Selasa, 19 Julai 2011

Jalan-Jalan & Makan-makan


 Makan-makan
 Ikan tuka bakar bersambal
 Pucuk paku goreng
 Abang cik aan..
 Ikan bakar dan sambalnya
Alhamdulillah hidangan pilihan kami sekeluarga
Mee udang .. ."sedap"...Pasar Tani setiap selasa Taman Bersatu Rawang


Setiap petang Pak ngah hilmi akan menjemput shami dari pejabat...
kebetulan hari tersebut cuti persekolah anak2 sempena acara suka sekolah.
 shami di jemput  di pejabat seawal jam "punch card" berbunyi.
Kebiasaannya begitulah rutin harian kami...
Pada petang itu kami merancang untuk makan bersama
 di sebuah kedai makan kegemaran kami
di Selayang iaitu di kawasan medan selera milik MPS 
berhampiran Stadium Selayang. 
Kedai itu menjadi pilihan kami
kerana sajian menunya adalah dari jenis masakan cina
"cina muslim"
menu utamanya ikan bakar dan sayur goreng.
Pelbagai jenis ikan bakar ada disajikan 
begitu juga sayur-sayurannya
Dan pada petang itu menu pilihan kami sekeluarga ialah:
Ikan kembung bakar berempah & air asam a.k.a sambal belacannya
Ikan tuka bakar berempah
Semangkuk sup panas
Sepiring pucuk paku goreng
Telur dadar
Jus mangga
Limau ais
Teh O ais
Nescafe O panas...

Alhamdulillah..

berminat bolelah berkunjung ke kedai tersebut...
Dari Rawang selepas Pejabat Suruhanjaya Peperiksaan Malaysia,(SPM)
Dari Pasar Borong selepas FAMA, bulatan menghala ke SPM...



3 ulasan:

Ayah Zain berkata...

salam shami2

alhamdulillah. makan bersamakeluarga memang saat yang sangat indah

Rozali berkata...

Assalamualaikum Shami

berselera nampakk
saya pun nak cuba juga ler...

Wassalam

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : kat situ ker? tak pernah singgah pon. kene singgah lah pas ni nak cube rasa sedap ke tak...

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...