Sabtu, 14 April 2012

Bingkisan Jumaat ....

Saat Asar di halaman Masjid Tooba Karachi Pakistan



 Jeddah ~ Terminal  Haji

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang

Bingkisan jumaat

Alhamdulillah, 
Salam jumaat buat semua pembaca 
blog saya yang terdiri daripada suami, 
anak2, adik beradik
ahli keluarga
sahabat, rakan dan taulan 
yang dekat maupun yang jauh, 
didunia nyata maupun dunia maya...
Demikianlah hari ini genap 26 hari 
setelah kepulangan saya dan suami 
dari menunaikan ibadah umrah.

Bermula dari hari bertolak ke tanah suci, 
hinggalah hari ini setelah pulang, 
 saya selesa berjubah, warna hitam, 
siang dan malam apabila keluar berurusan.

Suasana dan corak pakaian wanita2 arab di Masjid Nabawi 
dan Masjidil Haram khususnya, yakni
berjubah litup berwarna hitam 
tampak manis dipandang
lagi sopan. 
 lengkap tuntutan syariatnya.
Saya juga ingin begitu, 
maksudnya ingin patuh dan taat padaNya 
dalam bab berpakaian.

Suatu waktu dahulu mungkin jubah hanya saya pakai diwaktu malam, 
atau ke rumah2 Allah sahaja terutama dibulan puasa.
Ada sesuatu yang amat istimewa sukar untuk di tafsirkan, 
kenyataannya saya sedang dan masih perlu banyak belajar,
 mengkaji serta memahami dan mempraktikkannya 
dalam kehidupan seharian saya ini.
Usaha ini bukan untuk saya sahaja
perlu diterapkan buat anak2 dan ahli keluarga.
Insyallah untuk semua kawan2 ahli masyarakat amnya juga
doakan saya.
Kerana itulah juga 
saya terpanggil untuk mengusahakan
sebuah perniagaan yang bernama
D'Sham Muslim Shoppe.

Penulisan ini
adalah perkongsian pengalaman peribadi saya 
tentang cara berpakaian
Hati cukup bersemangat, penuh tekad
Bila-bila masa dengan pakaian ini 
sesuai saja singgah solat di mana2.
(tempat yang sesuai)
Jiwa bagai sentiasa dekat bak ada di dalam masjid
Rasa ibadah itu jelas...terasa.

Alhamdulillah, 
saya sangat2 bersyukur dengan perubahan ini
Saya mohon kepada Allah agar semua yang baik ini berterusan..
insyallah sama-sama kita berdoa 
bila ingin menunaikan perkara2 yang baik seumpama ini.

 Corak berpakaian ini menjadikan
setiap saat hati saya terisi dengan kasih sayangNya, 
juga rasa hampir dengan 2 kota Suci itu
Kota Madinah dan Kota Mekah...
 wangian seperti yang ada di kain Kaabah
 juga tidak lekang dari sisi ..
itulah sebahagiannya

Saat zikrullah, tasbih, tahmid, tahlil 
dan azan versi Madinah dan Makkah 
berkumandang di tv maupun radio
..kelopak mata akan bergenang
bila sendirian air mata akan mengalir laju tanpa di sedari...
Itulah yang ingin saya sampaikan dihari jumaat nan indah ini.
Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah 
hendaknya di mana sahaja berada.


Perniagaan




Shai, atau teh arab adalah minuman istimewa dari tanah arab.
Teh ini dibekalkan oleh saudara kepada kami di Makkah tempohari.
Kini teh arab boleh di dapati di kedai
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak.
Sila buat tempahan dan jemput untuk menikmatinya.
Satu teko teh Arab ini cukup untuk 4 orang 
berharga RM 5.00
 

Kawan2 saya juga berhajat untuk menunaikan umrah, 
mereka cukup teruja bila saya bercerita, 
ketika di Masjidilharam saya mendoakan mereka.
Mereka sedang berusaha bagi menambahkan pendapatan
dengan menjual air mineral herba. Mudah-mudahan usaha mereka berjaya.

1) Mineral herba mas cotek bagi perempuan ~ RM 1.50 sebotol
2) Mineral herba Tongkat Ali bagi lelaki ~ RM 2.00 sebotol

Air mineral ini berfungsi menambahkan tenaga dan menyihatkan badan, 
serta menjadi minuman kesihatan
sesuai buat  pesakit kencing manis, darah tinggi, kanser dll
sila dapatkannya di kedai Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak


Perkongsian ilmu

Pakaian itu ada hubungannya dengan ibadat seperti ibadat dalam sembahyang di mana diwajibkan menutup aurat. 

