Khamis, 24 Mei 2012

Grilled Lamb Steak & Mintalah Pertolongan denganNya



 Daging kambing ( lamb) yang siap dipotong...


Sepinggan grill lamb steak dari "Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak"


Sekeluarga...makan bersama


Restoran Makanan Arab di Ampang menjadi pilihan kami


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang

Salam 3 Rejab 1433 Hijrah bersamaan 24hb Mei 2012
Semoga kita semua sentiasa sihat sejahtera dan dirahmati Allah hendaknya.
Kehidupan seharian kita semuanya di dalam gengamannya.
Atur dan pilihlah baik-baik buat diri kita...disitu ada damai dan bahagia.

Kita hanya merancang, namun kesudahannya adalah milikNya jua...
Kadang2 apa yang dirancang tercapai...
dengan berkat usaha dan kesungguhan kita
Namun kadang2 apa yang dirancang itu tidak tercapai
walau telah berusaha sepenuhnya
sebaliknya kita beroleh sesuatu yang lain pula ....
Ada kala  juga  kita perlu berkorban..masa, wang ringgit atau harta benda 
hatta berkorban dalam erti kata sabar menghadapinya juga.

Apabila direnung dengan matahati kita
hakikatnya semua ketentuan itu  amat baik untuk kita,
itulah ketentuanNya, sebagai pendidikan untuk kita ...yang tidak boleh kita
atau sesiapa juga mempertikaikannya...
apalagi menyalahkan sesiapa pun jua....

Sebenarnya pada kondisi tersebut kita dididik untuk 
 memiliki sifat sabar dan redha...dengan ketentuanNya..
dan dengan akal kita diberi pilihan untuk mengemudikannya hala tuju
hati dan diri kita.

Apabila kita mempunyai keupayaan dan kuasa dalam pelbagai bentuk,
juga cabaran2 lain yang wujud dalam diri kita...
kadang2 kita sukar atau lambat untuk 
sabar dan redha dengan apa yang berlaku.

Sebaliknya apabila kita berada pada kondisi yang lemah
 kita lebih mudah untuk redha dengan ketentuanNya...
Kerana kita sedar bahawa kita lemah dan
kita adalah hamba sahaya kepadaNya..

Kita perlu meminta pertolongan serta bantuan hanya dariNya,...
sebenarnya Allah SWT juga sentiasa menunggu doa dan rintihan dari kita
Yakinlah bahawa DIA akan memakbulkan segala doa2 dan mendengar
 rintihan hati kita , bawalah diri kita  dekat denganNya..
itulah sebenarnya puncak atau tingkatan iman
yang diuji oleh Allah SWT  terhadap kita selama hidup yang sementara ini.

Begitulah yang ingin saya luahkan di sini...
betapa rindunya untuk menulis lagi dari sudut hati yang paling dalam
 juga berkongsi rasa pengalaman hidup ini juga
menyalurkan maklumat catatan ilmu insan seperjuangan yang lain...
sebagai suatu perkongsian ilmu di rumah blog SDH.

Pesanan dan nasihat untuk diri saya dan juga sesiapa jua
sekali lagi elakkan hati dan diri kita dari sifat2 yang negatif atau sebagainya
dalam urusan hidup kita..
kerana perkara itu akan merosakkan diri kita akhirnya
juga dimurkai oleh Allah SWT.

Jalanilah nikmat hidup yang diberikan oleh Allah SWT ini
dengan meningkatkan ilmu pengetahuan baik dalam urusan akhirat
dan urusan dunia ..
mudah-mudahan diri kita dikemudi kearah kebaikan untuk
kita kembali dengan penuh rahmat dan
kasih sayang disisiNya..

Sanggupkah kita jalani hidup di neraka Allah walau sesaat...
Atau inginkah kita hidup disyurga firdausNya...selamanya...
tanyalah diri kita...pilihlah dengan penuh jujur dan ikhlas...

insyallah,
tentunya syurga firdaus itu ...impian kita semua...
itulah matlamat kita ..sama2 kita berusaha...untuk memilikinya.
Rasulullah SAW adalah suri tauladan buat kita...
untuk menjadi mukmin sejati...

Selamat berusaha....semoga kita semua berjaya..

PERKONGSIAN ILMU

Allah sebaik-baik pemberi pertolongan mintalah dariNya

Allah menciptakan manusia dengan segala keterbatasan dan
kelemahannya disamping kelebihan dan kekuatannya.
Kita harus memahami keterbatasan dan kelemahan ini
 agar kita menyadari akan kelemahan kita dan mampu
mengatasi kelemahannya tersebut dan menjadikanya kemuliaan.
Sebagai makkhluk, manusia lemah,
manusia diciptakan dengan keterbatasan fisik dan akal.
Fisik manusia tidak akan mampu menggerakan alam semesta ini dengan tenaganya,
bahkan juga akal manusia dengan berbagai hasil teknologinya.
Manusia sangat lemah dihadapan Allah
sehingga diperlukan untuk meminta bantuan dan lindungan dari Allah SWT.

                                               Mintalah Dengan Bersungguh-sungguh

Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah.
 Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu,
 hilang arah tujuan,
ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.
Kembalilah kepada Allah, berserahlah sepenuhnya kepada Allah.
Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian.
Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri.
Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Allah.
 Inilah caranya Allah menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya.
Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat.
Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya.
Kembalilah kepada Allah dengan memilih jalan kehambaan.
InsyaAllah di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan.

Alangkah indahnya hidup sekiranya sentiasa dalam Rahmat dan Redha Allah Swt,
lagi terlebih indah andai sentiasa mendapat pertolongan Allah Swt.

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.".

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 45)

Bawalah Al Quran ke dalam hati kita




Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya."

Riwayat Muslim

Pengajaran Hadis:

i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T.

Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya.
Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.

iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

" Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap.
Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap."
iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu') dan membacanya di tempat yang bersih,
memulakan dengan membaca Ta'auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.
كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولاً مِّنكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
                              وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُواْ تَعْلَمُونَ

Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-hikmah (As Sunah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 151)


Wasallam

4 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

wawww...nasi arab

suatu hari nanti Insyaallah.. Pak Ngah Hilmi akan ada hidangan nasi arab pula...

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Sekarang pun dah ada...nasi beriyani ala nasi arab..heheh afezz dah cuba dah...dah 2 kali di datang ke kedai Pak Ngah...

rezeki berkata...

salam

kalau potong pakai mesin, cantik potongan daging mentah tu, kalau pakai kapak , mau bersepai hehehe

selamat maju jaya dalam apa jua urusan shami sekeluarga

insyallah
Allah bersama-sama kita

shami2 berkata...

Salam pak itam

Betul tu, heheh..

terima kasih, insyallah hidup kita semua sandarkan hanya pada DIA...

Pak Ngah Hilmi Grill Lamb & Catering Ramadan 1438 Hijrah

Kerabu taugeh & perut Gulai ikan masin versi utara Acar jeruk goreng Sayur campur Da...