Khamis, 13 Oktober 2011

Menikmati alunan bacaan Al quran...



Salam malam jumaat ....marilah kita sama2 bangun, dinihari, luangkan sedikit masa
untuk Pencipta kita ..yakni Allah SWT...dengan bersujud kepadanya, mengisi sesaat itu dengan
....mengalunkan ayat2 suci Al Quran, bertasbih memuji akan Dia dihening dinihari....
nikmatilah indahnya  ....saat itu..
hanya di saksikanNya.....
mudah-mudahan doa dan harapan kita yang khusyuk, penuh keikhlasan ketika itu
diangkat olehNya....insyallah

****

Suasana tenang ketika mata, tangan dan fikiran menumpukan perhatian kerja teknikal di PC
alunan Al quran menjadi peneman, juga halwa telinga....surah An Nisa menjadi pilihan...
bacaan pilihan tentulah oleh  Imam Mekah kegemaran shami
iaitu Mishary Rashid.....hati bagai berbicara, kolam mata berkaca....digenangi air mata....
begitulah sehinggalah alunan bacaan surah tersebut selesai....
ingatan terkenang kembali  3 tahun lalu akulah menunggu ketika berumrah
kini aku menunggu lagi ketika dia akan berhaji.....
berkali2 aku sematkan dihati juga kuulangi hanya Allah dihatiku.....
Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, menemani, memberi ilham kepadaku
dan Dialah berkuasa atas segalanya......
syukur atas segala...
"Diantara perancangan manusia dan Allah....Perancangan Allah itu lebih baik..."


****

Catatan ilmu..

Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya mengatakan:
Pada suatu malam, rasulullah Shallallahu 'alaihiwasallam keluar , lalu beliau melintasi sebuah rumah seorang perempuan daripada kalangan Anshar, Rasulullah shallallah 'alahi wasallam mendengarnya sedang membaca Al Quran daripada belakang pintu, dia mengulang-ulanginya di malam hari"

Lalu, dimana para wanita muslimah?
Di mana kaum ibu yang telah terdidik dibawah naugan Al Quran?

Maka Rasulullah Shallallahu alaihiwasallam berhenti dan menyandarkan kepalanya ke pintu rumah tersebut, sementara perempuan itu membacakan firman Allah SWT

Sudah tibakah kepadamu khabar (tentang) hari pembalasan?
Surah Al Gasyiyah ayat 1

Maka Rasulullah Shallalhu' alaihi wasallam meletakkan tangannya di atas kepalanya lalu beliau menangis dan berkata:

"Ya dia sudah tiba, ya dia sudah tiba".

Kerana yang diajak bicara pada ayat itu adalah Rasulullah Shallalhu' alaihi wasallam , maka Allah SWT berfirman kepadanya

Sudah tibakah kepadamu khabar (tentang) hari pembalasan?

Surah Al Gasyiyah ayat 1

salah seorang tabi'in berkata: 'Saya pernah menjumpai Aisyah binti Ash Shiddiq Radhiyallahu 'anhu ( perempuan yang jujur puteri daripada seorang yang jujur) yang disucikan dan dibebaskan terus daripada tujuh lapis langit, isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Ketika sembahyang dhuha, dia membaca

firman Allah SWT

Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami daripada api neraka. Sesungguhnya kami dahulu menyembahNya. Sesungguhnya Dialah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang
Surah Ath Thur ayat 27-28

"Lalu saya dengar dia menangis tersedu-sedu. Demi Allah, saya berangkat ke Pasar dan kembali lagi, sementara dia masih membaca ayat yang sama pada satu rakaat tersebut".

Pengajaran

Seorang wanita muslimah mesti mengetahui bahawa Al quran itu berbicara dengannya, dan sunnah Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam itu di utus kepada seluruh manusia, sama ada lelaki dan perermpuan.

Oleh kerana itu Allah SWT berfirman

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya ( dengan berfirman):
Sesungguhnya Aku tidak menyia-yiakan amal orang2 yang beramal di antara kamu baik lelaki atau perempuan
Surah Ali Imran ayat 195

Maka pahalanya akan dia perolehi dengan perjuangannya di dalam rumahnya, kejujurannya bersama Tuhannya dan pendidikannya terhadap anak2nya sesuai dengan ajaran kitabullah dan sunnah
Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam
Wasallam

Nota:
 
Di hari yang mulia ini, shami mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia ...segalanya tertulis diblog ini sebagai suatu catatan
peribadi hidup seorang hamba Allah dan juga keluarganya...mudah-mudahan yang baik itu dapat dimanfaatkan bersama.....
  di doakan semoga pembaca2 blog sehari dalam hidupku  ini dirahmati Allah jua hendaknya....
dimana jua mereka berada saat ini...
 
 

2 ulasan:

Ayah Zain berkata...

salam shami2

lama tak ziarah shami2, semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah

shami2 berkata...

Salam Az

ya insyallah az, semoga kita semua sentiasa dalam kerahmatan Allah SWT