Memaparkan catatan dengan label diari kambing panggang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diari kambing panggang. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Januari 2012

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak ~ "Food testing"


Nasi beriyani a.k.a  nasi Arab


Set Ayam panggang


Set ayam panggang 

DenganNama Allah Yang Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah malam tadi shami dan Pak Ngah Hilmi 
menyediakan set menu bagi "food testing" seorang pelanggan. 
Inilah set yang telah di sediakan.

Kepada para pembaca blog SDH juga pelanggan setia PHGLS
jemput kunjung ke kedai kami untuk menikmati menu yang ada.

****

Catatan perkongsian ilmu, amalan dalam kehidupan seharian



Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. 
Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”


Diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”
Wasallam

Isnin, 12 Disember 2011

UPDATE KEDAI PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK DI TAHUN 1433H

Pelbagai jenis kopi ada dibekalkan di kedai kini
sebahagiannya bersumberkan daripada susu kambing


Waktu gerhana bulan tempohari....anak2 sempat merakamkan
detik istimewa ini....subhanallah itulah kebesaran Allah yang diperlihatkan kepada kita..
semoga kita menghayati...setiap kejadian yang telah Allah perlihatkan kepada kita
mudah-mudahan bertambah  iman dan takwa kita kepadaNya..


Antara minuman yang ada dikedai kini....

Carta bahagian struktur daging kambing bersama kesesuaian dengan 
menu masakannya.... 

Menu terbaru kini....Roti bakar special...
ringkas dan mengenyangkan...antara menu kegemaran keluarga..

Signboard lama diganti yang baru


Kerepek pisang istimewa

      Sate juga boleh didapati kini....


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Salam hari isnin, hari ini juga adalah hari cuti ganti bagi Negeri Selangor Sempena Hari ke
Puteraan Sultan Selangor pada hari Ahad bersamaan 11hb Disember 2011.
"SELAMAT BERCUTI KEPADA RAKYAT NEGERI SELANGOR.."

***

Gambar-gambar di atas adalah update semasa
Kedai Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak

isnin adalah hari bercuti ...mingguan kedai Pak ngah Hilmi
temui semula pada hari selasa dari jam 5.00 petang hingga 12 malam.

Kepada yang ingin menempah set buffet
Lamb Drumstik Steak...
khusus bagi jamuan ahli keluarga, atau majlis sambutan hari jadi bersama saudara mara,
rakan-rakan sekerja..

sila hubungi kami untuk keterangan lebih lanjut  di hp yang tertera di atas page blog ini..


Diperkenalkan lagi...
 hidangan Lamb Drumstik Steak
dihidangkan secara

"buffet table istimewa"
sila rujuk gambar di page terakhir blog ini

bersama cadangan pilihan menu berikut:
Nasi beriyani
kari kambing "Mak ngah"
Ayam panggang,
Coleslow,
kentang goreng dll
Garlic bread
Thousand Island
Spagheti
Roti bakar istimewa
pelbagai jenis buah-buahan dan sebagainya.

Anda boleh mencuba memotong daging dan menyiapkan set hidangan sendiri
 lebih santai.......penuh kesederhanaan, dengan harga yang berpatutan tentunya istimewa ...
sebagai menu pilihan.

Nikmati cuti persekolahan, eratkan kasih sayang bersama keluarga
dengan menikmati hidangan istimewa Grilled Lamb Steak
dari Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak...

****

Penghargaan

Istimewa penghargaan kepada pelanggan2 tetap juga pelayar2 blog sehari dalam hidupku yang telah membaca blog ini dan mengunjungi kedai kami, juga  yang telah membuat tempahan katering
Grilled Lamb juga menu2 yang lain.
Jutaan terima kasih atas sokongan anda...selama ini
Doa dan harapan shami sekeluarga dan juga warga kerja kami  moga kehidupan kita semua sentiasa di redhai dan diberkati Allah SWT..hendaknya
tingkatkan amal soleh kita dengan penuh  keikhlasan hanya kerana Dia dimana saja kita berada.

