Rabu, 12 Oktober 2011

Dekat, Kasih, Cinta dan TaatiNya

Pokok limau purut yang ada ditanam di sekitar ladang









Seminggu melayani kesibukan di pejabat ..
tiba hari minggu  ...
kami sekeluarga berkesempatan mengikut Pak Ngah Hilmi ke ladang ternakan
bagi tujuan menunaikan tugasannya.
Sesi tugasan  itu shami olahkan menjadi suatu rekreasi bersama-sama anak2.
Masa yang ada kami perindahkan dengan melakukan aktiviti keluarga
sememangnya aktiviti ini menjadi kesukaan anak2.....
ruang masa yang ada diisi menjadi kualiti masa terbaik...sekeluarga 
juga suatu riadah merehatkan minda , alhamdulillah mudah-mudahan terselit hikmah
perjalanan sehari dalam hidupku melihat tanda2 kebesaran Allah SWT....

*****

Catatan ilmu...


Diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari no 6502 daripada Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu.
Rasulullullah Shallulullah 'Alaihi wasallam bersabda:
Allah SWT berfirman

"Sesiapa yang memusuhi waliku ( hambanya yang soleh) maka seolah-olah dia sudah berani mengistiharkan perang kepadaKu. Tidaklah seorang hambaKu bertaqqarub (mendekatkan diri) kepadaKu dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang telah Aku wajibkan kepadanya, dan hambaKu itu sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan ibadah-ibadah sunnah, sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, Aku menjadi penglihatan yang ia melihat dengannya, Aku menjadi tangannya yang ia memukul dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya, apabila ia meminta kepadaKu, nescaya Aku akan mengabulkannya dan apabila ia memohon perlindungan kepadaKu, nescaya Aku akan melindunginya"

Antara kitab yang terkenal menjelas secara khusus hadis ini  ialah
Qathr Al-Wali Fi Syarh Hadis Al Wali.

Dalam hadis ini secara ringkasnya menjelaskan Allah SWT
mengolongkan orang-orang beriman menjadi 2 golongan iaitu:

1) Orang yang pertengahan dan beramal (al muqtashid)
yakni orang yang melakukan ibadah2  fardhu (wajib) sahaja.

2) Orang yang terlebih dahulu melakukan kebaikan ( as-sabiq bil khairat)
adalah orang2 yang melakukan taqqarub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT dengan ibadah2 sunnah.

Allah SWT berfirman dalam surah Fathir ayat 32

kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba2 Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri ( orang-orang yang lebih banyak kesalahannya daripada kebaikannya) dan di antara mereka ada yang pertengahan (orang-orang2 yang kebaikannya berbanding kesalahannya dan diantara mereka ada yang terlebih dahulu berbuat kebaikan (orang2 yang kebaikannya amat banyak dan amat jarang berbuat kesalahan)...

Imam Taqiyudin, Abu Al Abas Ibnu Taimiyyah memberikan komentar terhadap ayat ini:
Semua golongan di atas akan masuk syurga....

Meraih cinta Allah SWT

Faktor paling besar, dekat dan amat disukai Allah SWT adalah faktor Al Quran....
Umat manusia khususnya umat hari ini akan berjaya,
beruntung dalam kehidupannya didunia dan akhirat
dengan membaca, merenung dan mengamalkan isi kandungan Al Quran.
Andainya mereka berpaling maka Allah akan menjerumuskan mereka ke jurang perselisihan dan perpecahan berpanjangan.

Tidaklah suatu kaum itu sesat (berpaling) setelah mereka mendapat hidayah Al Quran yang diberikan kepada mereka, melainkan mereka akan dijerumuskan menuju jurang perselisihan dan perpecahan
Riwayat oleh imam Ahmad no 21660, At Tarmizi no 3253, ibnu Majah no 48.

****

Kepentingan Qiamullail

Qiyamullail merupakan salah satu sunnah yang diajar oleh Rasulullah Shallallahu 'alahiwasallam yang tercinta dan sebagai lambang kejayaan Islam.
Andai kita kehilangannya, kita juga kehilangan nilai2 keimanan,
kita juga kehilangan muhasabatun nafsi (Muhasabah diri yakni menghitung2 diri) dan kita juga kehilangan nikmatnya beribadah dan ketaatan kepada Allah SWT.

****

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda2 bagi orang yang beraqal, iaitu orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
( seraya berkata):
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia2
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka"
Surah Ali Imran ayat 190-191

Setiap kali kamu melihat sesuatu daripada ciptaan Allah, maka hal itu akan menghantarmu untuk mengingati Allah SWT

Setiap gerak geri, pandangan kita, setiap pokok, setiap bunga , setiap binatang peliharaan setiap gunung terdapat tanda kebesaran Allah SWT.
Seberapa banyak tanda kebesaran Allah yang kita saksikan,
hanya orang yang diberi rahmat dan petunjuk sahaja dapat merenunginya  serta memahaminya.
betapa ajaib dan indahnya ciptaan Tuhan langit dan bumi yang
akhirnya mereka kembali kepada keimanan dan keyakinan kepadaNya.

Alangkah nikmatnya menjadikan setiap perjalanan dan reakreasi kita itu untuk merenung tanda2 kebesaran Allah SWT.
Kalaulah  seseorang antara kita melalui sebatang pokok,
maka seolah2 pokok tersebut itu bercakap dengannya seraya berkata kepadanya

"La Ilaha Illallah"

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah


Inilah faktor terpenting yg menolong kita untuk mencintai Penciptanya Allah SWT
yang mencipta segala sesuatu,
menunjukkan tanda2 kebesaranNya hingga kita dapat
merenungi dan mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.
tatkala itu juga hati kita menjadi tenang kerana manusia itu
dengan fitrah kejadiannya sentiasa berhajat kepada PenciptaNya

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?
dan langit, bagaimana ia ditinggikan?
Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?
dan bumi bagaimana ia dihamparkan? 
Surah Al Ghasiyyah ayat 17-20

Wasallam.....

6 ulasan:

rezeki berkata...

salam shami


suka tengok

gemok2 lembunya

ni kira ladang moden yg sistematik

shami2 berkata...

Salam pak itam..

ya ...saya dan anak2 tak lepas peluang mengikut ke sana bila pak ngah ada kerja...hehhe

ladang ni bersih dan teratur..sesiapa berminat untuk membuka ladang sendiri bole datang jalani kursus disini latihah dan khidmat nasihat di sediakan.

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : nnt nak ikot lah pi ladang tuh... mcm best jer

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

lembu2 dan kambing2 tu utk raya Haji nanti....

Alhamdulillah...kejayaan pengusaha Islam

Wassalam

shami2 berkata...

Walaikum salam dekk

Kalo nak ikut kena buat janji ngan pak ngah..sebab orang tidak dikenali tak leh masuk sesuka hati..hehehe langkah keselamatan

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Stok lembu untuk raya korban nanti sedang dijaga..ada lebih kurang 400 ekor...sekarang dalam proses mengemukkan lembu2.

Pengusahanya pasangan suami isteri...
baik dan mesra dengan pelanggannya

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...