Bihun goreng dah siap
Bihun goreng bersama penambah rasa kicap dan cili potong
Bihun goreng didalam belanga
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Salam selasa, selesai sudah cuti hujung minggu 3 hari.
Lebih kurang lagi seminggu sekolah akan dibuka semula, ramai antara kita kini sedang menghabiskan cuti hujung tahun bersama anak2...
tidak ketinggalan juga shami sekeluarga,
masa2 yang ada dimanfaatkan sebaiknya.
Hari isnin kedai Pak Ngah Hilmi ditutup sebagaimana cuti mingguan biasa.
Kami memilih untuk menghabis masa di rumah.
Menu istimewa shami hari ini ialah Bihun goreng.
Bahan-bahannya
Bihun 1 bungkus
Udang basah
2 Ulas bawang putih
Sayur taugeh
Sayur kucai
1 biji cili besar
4 biji cili padi
1 hiris limau nipis
Kicap lemak manis
Sos cili
2 biji telur
2 biji tauhu siap di goreng
Minyak masak 3 sudu besar
Seterusnya masaklah dengan penuh kasih sayang untuk keluarga kita.
1 bungkus bihun digoreng, cukup di makan untuk kami sekeluarga seramai 6 orang
Alhamdulillah.
Nota:
Andai berminat untuk menikmati menu bihun goreng special shami ini dikedai
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
sila menempahnya lebih awal. Nyatakan bilangan yang hadir.
%%%%%%
Catatan perkongsian mengenai Penerapan pendidikan dalam kasih sayang ibu bapa kepada anak2.
Dalam pendidikan naluri kasih sayang ini dapat berperanan dalam tiga keadaan iaitu:,
Pertama:
Allah menjadikan naluri kasih sayang ini agar manusia menjadikan usaha mendidik anak itu sesuatu yang menyeronokkan.
Contohnya:
Sambil girang menimang anak si bapa boleh menyelitkan acah-acahnya dengan unsur tarbiyah.
Sambil leka mendodoinya, si ibu boleh mengalunkan lagu-lagu yang membangkitkan jiwa, iman dan semangat juang.
Sambil seronok bergurau senda, bertempuk tampar, si ibu dan ayah boleh melatih mereka erti kerjasama dan mementing diri, erti timbang rasa dan keegoan, erti ketaatan dan keengkaran, erti sopan dan biadap, serta erti dosa dan pahala.
Sambil bahagia bersiar-siar dan berkelah, anak-anak boleh diajar soal-soal ketuhanan, tatacara ibadah, keluhuran akhlak dan teknik bermasyarakat.
Sambil sibuk memasak didapur semua anak2 diajak untuk bekerja sama menyiapkan urusan rumah tangga, seperti membasuh pakaian, ampai baju, mencuci rumah, dll kerja rumah tidak terbeban semua jadi mudah dan cepat.
Ringkasnya, segenap aktiviti yang menyeronokkan itu boleh berubah wajahnya menjadi medan tarbiyyah insaniyah.
Kedua:
Naluri kasih sayang mencipta ketabahan dan kegigihan mendidik buat ibu dan bapa.
Kadang-kadang ibu dan bapa terasa letih mendidik anak. Nasihat demi nasihat. Pesanan demi pesanan. Teguran demi teguran. Tapi anak tetap tidak endahkan.
Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yang tidak kunjung henti. Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka ketika berkomunikasi. Luahkan rasa sayang dan harapan. Teruskan usaha tarbiyah itu secara berterusan dengan penuh kesabaran.
Ketiga:
Fitrah kasih sayang dalam jiwa manusia juga mendorong pengorbanan luar biasa si ibu dan bapa terhadap anak-anak.
Pengorbanan yang lahir dari kasih yang ini dapat membina momentum semangat dalam mendidik anak.
Bagi si ibu dan bapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yang berjaya.
Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dengan tabah semata-mata untuk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t. tentunya tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja. Allah menjamin rahmatnya kepada ibu dan bapa yang mengasihi dan merahmati anak-anaknya.
Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya:
Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma.
Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untuk dirinya.
Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yang masih ada di tangan ibunya.
Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada setiap seorang anaknya sebelah kurma.
Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda.
Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah: "Kenapa pula adinda hairan dengan apa yang berlaku itu?
Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya."
Walau bagaimana pun, kasih sayang kepada Allah tidak dapat mengatasi kasih sayang kepada anak-anak.
Dalam kasih ada ujian.
Kadang-kadang ibu bapa diuji dengan dua persimpangan.
Antara perintah Allah dan rasa sayang pada anak.
Tentunya yang patut dipilih ialah perintah dan redha Allah taala.
Wasallam
2 ulasan:
assalamualaikum kak shami : nyam3.. sedap tuh. i likee mee hoon goreng
Salam dekk
Ko punya nyam3 tuh ...sedap bebenor hahaha...cocuber masak sendiri dek hehehh
Catat Ulasan