Jumaat, 10 Februari 2012

Doa & Anak2









Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang


Salam jumaat  semua, mudah-mudahan hari ini adalah hari terbaik untuk kita semua, 
walau dimana saja kita berada.Alhamdulillah cuti yang panjang selesai sudah.
Begitulah adanya perjalanan kita semalam dan hari ini, besok belum tentu lagi,
moga semuanya baik dan di dalam redha dan rahmat Allah hendaknya.


Perkongsian ilmu


Doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat makbul. Jangan sia-siakan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada ibubapa iaitu mustajabnya doa ibubapa untuk anak-anak.  

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.

. Setiap ibubapa pasti mengimpikan anak-anak mereka menjadi orang-orang yang berjaya di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Gunakan kemuliaan yang Allah kurniakan ini untuk berdoa untuk anak-anak.


Berikut ini adalah panduan doa yang masyhur untuk anak-anak.
 

Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat:
Surah Ibrahim ayat 40-41

Ertinya " Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian sorang-orang mukmin pada hari hisab nanti"
 
Doa mohon keturunan yang soleh, penyenang hati dan menjadi orang yang bertakwa
Surah al-Furqan ayat 74

Ertinya"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri dan keturunan kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa"

Doa anak taat kepada Allah
Surah Al-Baqarah (ayat 128)
Ertinya " Wahai tuhan kami, jadikanlah kami berdua ini orang yang patuh dan berserah diri kepadaMU, dan jadikanlah di kalangan keturunan kami umat yang patuh dan berserah diri kepadaMU, serta tunjukkanlah kepada kami syari'at cara-cara ibadah haji kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang."

Doa anak pandai belajar
Surah Anbiya ayat 79

Ertinya " Maka Kami beri Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (daripada mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-sama dengan Daud. Kami sememangnya berkuasa melakukan semua ini."   
 
 
Doa-doa lain;
Doa supaya anak rajin belajar dan rajin ke sekolah:
Surah Taha ayat 1 - 5

Doa memohon rahmat
Surah Ali-Imran, ayat 8-9.

Doa anak lembut hati
Surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24) Surah Al-Imran ayat 200

Doa mohon zuriat yang baik 
surah Ali-Imran (ayat 38)

Selagi kita belum menutup mata, 
selagi itulah kita harus berdoa untuk anak-anak kerana selain membesarkan, membimbing dan memberikan ilmu, 
doa juga menjadi  penyebab kejayaan anak-anak. 
Semua orang tahu, anak adalah amanah dari Allah, 
kita akan ditanya diakhirat nanti tentang tanggungjawab kita 
dalam membesarkan anak-anak.  

Wasallam


6 ulasan:

rezeki berkata...

salam

alhamdulillah

harapan semua ibu bapa nak lihat anak2 berjaya bukan di dunia sahaja, paling penting di akhirat

insyallah

azlina berkata...

assalamualaikum...
shima semua ni anak2 shima ke alhamdulilah trm ksh ats doa2 yg di kongsikan bersama

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

seronok bercuti di tempat sejuk

shami2 berkata...

Salam rezeki

Mudah-mudahan kita dan anak2 kita sentiasa dalam rahmat dan redhaNya.

shami2 berkata...

Salam kak azlina

Dalam gambar ni anak saya yang ada cuma 2 orang saja, adik mimi dan bang cik aan, yang lelain tu anak2 sedara sebelah Pak Ngah Hilmi.

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Alhamdulillah...heheh,