,
Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram".
(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

"Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik".
(surah Al Ahzab:32).
"Lantas apa lagi ayah?"sahut puteri kecil terus ingin tahu.
"Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul".
Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul".
Setelah itu si anak bertanya,
"Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?
Bolehkah saya menjadi sepertinya?
mampu dan layakkah saya ayah?".
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,
"Pelajarilah mereka!
supaya kamu berjaya nanti.
INSYA ALLAH
kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,
malah semua wanita boleh".
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi
ISTERI RASULULLAH. –

(Riwayat Imam Ahmad)
"Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya."
Fadilat dan Keindahan Solat Malam
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain.
Rasulullah S.A.W pernah ditanya,
“Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?”
Beliau menjawab dengan tegas,
“Solat malam!”
(Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam.
Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi,
Rasulullah S.A.W berkata kepadaku,
“Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,”
(Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata,
“Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup,
biasanya apabila seseorang bermimpi,
dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W.
Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau.
Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid.
Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk.
Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal.
Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.”
Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.”
Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.”
Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata,
“Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan.
Syaitan menepuk pada setiap ikatan,
‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’
Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah,
maka terbukalah satu ikatan.
Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan.
Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan.
Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi.
Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat.
Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata,
“Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir,
dan menyatakan,
‘Siapa yang berdoa kepadaKu, pasti Aku kabulkan.
Sesiapa yang memohon kepadaKu, pasti Aku beri,
dan sesiapa yang memohon ampun kepadaKu, pasti Aku ampuni.’”
dan sesiapa yang memohon ampun kepadaKu, pasti Aku ampuni.’”
(Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata,
“Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir.
Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.”
(Hadis Riwayat Al-Hakim)
.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata,
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata,
“Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.”
(Hadis Riwayat Abu Daud).
Selamat berusaha, selamat beramal, semoga berjaya...
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi motivasi, membangkitkan semangat dan membawa aura positif pada kita semua.
Wasallam.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi motivasi, membangkitkan semangat dan membawa aura positif pada kita semua.
Wasallam.
6 ulasan:
Assalamualaikum Shami
Insyaallah
rezeki dalam bulan Ramadhan nanti akan bertambah serta diberkati
as salam,
matlamat hidup kita ialah mendapatkan keampunan Allah swt
assalamualaikum kak shami : bulan puasa kedai bukak tak?
Salam cik Rozali
Alhamdulillah, mudah-mudahan, begitulah hendaknya.
Salam AZ
Benar tu...kita mesti sentiasa ingat untuk bertaubat setiap hari
Salam adik afezz
Ya insyallah...kalu berminat buat tempahan awal dekk.
Catat Ulasan