Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Salam jumaat semua, mudah-mudahan hari ini adalah hari terbaik untuk kita semua,
walau dimana saja kita berada.Alhamdulillah cuti yang panjang selesai sudah.
Begitulah adanya perjalanan kita semalam dan hari ini, besok belum tentu lagi,
moga semuanya baik dan di dalam redha dan rahmat Allah hendaknya.
Perkongsian ilmu
Doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat makbul. Jangan sia-siakan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada ibubapa iaitu mustajabnya doa ibubapa untuk anak-anak.
Rasulullah
SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan
jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan
doa ibu bapa kepada anaknya.
. Setiap ibubapa pasti
mengimpikan anak-anak mereka menjadi orang-orang yang berjaya di dunia,
lebih-lebih lagi di akhirat. Gunakan kemuliaan yang Allah kurniakan
ini untuk berdoa untuk anak-anak.
Berikut ini adalah panduan doa yang masyhur untuk anak-anak.
Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat:
Surah Ibrahim ayat 40-41
Ertinya " Wahai
Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap
mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku,
ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian sorang-orang mukmin pada hari
hisab nanti"
Doa mohon keturunan yang soleh, penyenang hati dan menjadi orang yang bertakwa
Surah al-Furqan ayat 74
Ertinya"Ya
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri dan keturunan kami
menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang
yang bertakwa"
Doa anak taat kepada Allah
Surah Al-Baqarah (ayat 128)
Ertinya " Wahai
tuhan kami, jadikanlah kami berdua ini orang yang patuh dan berserah
diri kepadaMU, dan jadikanlah di kalangan keturunan kami umat yang patuh
dan berserah diri kepadaMU, serta tunjukkanlah kepada kami syari'at
cara-cara ibadah haji kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya
Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang."
Doa anak pandai belajar
Surah Anbiya ayat 79
Ertinya " Maka
Kami beri Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu;
dan masing-masing (daripada mereka berdua) Kami berikan hikmah
kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami tundukkan gunung-ganang
dan burung-burung memuji Kami bersama-sama dengan Daud. Kami sememangnya
berkuasa melakukan semua ini."
Doa-doa lain;
Doa supaya anak rajin belajar dan rajin ke sekolah:
Surah Taha ayat 1 - 5
Doa memohon rahmat
Surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Doa anak lembut hati
Surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24) Surah Al-Imran ayat 200
Doa mohon zuriat yang baik
surah Ali-Imran (ayat 38)
Selagi
kita belum menutup mata,
selagi itulah kita harus berdoa untuk
anak-anak kerana selain membesarkan, membimbing dan memberikan ilmu,
doa
juga menjadi penyebab kejayaan anak-anak.
Semua orang tahu, anak
adalah amanah dari Allah,
kita akan ditanya diakhirat nanti tentang
tanggungjawab kita
dalam membesarkan anak-anak.
Wasallam
6 ulasan:
salam
alhamdulillah
harapan semua ibu bapa nak lihat anak2 berjaya bukan di dunia sahaja, paling penting di akhirat
insyallah
assalamualaikum...
shima semua ni anak2 shima ke alhamdulilah trm ksh ats doa2 yg di kongsikan bersama
Assalamualaikum Shami
seronok bercuti di tempat sejuk
Salam rezeki
Mudah-mudahan kita dan anak2 kita sentiasa dalam rahmat dan redhaNya.
Salam kak azlina
Dalam gambar ni anak saya yang ada cuma 2 orang saja, adik mimi dan bang cik aan, yang lelain tu anak2 sedara sebelah Pak Ngah Hilmi.
Salam cik rozali
Alhamdulillah...heheh,
Catat Ulasan