Sebenarnya pakaian itu sendiri adalah ibadat kerana ia termasuk dalam suruhan agama yang ada nilai pahala dan dosa, 
kerana itu orang Islam yang menutup auratnya 
ianya telah mematuhi dan mentaati tuntutan dan suruhan agamanya. 

Menutup aurat itu ada had dan ketentuan 
dalam sembahyang dan di luar sembahyang.
Pakaian itu sebenarnya gambaran zahir keperibadian seseorang. 

Pengaruh pakaian dapat dilihat seperti, 
ahli perniagaan untuk mereka dapat mengaut keuntungan ialah dengan mempermodelkan atau menunjukkan fesyen pakaian yang akan diharapkan dapat menjadi tarikan atau pengaruh untuk dibeli oleh pengguna-pengguna.

Pengaruh pakaian ini amatlah jelas. 

Sebab itu pereka fesyen pakaian akan sentiasa merubah corak-corak fesyen pakaian itu dari masa ke semasa, 
khususnya pakaian perempuan. 
Tetapi sayang, 
fesyen pakaian perempuan hari ini 
banyak yang tidak memenuhi kehendak Islam.

Jika pakaian yang dipakai oleh perempuan-perempuan Islam itu tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam, maka ia menggambarkan sejauh mana kekukuhan aqidahnya. 
Pakaian itu mempunyai hubungkait dengan ketaqwaan. 


Jilbab adalah pakaian muslimah untuk keluar rumah. 

Allah berfirman:
 
“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, 
anak-anak perempuanmu 
dan isteri-isteri orang mukmin: 

“Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka 
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,
 karena itu mereka tidak di ganggu. 
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  ”. 
(QS Al Ahzab: 59)
 

 Ibnu Umar menuturkan: “Rasulullah saw bersabda: 

“Siapa saja yang mengulurkan pakaiannya karena sombong, 
Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat”.  

Ummu Salamah bertanya: “Apa yang harus dilakukan perempuan terhadap ujung bawah pakaiannya?”

Rasulullah menjawab: “Hendaklah diulurkan sejengkal”. 

Ummu Salamah berkata lagi: “Kalau sudah begitu kedua kakinya masih tampak?”. 

Rasulullah menjawab: “Hendaklah diulurkan sehasta dan jangan ditambah”.

  Riwayat Imam Turmudzi dan Imam Thabrani mengatakan:

“Sesungguhnya Nabi saw pernah mengukur satu jengkal buat Siti Fathimah dimulai dari kedua mata kakinya, kemudian beliau bersabda: 

“Inilah ujung kain seorang perempuan”. 
 
Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan, pemakaian jilbab (jubah) adalah datangnya dari nas yang amat jelas iaitu AlQuran dan juga as sunnah. 

Ianya adalah mode pakaian orang-orang mukmin, 
pakaian sunnah ummul mukminin dan pakaian sunnah wanita-wanita di zaman Rasulullah saw. 

Ianya bukan pakaian budaya Arab yang disangka oleh kebanyakan kita.
 
Andainya kita tidak mahu memakai jubah, 
pakailah pakaian yang menurut panduan syariat seperti 
tidak nipis, 
menyembunyikan warna kulit dan bentuk tubuh,
 longgar dan memakai warna dan corak baju 
yang tidak menarik perhatian lelaki, 
juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir.





Tafsirnya: “Dan pakaian taqwa adalah yang lebih baik.”


Nota: Saya mohon keampunanNya, jika ada salah dan silap dalam penyampaian saya yang serba kekurangan ini, jujurnya masih banyak yang perlu saya belajar. Ini adalah sebahagian yang ingin saya kongsikan bersama.


Wasallam


6 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

tak tahu pula, tapi.. Alhamdulillah, dah selamat balik drp umrah

moga yg dihajati akan berkekalan
atuk amin kan doa2 tu

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Ya alhamdulillah...terima kasih itulah harapannya...insyallah

mamawana berkata...

Alhamdulillah..selamat kembali dari Umrah.

ROZILA berkata...

Assalamualaikum Shami,

Saya suka jubah hitam/kelabu
Semuga apa yg dicita2,dimakbulkan Allah utk buka (D'Sham Muslim Shoppe)

Amin....

shami2 berkata...

Salam mamawana

Terima kasih.

shami2 berkata...

Salam Pn Rozila

Terima kasih doakan saya, insyallah.