****

Perkongsian catatan hadis

Rasulullah SAW bersabda
"Makanan dua orang itu cukup untuk tiga orang. Makanan tiga orang  mencukupi untuk empat orang
(H.R. Muslim)

Wasallam...



Rabu, 10 Ogos 2011

Kambing panggang Pak Ngah Hilmi & Bazaar Ramadhan



Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 10 umat islam berpuasa 
di bulan Ramadhan bagi tahun 1432 hijrah.
Seminggu awal menunaikan ibadah berpuasa,
kami sekeluarga berkumpul bersama..
anak2 di asrama pulang
menyambut Ramadhan bersama Pak Ngah dan shami.
Pada bulan Ramadhan 
Kedai Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak di tutup.
Namun operasi serta tangungjawab perniagaan ini 
di teruskan di bazaar Ramadhan bermula sesudah solat asar..
hingga menjelang waktu berbuka.
Alhamdulillah pihak MPS ..
amat prihatin dengan kebajikan
semua peniaga..
tapak bazar berdekatan dengan pejabat Cawangan MPS Rawang
mempunyai kemudahan lengkap surau yang selesa
bagi memudahkan para peniaga bersolat.... 
 solat sunat terawih 
berjamaah juga di adakan di surau ini...
penduduk berhampiran dan para peniaga
boleh turut serta.
Kepada pelanggan2 Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
juadah "Lamb grilled, dan chicken grilled" dan "ikan panggang " ada di di jual di
bazaar Ramadhan Rawang.
Sila jemput ke gerai kami untuk mendapatkannya.

Perkongsian ilmu

 Apajua urusan kita walau dimana berada
demi tugas serta tanggungjawab yang ada
sama2 kita selitkan sesaat itu dengan ilmu
sebagai ingatan dan juga pedoman hidup ini.
Mudah-mudahan bermanafaat pada kita.

Sepertimana dalam hadis,
Ramadhan dapat dibahagikan kepada tiga fasa
iaitu fasa Rahmat,
fasa Pengampunan dan
fasa Pelepasan dari Api Neraka.

Hari ini kita berada pada hari ke 10 dan bakal malam ke 11 Ramadhan.
Kalau dirujuk pada fasa-fasa dalam bulan Ramadhan,
kita akan memasuki
fasa pertengahan Ramadhan
iaitu fasa pengampunan.

Persoalannya,
adakah semua yang telah berpuasa melalui fasa pertama
sehingga kini secara automatik mendapat Rahmat?

Sama2 kita semak persoalan tersebut sebagaimana berikut:
Syarat untuk mendapat rahmat daripada Allah ada tiga iaitu:

1. Beriman
2. Berhijrah
3. Berjihad di jalan Allah.

Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah; 218,

Sesungguhnya orang-orang yang beriman,
orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah,
mereka itu mengharapkan rahmat Allah,
dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Justeru muslim yang telah memenuhi syarat tersebut
 sahajalah yang mendapat Rahmat daripada Allah.

Seterusnya mari kita menelusuri
fasa kedua iaitu fasa pengampunan.
Sama seperti persoalan yang pertama,
tidak kesemua umat Islam yang berpuasa
layak mendapat pengampunan dari Allah s.w.t.
Hanya mereka yang bertaqwa sahaja
layak beroleh pengampunan dari Allah.
(takwa = taat kepada perintahNya dan meninggalkan laranganNya)

Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Ali-Imran; 133,

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu
dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan
 untuk orang-orang yang bertakwa,

Dalam ayat ini, perkataan maghfirah dinyatakan dahulu sebelum jannah.
Ini menunjukkan bahawa tanpa pengampunan dari Allah,
janganlah harap beroleh syurga dari Nya.

Mari kita lihat kaitan di antara maghfirah dan rahmat Allah.
Dalam sebuah hadis qudsi,
Allah menyatakan bahawa kita semua hanya dapat masuk ke dalam Syurga
dengan Rahmat dari Nya.

