Salam jumaat semua....
Hari ni masuk hari ke 10 ramadhan...
Alhamdulillah hampir selesai fasa pertama ramadhan kita ...
dengan semangat dan kekuatan untuk seterusnya
insyallah kita akan melangkah pula ke fasa ke2 dan ke 3 ramadhan
Dalam 10 hari yang berlalu shami tidak banyak menulis sebab agak sibuk, baik di ofis lebih2 lagi dirumah...sesekali blog kawan2 dijengah baca..
tapi tidak meninggalkan jejak kata...
sekadar ziarah untuk mengikuti perkembangan semasa....kawan2
Buat sahabat istimewa..CL..selamat pulang ke Mekah....percutian CL di Msia ibarat PDKM turut bercuti..rindu sungguh kami pada PDKM yang berlansung dari sana....
Jutaan terima kasih juga kerana sudi menziarahi kami....di kedai BBQ kambing...
mudah-mudahan doa2 CL dari sana selepas ini akan lebih dekat lagi buat kami......yang jauh ni...
Dalam bulan ramadhan ni masa berlalu begitu pantas sekali...
Seawal jam 8.00 pagi shami dah sampai ke pejabat...
Pak ngah yang hantar...sementara shami bertugas di pejabat..Pak ngah akan sibuk membeli barangan mentah di pasar borong..Selayang ..
kemudian balik rumah dan membuat persediaan untuk sesi niaga sebelah petang..di bazar....rehat serta menguruskan anak2
Jam 2.30 petang selesai anak2 masuk sekolah petang
Pak Ngah kembali ke KL..menjemput shami..kami balik dan terus ke tapak niaga untuk memulakan perniagaan...
persiapan di buat....di tapak niaga...
untuk maklumat BBQ kambing dan side menu
disediakan di tapak niaga jadi semuanya masih panas dan fresh...
.
Setelah selesai menyediakan bahan2..tiba sudah waktu asar...Pak Ngah tunggu gerai dulu..sementara shami tunaikan solat...alhamdulillah pintu surau bertentangan dengan gerai shami....semuanya dekat..selesai Pak ngah menyusul pula....jam 5.30 petang...BBQ kambing sedia untuk dibungkus....bermula dari jam 5.30 petang hingga 7.20 malam...sesi membakar..membungkus berjalan tanpa henti..hehehh
Alhamdulillah target dicapai...memadai dengan hanya shami dan Pak ngah..
Ada kawan2 yg ikhlas menolong, datang jam 6 petang...dapatlah Pak Ngah ruang waktu untuk jemput anak2 datang ke bazar untuk berbuka bersama...
Dihujung2 waktu berbuka berbaki juga daging dalam 2, 3 bungkus...
kami sedekahkan pada hamba2 Allah tertentu....seperti jiran niaga kiri dan kanan...
serta jiran dirumah kiri kanan dan depan..rumah..atau pada iman terawih di surau...
yang juga pelajar tahafiz darul quran KKB....juga berasal dari daerah yang sama dengan shami..
Malam2 ramadhan yang lepas juga menyaksikan ustaz aidil hadir di surau perumahan shami memberi tazkirah kala selesai menunaikan solat terawih...secara berjemaah...
Ramadhan kali ini juga istimewa buat shami....kami dapat berjemaah di surau...mendengar tazkirah macam tahun2 yang sudah dan ada sedikit perubahan...shami sekeluarga dapat pula berjemaah di masjid nurul iman Rawang kerana Pak ngah bertugas sebagai imam terawih disana...pada malam2 biasa di masjid kami berterawih 20 rakaat diikuti witir 3 rakaat...pada hari minggu kami berterawih 8 rakaat diikuti witir 3 rakaat...
diikuti tazkirah dari ustaz yang dijemput khas..
dan baru2 ini sabtu malam Ahad yang lepas Azmil mustapa ...bekas pelakon popular yang telah bertukar corak hidupnya ...telah dijemput untuk berkongsi pengalaman hidupnya dengan jemaah...buat tauladan....mengenal kehidupan..
alhamdulillah ringkas dan padat isi dan intipati ceramah....
Manakala disurau...kami bersolat 8 rakaat sahaja diikuti witir 3 rakaat menjadikannya 11 kesemuanya diikuti tazkirah pada setiap malam, jamuan moreh dan program tadarus.....
