Rabu, 30 Mei 2012

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb di UiTM Shah Alam & Erti Dakwah dalam kehidupan kita


Menyiapkan tempahan makan malam untuk pelajar
UiTM Shah Alam dari Fakulti Sains Komputer & Matematik
antara menu yang ditempah, nasi beriyani a.k.a nasi arab, ayam panggang, jelatah dan salad
serta minuman sejuk

Alhamdulillah sekali lagi menerima tetamu dari Sabah juga rakan blogger
juga saudara kepada Roza ...


Teman sebelah saya ketika usai solat asar di Masjidil Haram
Ishak dan Ibunya berasal dari India, menetap di London.
Bercuti untuk menunaikan Umrah....



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Salam 9 Rejab tahun 1433 hijrah bersamaan 30hb Mei 2012
Alhamdulillah, diawal pagi hujan turun dengan lebatnya...
Semoga kita semua sentiasa didalam rahmat dan redha Allah hendaknya
walau dimana saja berada.
Mudah-mudahan juga kita semakin kuat menghadapi segala cabaran dan urusan
hidup ini walau apapun jua keadaannya
Allah sentiasa bersama kita...
jadikan Al Quran teman istimewa kita untuk kita dekat denganNya
mudah-mudahan diakhirat nanti itulah juga teman istimewa kita..insyallah
Al Quran cahaya penyuluh hati dan hidup kita.


PERKONGSIAN ILMU


DAKWAH DAN KEHIDUPAN KITA


Dakwah adalah ajakan seorang Muslim kepada orang lain,
baik sesama Muslim mahupun bukan Muslim,
untuk mengikuti perintah-perintah Allah SWT
dan menjauhi larangan-larangan-Nya,
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu,
Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Q.S. An-Nahl: 125)

Dakwah adalah sesuatu yang melekat pada diri
seorang Muslim sehingga tidak ada alasan sedikit pun bagi seseorang untuk tidak melaksanakannya atau menghindari dari tugas-tugas tersebut,
sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” (H.R Bukhari).

Dakwah dapat dilakukan dengan lisan,
 tulisan, 
perbuatan, atau
 contoh keteladanan. 
Dakwah juga dapat dilakukan secara sendiri-sendiri 
atau berkelompok, 
melalui organisasi sosial,
 institusi pendidikan, 
pertubuhan bukan kerajaan dan
 organisasi negara. 

Dakwah dapat disasarkan kepada ahli keluarga sendiri, 
jiran setempat, 
rakan di pejabat, 
masyarakat setempat, 
di luar negeri, 
dan yang terpenting terhadap diri sendiri. 

Demikian luasnya erti komitmen kepada dakwah, 
sehinggakan Rasulullah SAW merumuskan keperluan Islam 
dari aspek ini sebagaimana sabda baginda saw.,

“Agama adalah nasihat.
” Ibnu Aus dan para sahabat bertanya, 
“ Bagi siapa ya Rasulullah?”
 Jawab Rasulullah SAW, 
“ Bagi Allah, Kitab-Nya,
 Rasul-Nya, 
bagi para pemuka muslimin serta rakyat mereka.”  
(H.R Muslim).

Tugas Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama
sekali gus mengiktiraf Baginda sebagai rasul utusan Allah SWT ,
 menyampaikan dan mengajak manusia kepada jalan kebenaran
 iaitu jalan Allah SWT, pada masa sama mencegah
daripada terjebak dengan kemungkaran.

Berdakwah menjadi tugas warisan daripada
Rasulullah SAW kepada setiap umatnya
tetapi hanya segelintir yang memandang dakwah
sebagai perkara besar dan keutamaan dalam kehidupan.



Ke mana hala tuju dakwah?

