Isnin, 16 April 2012

Tetamu saya




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan  Penyayang

Salam hari Ahad, 
semoga hari minggu ini adalah antara 
hari cuti umum terbaik untuk kita insyallah.
Malam minggu, saya telah menerima beberapa tetamu  
mereka adalah Madam Beh dan suami...
pertama kali saya bertemunya setelah 5 bulan saya menyewa kedai miliknya..

Alhamdulillah suatu pertemuan yang saya anggap yang terbaik
perbualan tertumpu untuk kami saling mengenali antara satu sama lain,
bertukar-tukar pendapat tentang pandangan dan prinsip hidup masing2, 
dalam hal kekeluargaan, anak2, agama pegangan masing,perniagaan
 senario masyarakat hari ini dll.

Madam Beh dan suami berumur lewat 50an...mempunyai kilang perabut sendiri.
titik akhir perbualan kami, bolehlah disimpulkan begini,
manusia mestilah hidup rukun dan damai tidak kira apa agama, 
bangsa dan latarbelakang,
saling menjaga nilai2 murni untuk hidup harmoni.

Akhirnya Madam Beh berbisik kepada saya,
 dia sudi menjadi pembekal tudung dan pelbagai barang muslim lain..
.saya letakkan beberapa syarat pada beliau....terutama tentang 
prinsip berpakaian seorang muslim, terutamanya wanita.
saya jelaskan beberapa perkara....
khusus tentang kehendak agama islam dalam bab berpakaian 
khususnya untuk wanita dan konsep perniagaan saya.

Beliau tampak faham, saya mohon pada Allah mudah-mudahan
apa yang saya fikir dan sampaikan padanya akan memperjelaskan lagi tentang
kedudukan sebenar  agama  islam kita yang indah ini dimata masyarakat cina khususnya.

****

 Saya juga menerima kunjungan daripada seorang sahabat blog
yang saya bahasakan panggilan kepadanya adekk afezz,
 yang dikenali hampir 2 tahun lalu. 
Pertama kali bersua di alam maya ketika saya diperingkat awal membuka kedai
saya membawa Grill lamb ke sebuah rumah rakan blog  juga
disitulah saya turut mengenali yang lain setelah berukhwah di alam maya.

Mereka datang berlima, ruang masa yang sesuai membuatkan
kami dapat berbual lama...bual sembang menjadi ala2 takzkirah pula, 
Saya selesa bila dapat berkongsi pengalaman hidup 
dan menyampaikan apa jua pesanan baik yang telah saya lalui 
dan kutip hasilnya dalam hidup ini.

Perkongsian Ilmu

Ditanyakan kepada Al Imam Auza'iy, 

"apakah yang dikatakan Ikram Dhuyuf (memuliakan tetamu) itu?."

Beliau menjawab: " Manis muka dan elok bahasa (percakapan)"

Wasallam

2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : seronok dpt bersembang ngan akak malam tu. InsyaAllah... next time dtg lagi... lamb drumstick plak.. hehehe

shami2 berkata...

Salam sejahtera dekk Afezz

iya..alhamdulillah
jemput datang lagi ..insyallah order menu lamb drumstik tu akan di olah jadi hidangan terbaik...

masuk order sehari sebelum. Untuk persediaan awal.

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...