Ini menunjukkan kaitan yang cukup signifikan
bagaimana rahmat dan maghfirah dari Allah
membolehkan kita memperolehi syurga.

Demikianlah serba ringkas...catatan ilmu ..
selamat beribadah....dibulan yang penuh rahmat ini...
dan sama2 kita istiqamah dalam ibadah kita
dengan penuh jujur dan ikhlas hanya kerana Allah jua
hingga ke penghujung Ramadhan...mudah-mudahan
kita bertemu LAILATUL QADAR ..
seterusnya kita akan meraikan kemenangan itu dengan
menyambut 1 Syawal  pula.

Mudah-mudahan kemenangan itu jua
mengubah kehidupan dan mendidik kita dan keluarga
menjadi seorang insan dan hamba Allah dari yang baik
kepada yang terbaik..disisiNya
insyallah...

Wasallam.




Isnin, 6 Jun 2011

BBQ kambing di musim cuti...sekolah

Jadual  tempahan BBQ kambing ...alhamdulillah

BBQ kambing di rumah keluarga silent reader Pn Shamsiah
mimi, kak long, dik aan dan tok...(nenda) yang dikasihi
di KLIA...tika sesi mengiringi bonda Pak ngah Hilmi, kakaknya, abang ipar dan juga bisan MIL yang akan berangkat menunaikan umrah...semoga dikurniakan kesihatan yang baik, beroleh umrah yang mabrur juga selamat pergi dan kembali.


                                                            Salam semuanya...alhamdulillah
dengan izin-Nya shami dapat kembali bersiaran seadanya....
Syukur alhamdulillah selesai sudah...
semua tempahan untuk pelanggan
Pak ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
bagi minggu ini..

Istimewa di ucapkan
ribuan terima kasih kepada

Pn Shamsiah serta suami juga keluarganya
 kerana memberi kepercayaan menyediakan BBQ kambing
di majlis perkahwinan adindanya di KKB pada 5hb Jun 2011.

Juga kepada warga kilang Scomi dari Sg Choh Rawang
Juga kepada warga hospital Sg Buloh
serta individu2 yang tidak disebutkan namanya ...disini
alhamdulillah ..
terima kasih atas sokongan anda.
semua...

Sama2 kita renung
Riwayat al - Baihaqi no 20217
dalam al sunan al kubra dan Abu Nu'aim dalam
Hilyah al Auliya ( 9/17)
Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan beberapa kewajipan,
maka janganlah engkau meninggalkannya
dan telah menentukan beberapa hudud (batas),
maka janganlah engkau melampauinya.
Dan Dia telah mengharamkan beberapa pekara,
maka janganlah melanggarinya,
dan Dia telah diam daripada beberapa pekara sebab rahmat bagimu,
bukannya kerana lupa,
maka janganlah engkau mempersoalkannya.


Wasallam

Isnin, 16 Mei 2011

PROMOSI DELIVERY DINNER KE RUMAH MINIMUN 50 ORANG MAKAN & PROMOSI KOPIAH LELAKI

Menu tempahan dinner bagi sebuah keluarga seramai 60 orang
ayam masak merah, kari daging, tulang dan kentang serta acar timun nenas
RM 10.00 per kepala ....siap hantar...


Nasi beriyani...

Kopiah...lelaki...dewasa ..berminat jemput datang....

Stok yang ada...

Salam sejahtera semua....
Alhamdulillah sekali lagi Pak Ngah Hilmi....sedia
mempromosi set delivery makan malam atau siang
ke rumah dan pejabat  atau mana2 majlis pilihan anda 
minimun tempahan 50 orang makan.....
menu tempahan....tertakluk kepada kehendak pelanggan atau
cadangan oleh Pak Ngah Hilmi sendiri
sesuai dengan selera anda dan juga citarasa semasa....
RM 10.00 per kepala.