Allah-lah tujuan kita. 
Tidak ada suatu arah yang kita tuju kecuali kepada Allah. 
Kita beriman kepadaNya. 
Kita beribadah kepadaNya dengan sepenuh hati. 
Kita mencari keredhaanNya dalam setiap usaha 
kita dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya, 
dengan penuh ketulusan dan keikhlasan yang sempurna, 
serta benar-benar yakin bahawa di situlah terletaknya kebahagiaan yang sejati, 
hidayah yang hakiki dan kejayaan yang sebenar.

"Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. 
Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu " 
AzZaariyat: 50

Apabila menyampaikan seruan dakwah dan peringatan, 
kita wajiblah mengemukakan kesyumulannya dengan selengkapnya, 
dengan seutuhnya dan dengan segala kesempurnaannya yang sempurna dan menyempurnakan tanpa memisahkan 
sebahagian dari keseluruhannya atau 
memansuhkan sebahagian daripadanya kerana
sesungguhnya Islam itu adalah penutup segala agama. 

Satu agama yang istimewa,
 syumul, 
lengkap, 
sempurna menyempurnakan yang meliputi setiap kegiatan dan 
bidang kehidupan manusia duniawi dan
 ukhrawi di dalam keselarasan dan keharmonian yang ajaib dan unik. 

Ini tidak lain dan tidak bukan kerana ia adalah ciptaan Al-Khaliq (Pencipta) Yang Maha Mengetahui (Al-Khabir) serta 
Maha Pengasih dan Penyayang kepada makhluk dan hamba-hambaNya. 
Islamlah yang merealisasikan kesejahteraan dan ketenteraman 
di dalam jiwa manusia selagi mereka beriman kepada Allah dan mengesakanNya.

 Islam memberikan kepada mereka keselamatan 
dan keamanan serta kehidupan yang baik di 
dunia dengan syarat 
mereka mematuhi segala ajaran dan syariatNya. 
Seterusnya, 
Allah memberikan kebahagiaan dan keselamatan di akhirat kelak.

Fahamilah kita semua akan firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah sepenuhnya kepada Allah)!" 
(Al Fussilat:33)

Ayat di atas dibuka dengan pernyataan: waman ahsanu qawlan.
 Ustaz Sayyid Quthub ketika mentafsirkan ayat ini berkata:

 “Kalimat-kalimat dakwah yang diucapkan oleh para pendakwah adalah kalimat paling baik, ia berada pada barisan pertama di antara kalimat-kalimat yang baik yang mendaki ke langit.” 


(lihat fii dzilaalil qur’an, oleh Sayyid Quthub, vol.5, h. 3121). 
Kata waman ahsanu Allah ulang di beberapa tempat dalam Al-Qur’an untuk menegaskan tingginya kualiti dalam beberapa hal:

 
Pada surat An-Nisa ayat 125 Allah berfirman yang bermaksud: 




“Siapakah yang lebih bagus agamanya dari pada orang yang menyerahkan diri kepada Allah.”

Dalam Al Maidah ayat 50:


“Siapa yang lebih bagus ajarannya dari pada ajaran Allah”.




Dan pada ayat Al Fussilat:33:


“Siapakah yang lebih bagus perkataannya dari pada perkataan orang yang menyeru di jalan Allah?”

 Jika kita perhatikan semua ayat-ayat tersebut secara teliti, 
ternyata tugas dakwah sangat muliakan oleh Allah.



Adalah suatu keperluan bagi seorang penyeru agama Allah,
menyerahkan hidupnya kepada Allah swt.


 Ia tidak kenal lelah menjalani tugas-tugas dakwah.
Malahan ia juga tidak mengharapkan keuntungan duniawi,
kecuali hanyalah mencari redhaNya.
Dalam Surat Yasiin ayat 21 Allah berfirman:

“Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”



Ayat berikutnya dalam surah Al Fussilat:33,

menegaskan pentingnya amal soleh: wa amila shaalihaa.


Mengapa? Apa hubungannya dengan dakwah?

