Khamis, 3 Mei 2012

Kambing Aqiqah & Ilmu, amal dan iman



  


Sekelompok Kambing pilihlah yang berkenan..

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang

Salam malam jumaat 
semoga malam indah ini kita manfaatkan sebaiknya
untuk menambah nilai ibadah yang sedia ada.
Ilmu yang dikutip disemai semula serta di baja agar 
tidak luntur, layu atau terbang ditiup angin begitu saja.

Selamat berjuang buat semua, semoga kita 
berjaya menghadapi segala dugaan, cabaran, baik dari 
kerana hawa nafsu kita, syaitan juga serta 
pelbagai pengaruh lain yang ada di sekeliling kita.
Waspada sentiasa mudah-mudahan kita 
sentiasa di dalam keredhaan dan rahmat Allah SWT...
Insyallah.

Ilmu dan hikmah Allah ada di sekeliling kita
Senantiasalah berdoa kepada DIA
bacalah, fahamilah firman2Nya
amalkanlah di dalam penghidupan kita
jadikanlah semua aspek kehidupan 
Rasulullah SAW  teladan kita
bukalah hati nurani kita dengan 
cahaya kejujuran dan keikhlasan
kita akan bertemu DIA di sana.....
Allah..Allah..Allah..
.
PERKONGSIANI ILMU

Kemanisan Iman

Tanda-tanda lahir kemanisan iman:
 
 • Kecintaan seseorang mukmin untuk melakukan ibadah

 • Merasa tenang dan selesa melakukanya disertai dengan 
perasaan rindu dan lapang dada melakukanya.

 • Apa yang lebih penting dengan kemanisan iman ini dapat 
dirasai oleh Ruh kita juga.  Hadis Nabi Sallahu’alaihiwasallam yang mulia menyebut bermaksud:  “Jika terdapat perkara ini pada seseorang, 
beliau akan merasakan kemanisan iman: 

beliau mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segala sesuatu, 
beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka, 
beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu (kepentingan) 
tetapi hanyalah kerana Allah.”  Akhir kalam untuk pesanan diri saya sendiri dan semua , 
marilah kita mencari dan menyuburkan iman kita.

Bagaimana ya

marilah kita mencari sahabat-sahabat 
yang boleh memperingati diri kita dan ukhuwah serta 
berkasih sayang hanya kerana Allah, 
tidak ada kepentingan diri dan hati yang sentiasa lapang dengan kita. 
Selalulah berfikir akan nikmat dan kebesaranNya, 
sentiasa melihat alam dan manusia sekeliling, 
di situ memberi kita pengajaran.

Lihat kepada manusia yang melakukan keingkaran 
apa yang mereka dapat selain daripada kemurkaan Allah 

dan lihat kepada manusia yang melakukan kebaikan, 
alangkah bahagianya mereka mendapat kasih sayang, 
ketenangan dan keberkatan Allah. 

Semua jalan ini kita yang pilih, 
oleh itu marilah kita semua menjadi insan 
yang sentiasa mencari hak Pencipta 
sehinggalah dipanggil balik oleh Allah 
kerana kematian itu boleh datang bila-bila 
tanpa ada sebarang signal.
 Marilah kita berdoa kepada Allah Subhanahuwata’ala:


Ya Allah! 
Berilah petunjuk kepada kami di sisi Engkau. 
Berilah keutamaan ke atas kami dengan keutamaan Engkau. 
Cucurilah ke atas kami akan rahmat Engkau. 
Turunkanlah ke atas kami akan keberkatan Engkau. 
Ya Allah! 
Sesungguhnya kami memohonkan daripada Engkau akan petunjuk, 
 ketakwaan, kawalan nafsu serta kekayaan.

 Ya Allah! 
Pimpinlah kami dengan petunjuk, 
sucikanlah kami dengan sifat-sifat takwa 
serta ampunilah dosa kami di dunia dan akhirat nanti. 
Ya Allah! 
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau 
dan peliharalah kami daripada perkara-perkara 
yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami, 
selamatkan kami daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh. 
Jadikanlah kami apa yang Engkau kabulkan itu 
supaya berpaling daripada kami sifat-sifat keburukan dengan berkat limpah kurnia-Mu wahai Tuhan Yang Maha Penyayang. 
Wahai Tuhan kami! 
Janganlah Engkau palingkan hati kami 
selepas kami menerima pimpinan daripada Engkau 
dan kurniakanlah Rahmat dari sisi Engkau 
kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Rahmat.

Ya Allah ! 
Sesungguhnya kami memohon kepada Engkau akan nikmat yang sempurna pada tiap-tiap suatu daripadanya serta bersyukur kepada Engkau kerananya sehingga Engkau reda selepas engkau meredhainya; 
juga kami pohonkan sesuatu yang ada kebajikan yang Engkau jadikan itu akan mendatangkan kebajikan pula kepada kami; 
permudahkanlah setiap urusan kami dan 
janganlah pula Engkau jadikan ianya susah bagi kami, 
wahai Tuhan yang Maha Mulia.

Ameen, 
Ya Rabul'alamin.
Wasallam 

Tiada ulasan: