Kentang putar (Wheat potato) |
Buah-buah ; sayur salad |
Coleslow
Black pepper source |
Salad |
BBQ kambing @ kambing golek |
Kambing yang disembelih |
Kambing Aqiqah
Inner kambing yang telah siap direbus untuk digulaikan |
Kari kepala kambing untuk Aqiqah |
MENU TAMBAHAN
Set lauk pauk & nasi yang kebiasaannya menjadi menu tambahan pilihan pelanggan.
Kami sedia menerima tempahan menu2 lain pilihan pelanggan.
Kami sedia menerima tempahan menu2 lain pilihan pelanggan.
Sambal tumis udang |
Ayam masak merah |
Kari kambing |
Masak lemak cili api daging salai & ubi kentang |
Gulai ikan masin dan nenas |
Ikan bakar &; air asam Air asam |
Jelatah
saya cuba MEMBERSIHKAN suasana kerja
saya bukan kumpulan fanatik BERSIH
sememangnya saya suka suasana hidup
yang BERSIH
begitu juga dalam hal iman dan taqwa
ia juga tanggungjawab bersama
tiada yang mustahil, kita perlu berlapang dada
dan terus berusaha untuk berjaya
ANDAINYA RASULULLAH MASIH BERSAMA KITA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Salam jumaat,
semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah hendaknya...
Hari-hari yang berlalu sangat sibuk, alhamdulillah
banyak perkara yang telah diselesaikan satu persatu.
Foto2 di atas adalah set katering bagi Aqiqah kambing panggang yang di tawarkan oleh Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak.
Sila jemput menempah.
SECEBIS PERKONGSIAN PENGALAMAN HIDUP
Didalam usaha membantu mengurus perniagaan...suami
Saya juga turut bertanggungjawab memegang amanah menguruskan
perniagaan milik seorang hamba Allah...
banyak pengalaman yang telah saya perolehi
terutama semalam...
antara kami (subkontraktor), main kontraktor dan Klien....
sememangnya perlu ada PEMBERSIHAN...saya bukan kumpulan fanatik BERSIH
sememangnya saya suka suasana hidup
yang BERSIH
Rumah bersih
hati lapang hidup bahagia
Persekitaran bersih
udara nyaman hidup ceria
semuanya tanggungjawab bersamabegitu juga dalam hal iman dan taqwa
ia juga tanggungjawab bersama
tiada yang mustahil, kita perlu berlapang dada
dan terus berusaha untuk berjaya
Tiada yang istimewa atau nak dibanggakan didalam perkongsian penceritaan ini.
Saya adalah satu2nya wanita yang ada,
punya latarbelakang pendidikan berkenaan dan saya
perlu bercakap atas tiket kebenaran dan keadilan
khusus dalam ruang lingkup tugas saya
demi menjaga keharmonian bekerja bersama2
menjaga syarikat dan juga kebajikan kumpulan kerja kami kepada
main kontraktor untuk di sampaikan di peringkat atasan.
Mereka terdiri daripada lelaki yang pelbagai usia dan latarbelakang yang berbeza2.
Saya bercakap dalam suasana tenang dan bersahaja.
Itulah semangat kecil dalam jiwa yang telah dipinjamkan oleh Allah SWT.
Suara saya dan kami masih belum tentu diselesaikan....
di peringkat atasan klien...tapi kami tidak pernah putus asa...
kesabaran adalah cabaran kami...
berkat kesabaran yang sekian lama
Allah menilai segala2nya..
Di dalam kesempitan
di situ ada kasih sayangNya...
di situ ada rahmatNya...
disitu ada kekuatan sebenarnya..
Malam tadi malam jumaat.
Lewat tengah malam hati bagai gusar sahaja
Saya putarkan lagu
ANDAINYA RASULULLAH MASIH BERSAMA KITA
lama kelamaan saya terlena....dibuai alunan
senikata lagu berbahasa Arab tanda,
mengingati Rasulullah melalui puitisnya
senikata lagu tersebut...menenang hati saya jujurnya...
Tugasan yang telah saya
tunaikan petang khamis tadi masih tergiang2
tidur saya jadi terganggu, saya bangun seawal jam 4.00 pagi
saya bersihkan diri dan mula bersolat,
satu persatu solat sunat saya tunaikan....
kala berdoa selepas solat tahajuj...
rasa sebak melanda tiba2
persoalan demi persoalan menjelma
setiap patah doa diiringi lajunya air mata...
saya berteleku lama...tak daya nak doa..
saya biarkan hati yang berbicara..
memadaikah usaha saya siang tadi
itulah saja kemampuan aku insan kerdil ini
berusaha...sedaya upaya semuanya milik DIA....
Sebelum keluar bekerja di pagi jumaat saya
luangkan masa seperti biasa
membaca surah-surah pilihan...
saya akan melalui hari seterusnya lagi
mohon Allah SWT ampunkan kesalahan dan
sentiasa meredhai usaha saya hendakNya..
Wasallam
12 ulasan:
assalamualaikum kak shami : bikin lapar plak bukak blog ni pagi2....
Salam dekk afezz
Ya ka..heheh
Assalamualaikum, Banyak tambahan menu,Doa saya semoga perniagaan Shammi 2 dan Pak Ngah Helmi Grilled Lamb Steak bertambah maju dengan berkat Allah swt.
2 hb Mei ni ulang tahun kelahiran Almarhum Azizul suami saya. teringat
masakannya kari kelapa kambing dan inner sekali. dalca dll.
Salam akmar
Alhamdulillah, terima kasih doakan saya dan perniagaan.
Saya doakan moga almarhum, bahagia di sana.
Masih teringat ...saya angkat tangan doakan akmar dan anak2 serta sahabat2 lain ketika di Raudhah dan Masjidil haram...
Assalam Puan,
Tolong Bagi GPS kodinit kedai tu kalau ada. Kalau tidak pun, bagitau di mana lokasinya di Batu 15 1/2 Jalan Ipoh Rawang tu... Dekat Kraf Institut ke?
Wassalam
Salam tuan haji zulkhairi
Lokasi kedai:
Dari toll plaza rawang menghala ke Selayang dan Kuala Lumpur.
Sebelum Tesco Rawang
Kedai tepi jalan selepas masjid nurul iman rawang 1km akan jumpa kedai saya, sebelah kiri
Bila tuan sudah keluar toll rawang call saya
Atau kalau tuan dari arah kuala lumpur, selepas Tesco Rawang 500m akan jumpa kedai saya di sebelah kanan jalan perlu buat u turn depan stesen minyak BP
Harap maklum.
salam....utk tempahan bbq 2ekor kambing aqiqah kosnyer bapa
Salam, terima tempahan katering dan penghantaran ke tanjung malim tak?
salam,
Terima tempahan kambing golek utk akikah dan penghantaran ke felda gunung besout, sungkai tak?
Salam.. Berminat untuk dapatkan sebutharg. Mohon wasap quo d no. 0196165984
Slm...sy ingin thu lbh lnjut tentang pskej yg d twrkn utk mjlis akikah anak...whtsup sy 0179680229
Sy ingin tahu lebih pasal pakej aqiqah..whatsapp 0192648612
Catat Ulasan