Fahamilah oleh kita bahawa janganlah kita hanya sekadar bijak berkata-kata,
 manis berbicara dan lunak ucapannya,
sementara perbuatannya jauh atau bahkan bertentangan dengan apa yang disampaikannya.
Benar, bahawa perkataan dakwah adalah paling baiknya perkataan,
tetapi itu kalau diikuti dengan amal soleh.
Jika tidak, maka perkataan itu akan menjadi petaka
yang akan menyerang pendakwah itu sendiri.

Dalam Ash Shaf ayat 3 Allah berfirman:

“Amat besar kebencian Allah,
bila kamu hanya mengatakan tanpa mengerjakannya.”

Perhatikan sirah Rasulullah saw.,
 baginda tidak hanya berbicara,
melainkan lebih dari itu seluruh perbuatannya merupakan contoh amal soleh.
 Allah swt. merakamkan pengiktirafan yang luar biasa dalam

surat Al-Qalam ayat 4:

“Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.”

Imam Ibn Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyebutkan riwayat dari Aisyah ra.:

Bahawa akhlak Rasulullah saw. adalah Al-Qur’an
(lihat Tafsir Ibn Katsir, vol.4, h.629).

Di antara ciri utama berdakwah kepada Allah,
tidak saja mengamalkan ajaranNya dan menjauhi segala yang dilarang;
 melainkan lebih dari itu menampilkan diri
sebagai seorang Muslim di manapun ia berada,

Allah berfirman pada ayat berikutnya:

 wa qaala innanii minal muslimiin.

Dengan kata lain tidak cukup seorang mengamalkan Islam hanya dengan solat,
membayar zakat dan
mengerjakan haji,
sementara dalam hidup sehari-harinya
tidak mencerminkan Islam,
misalnya ia tidak merasa berdosa
dengan mempertontonkan auratnya di mana-mana,
membuang masa menonton filem-filem yang tidak memberi manfaat,
melakukan perkara-perkara kemaksiatan,
kezaliman,
rasuah,
judi,
mengadu-domba,
menyintai hiburan yang sia-sia,
dan pelbagai lagi.

Seorang pendakwah sejati selalu bangga dengan
identitinya sebagai seorang Muslim.
Ia tidak takut menampilkan Islam sebagai peribadinya.
Benar, krisis umat Islam di mana-mana
kini adalah krisis keberanian untuk
menampilkan wajah Islam yang sebenarnya.
Islam mengajarkan kedisiplinan,
 kebersihan,
dan akhlak mulia,
tetapi umat Islam di mana-mana sering bersikap
sebaliknya sehinggakan golongan bukan Muslim
tidak dapat melihat keindahan dan kewibawaan Islam pada penganutnya.

Islam mengajarkan kejujuran,
dan ketegasan dalam menegakkan hukum,
amanah dan benar dalam menjalankan tugas,
tetapi penipuan dan korupsi merebak
di tengah masyarakat yang majoritinya umat Islam.

Mengajak masyarakat untuk melaksanakan ajaran-ajaran Islam,
menyuruh mereka berbuat baik
dan melarang mereka berbuat yang tidak baik
adalah kewajiban dalam agama Islam.

 Maka kita sebagai penyeru kepada Islam
seharusnya tegas membawa tugas ini dan
memikulnya dengan segala kesungguhan,
mengerahkan tenaga,
serta waktu dan pemikiran kita.
Dan inilah tugas utama bagi kita sebagai pendakwah.


Marilah sama-sama kita menghidupkan erti dan perlaksanaan
dakwah di dalam kehidupan kita...
Selamat berusaha dan berjaya.

Wasallam

4 ulasan:

mamawana berkata...

Tq for the Dakwah.. tapi font warna warni kuning hijau size kecil...saya kurang nampak..tak dpt baca semua.

shami2 berkata...

Salam mamawana

Saya dah ubah,semoga dapat membaca dan beroleh manfaatnya

shami2 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azlina berkata...

assalamulaikum shima...

apa khbar smuga di berkati alllah slalu hendaknya...