Jumaat, 23 Disember 2011

Aktiviti seisi keluarga ~ Bersolat di Masjid


Masjid Kg Baru

Dewan solat utama


Masjid Khalid Al Walid Kementah KL


Masjid Wilayah di bahagian depan


Masjid Wilayah Jalan Duta

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam sabtu, didoakan agar kita semua sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT hendaknya.
Dalam kesibukan menunaikan tugasan seharian, bekerja dipejabat , menguruskan perniagaan, juga anak2 yang sedang bercuti sekolah, waktu2 yang ada dimanfaatkan oleh kami sekeluarga dengan memperuntukan masa mengunjungi masjid2 berdekatan untuk menunaikan solat jemaah bersama.
 Antara masjid yang menjadi pilihan untuk kami sekeluarga ialah Masjid Wilayah yang terletak di jalan Duta, Masjid Khalid Al Walid Kementah KL, Masjid Kg Baru, Masjid Saidina Hamzah  Batu Muda KL, Masjid Amaniah Selayang, Masjid Negara  dll.
Alhamdulillah sesekali bersolat jemaah di mana2 masjid luar kawasan menjadi suatu aktiviti yang disukai oleh anak2.
Bacaan ayat2 suci Al Quran yang lunak oleh tuan imam tentunya mengamit rindu
untuk berkunjung lagi.


********

PERKONGSIAN CATATAN ILMU BERHUBUNG MASJID

FUNGSI MASJID PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. 

Setelah Rasulullah (s.a.w.) berhijrah ke Kota Madinah, baginda telah membina masjid Quba’, yang menjadi masjid pertama pada zaman awal perkembangan agama Islam. 

Jika diperhatikan walaupun hanya beberapa hari Rasulullah (s.a.w.) berada di Quba’, dalam perjalanan baginda ke Madinah, baginda telah berusaha membina masjid.

Sekiranya masjid itu dibina hanya semata-mata untuk dijadikan tempat sembahyang maka sudah tentu ia tidak memerlukan pembinaan yang segera, 
tetapi oleh kerana Rasulullah (s.a.w.) melihat masjid memberikan pengertian yang lebih besar maka Rasulullah (s.a.w.) memberi keutamaan kepadanya. 

Masjid adalah lambang syiar Islam dan kedaulatannya, ia merupakan pusat yang menghubungkan antara hamba dengan Penciptanya. 

Pembinaannya menunjukkan masjid mempunyai peranan yang besar dan agung bagi umat Islam dan sebagai pusat perkembangan agama mereka.

Kita lihat setelah baginda Rasulullah (s.a.w.) tiba di Madinah, baginda telah mengambil beberapa langkah yang berkesan untuk mewujudkan perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk Islam di Madinah.

 Antara langkah-langkah segera yang diambil oleh Rasulullah (s.a.w.) ialah mendirikan masjid (yang terkenal dengan nama “Masjid Nabawi”) dan bermula dari sinilah terpancarnya cahaya Islam, 
pancaran ilmu, 
keharmonian ihsan dan ketinggian akhlak umat Islam di seluruh pelosok dunia. 

Di samping itu baginda telah menjadikan masjid sebagai pusat ibadat, 
pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, 
nadi gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat,
 tempat menuntut hak dan keadilan, 
markas tentera dan pertahanan,
 pusat kebajikan, 
gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah dan manusia sesama manusia.

Kita boleh menyatakan bahawa fungsi masjid ketika itu amat besar dan ketara sekali. 
Ia melambangkan paduan dalam urusan dunia dan akhirat.

Kesempurnaan Islam sebagai ad-Din telah berjaya digambarkan oleh Rasulullah (s.a.w.) melalui peranan dan fungsi masjid ini. 



KELEBIHAN MASJID 

Islam sangat menggalakkan pembinaan masjid dan mengimarahkannya, 

Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda yang bermaksud: 

“Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga”.
Allah telah menjadikan masjid tempat yang mulia di sisi-Nya, ianya juga terkenal dengan nama “Baitul Allah”. 

Dalam hal ini baginda Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud: 

“Tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasarnya manakala tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya”.
Di dalam hadith yang lain, 
dalam memperlihatkan kelebihan masjid Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: 

“Apabila kamu melihat seseorang lelaki yang berulang-alik ke masjid maka saksikanlah baginya dengan keimanan”. 

Selain daripada itu, Rasulullah (s.a.w.) juga menegaskan tentang kelebihan masjid kepada umat Islam terutama sekali kepada golongan pemuda, iaitu antara manusia yang mendapat perlindungan Allah pada hari Qiamat ialah pemuda yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid. 

Antara kelebihan masjid, Rasulullah (s.a.w) memberi jaminan kepada orang yang sentiasa sembahyang berjemaah di dalamnya. 

Sabda baginda yang bermaksud: 

“Seorang Muslim yang sentiasa pergi ke masjid untuk sembahyang dan mengingati Allah, Allah amat bergembira dengan kedatangannya sebagaimana ahli keluarga amat gembira dengan kedatangan keluarga yang lain”. 

Sabda baginda lagi,
"Sesiapa yang pergi ke masjid, Allah akan menyediakan untuknya hidangan di dalam Syurga, setiap kali ia pergi dan balik". 

Hadith di atas menerangkan bahawa orang yang mendapat kebaikan daripada masjid ialah mereka yang melakukan amalan soleh dan taqwa.

 Orang-orang yang sedemikian itulah juga yang layak dan berhak untuk mendapatkan ganjaran baik daripada Allah terhadap amalan-amalan soleh yang mereka lakukan, kerana Allah telah menyediakan kelebihan pada masjid-masjid. 

Wasallam.

2 ulasan:

Ayah Zain berkata...

salam ziarah shami2. marilsh kita sama sama memakmurkan rumsh Allah.

shami2 berkata...

Salam AZ

Terima kasih berkunjung lagi, ya sama2 kita makmurkan masjid walau dimana kita berada.