Begitulah perjalanan harian shami sekeluarga sepanjang ramadhan ni....
insyallah hingga selesai....
Dan pada 31hb Ogos nanti insyallah BBQ kambing akan berada di surau taman pinggiran subang bagi program berbuka puasa...jemaah disana...hanya Shami sekeluarga akan hadir...
Alhamdulillah inilah antara kurnia Allah pada shami sekeluarga pada ramadhan ..tahun ini berniaga dalam suasana ibadah...menempuh pengalaman meraikan ramadhan di rumah2 Allah...
syukur alhamdulillah...satu kelainan dan perubahan dari tahun2 yang sudah...
bila difikir nampak macam penat ..manakan tidak..
peluh menitik kala berniaga
juga tika bersolat malam pula
tapi hakikatnya Allah saja yang tau..
kekuatan luarbiasa dan semangat ...
erta kepuasan terasa..
badan terasa sihat...
sejuk dan segar....
alhamdulillah..
syukur atas kurnianya
bila kita tak cuba kita tak tau kebenaranya..
bila dah cuba itulah hikmah dan nikmatnya...
inilah antara pengalaman yang ingin shami kongsi dengan sahabat maya sekelian...
tiada niat untuk berbangga....duit pun bukannya banyak mana ...
tetapi inilah kepuasan beribadah...dan bekerja (juga ibadah) di bulan puasa...
bukan bermakna bulan puasa kita perlu berdiam saja...
tapi cuba kita tanamkan niat beribadah sebanyak2nya
dalam ruang2 waktu yang ada...tanpa tercicir hak dunia dan juga akhirat...
saban hari shami sentiasa berdoa kala berniaga
mohon Allah sediakan untuk shami keselesaan tempat beribadah yang dekat
agar dapat bekerja dan beribadah dengan sempurna...
Alhamdulillah itulah kenyataannya....
bila kita minta benda2 yang baik kepada Allah
insyallah ...Allah sediakan untuk kita kemudahannya
Janji....Allah itu benar...
hak Allah perlu kita utamakan dulu...
hak kita biar Allah yang tentukannya
Itulah yang dapat shami kongsi ..dengan kawan2 semua..
mudah-mudahan menjadi teladan...
atau jika ada kekurangannya mohon kawan2 yang arif
beri cadangan ....pula..sebagai tambah baiknya
Maklumat:
Kambing panggang golek sekor akan di sediakan pada petang sabtu ini di tapak bazar ramadhan rawang berhampiran pejabat MPS dan pejabat pendaftaran daerah Rawang.....
Kepada yang berminat untuk menikmati
kambing panggang Pak ngah Hilmi
dalam bentuk kambing golek sekor
silalah jemput hadir kekedai atau menelefon ...bagi sesi tempahan.....
sehingga kini tempahan telah diterima...sebelah kaki kambing telah pun di booking .....
5 ulasan:
Salam Kak Shami,
Semoga terus kuat menjalani hari2 mendatang..dan selamat melangkah ke Fasa Kedua dan Ketiga Ramadhan..
Salam sayang =)
Salam Shami,
syabas, teruskan mengagahkan tenaga...
semoga Allah memberkatimu hendaknya, insyaAllah
amin amin amin Ya Rab
salam shami2.
rindu pulak kat kambing panggang pak ngah ni, nak ke sana....... alahai jauhnya. Kalau boleh di kurier kan bagus,. hehehhe
Salam syim..
Jom sama2 kita istiqamah beribadah difasa ke dua dan ke 3 ramadhan..tahun ini..
Salam taj...
Amin untuk doa taj tu...
Alhamdulillah...terus gagah pabila pelanggan
bertanya kak kambing ada kaaaaa hehehehh
Salam Az...
Ala Az..mailah musim raya nanti hehehhe...Nak courier tu boleh saja..tapi kena carik kawan2 yg nak ke pontian aar kan...ader ker...
Salam Shami2,
TK kerana berkongsi cerita di bulan puasa ni, byk yang boleh saya amik sebagai pedoman. Moga perniagaan Shami dan Pak Ngah makin maju dan laris. Amin
Catat Ulasan