Nabi Muhammad SAW bersabda:
(1)
"Apabila seseorang di antara kalin makan makanan. Maka janganlah dia mengelap tangannya sebelum menjilatnya (untuk membersihkan sisa makanan)"
(H.R Muslim)

(2)
"Dunia adalah perhiasan dan sebaliknya  perhiasan dunia ialah wanita solehah"
(H.R Muslim)

Wasallam

Isnin, 9 Mei 2011

BBQ KAMBING UNTUK MAJLIS AQIQAH

Kari kepala kambing siap untuk di bawa pergi


2 Ekor kambing siap di masak

Ayam masak merah..resepi turun temurun keluarga shami


Acar timun dan nenas oleh Pak ngah hilmi

Barisan makanan yang ditempah..


Inilah dia rupa kari kepala kambing & inner (kambing)
resepi turun temurun keluarga shami

Kumpulan marhaban wanita sedang menjamu selera

Masak lemak ikan masin dan nenas resepi keluarga shami


lagi gambar ayam masak merah....


Air oren


Nasi beriyani....seperiuk


Kumpulan marhaban lelaki sedang beratur untuk mengambil makanan

Tetamu sedang menjamu selera....

BBQ kambing...

BBQ kambing gambar penuh

dan BBQ kambing lagi..


Alhamdulillah...
selesai sudah amanah yang diberi..
2 ekor kambing menjadi menu tempahan sempena majlis Aqiqah..
.untuk pelanggan tetap Pak ngah..Hilmi
majlis makan bermula jam 11.30 pagi hingga jam 1.14 tengahari
semua kerja-kerja memasak bermula sejak jam 6.30 pagi
Alhamdulillah syukur semuanya selesai dengan baik..

Mutiara Kata

"orang yang sebenarnya berani
ialah mereka yang tidak lekas patah hati
tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

Manusia tidak dapat mengubah rupabentuk mukanya tetapi jika dia
mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"


Dari Rabi'ah bin Ka'b Al Aslamiy , dia berkata
Aku minta pada Rasulullah SAW agar dapat menemaninya di syurga. Baginda SAW bersabda; bantulah aku untuk dirimu sendiri dengan memperbanyakkan sujud"
(H.R. Muslim)






Khamis, 5 Mei 2011

BBQ KAMBING P'NGAH HILMI & STAFF NITE DINNER EXXONMOBIL

Kad majlis makan malam
Agenda majlis
Kambing yang bakal diproses
                                       Pak ngah sedang memantau makanan yang dihidangkan
BBQ kambing
Kuih ketayap
Kuih karipap
Kuih seri muka
Laksa utara
Kambing panggang
Susunan makanan yang telah disiapkan
Seperiuk nasi beriyani
Pelayan VIP yang disediakan
Kuih lompat tikam...
Tetamu dinner malam itu
Tetamu yang hadir
Suasana hadirin
Minuman panas dan sejuk serta cendol...


Alhamdulillah ...selesai sudah tugasan yang telah diamanahkan
ribuan terima kasih kepada Pn Wan Soraya yang telah memberi kepercayaan kepada
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak untuk menyediakan Lamb grilled serta menu makanan yang lain..sempena majlis makan malam pekerja bagi 30 buah cawangan exxonmobil.....

Menu yang ditempah:

Nasi beriyani
chicken grilled
lamb grilled
Laksa utara
Pelbagai kuih muih
seperti seri muka, karipap, ketayap, lompat tikam
Roti nan
Otak2
Sate
Buah-buahan
Puding
minuman panas, sejuk dan cendol.




Firman Allah SWT dalam surah al Hajj ayat 77

Wahai orang2 beriman rukuklah, serta sujudlah (mengerjakan solat)
dan beribadatlah kepada Tuhan kamu ( dengan mentauhidkan-Nya)
serta kerjakan amal2 kebajikan
supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.

salam malam jumaat semua, sekali lagi malam jumaat menjelma
penuhi masa kita pada malam indah  ini
untuk beramal ibadah keranaNya

Wasallam