Selasa, 17 Ogos 2010

BBQ kambing ~ Bazar Ramadan

gambar hiasan
Salam ramadhan semua....hari ini sudah masuk hari ke 7 kita berpuasa....
Alhamdulillah tahun ini Shami2 dan Pak Ngah berniaga di Bazar Ramadhan...
Anjuran MPS di .sebelah pejabat mereka....
Pada bulan Ramadhan ini juga shami2 balik kerja jam 3.00 petang...
sebenarnya shami2 seorang jer balik awal lain2 balik jam 4.30 petang..
Semua ni atas sebab2 tertentu, dan telah diluluskan oleh boss
...pertamanya sebab kesesakan lalu lintas, amal ibadah pada waktu malam yang juga menjadi tanggungjawab Pak ngah dan juga tentulah perniagaan Pak Ngah
Pada awalnya perniagaan Pak Ngah akan diuruskan bersama crew tetap..
namun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan..
hanya shami2 & Pak ngah sebagai kunci utama turun padang
ke medan Bazar ..bagi
Menguruskan perniagaan kambing panggang kami
Bulan puasa, dengan cuaca panas sudah pasti menuntut kekuatan rohani
yakni kesabaran yang tinggi...
...kita hanya merancang..
Allah yang menentukan
Kawan2 yang sedia menghulurkan bantuan...tetap datang tanpa diundang..
semuanya kerana keikhlasan...alhamdulillah ..
Setelah berlalu 7 hari ada lagi 23 hari akan kami tempuh perjalanan perniagaan ini ..
namun setelah ditolak campur semua mungkin tinggal 20 hari saja...hehhe
Alhamdulillah perniagaan kami berjalan baik...di bazaar...
Pada hari minggu tempahan kambing panggang sekor2 juga terima
Pertama dari : Ustaz Hanafi & Isteri..bagi jamuan berbuka ahli keluarga..
Pak ngah hanya menghantar hidangan dan mereka menguruskan sendiri..
pada sabtu 14hb Ogos lalu...
Kedua: Tempahan diterima dari pada EtiQa Insurans Jln Pinang malam tadi ..
Pak Ngah dan shami2 serta anak2 turut serta....
Maaf gambar2 majlis tiada sebab...masing2 sibuk dengan persediaan dan jangka waktu menguruskan juga agak singkat...
Dalam menguruskan perniagaan ini kami sekeluarga tetap bersama...berbuka walau apa jua keadaannya....alhamdulillah rasa seronok pula....
menikmati suasana berbuka yang berbeza2 setiap hari....anak2 juga sporting...
Sekiranya kami berniaga di bazaar kami akan berbuka di kedai...setelah kemas smua..mana yang perlu kami beransur pulang kerumah yang jaraknya tak sampai 10 minit berkereta..
sesampai dirumah terus menyiapkan diri untuk ke surau...pulak untuk aktiviti seterusnya...
menunaikan solat isyak berjemaah, bertarawih serta bertadarus...hingga jam 12 malam
kepenatan itu bagai terubat pabila mendengar..suara .iman terawih juga hafiz quran mengalunkan dengan indah sekali ...bacaan ayat2 suci...alhamdulillah nikmat Allah yang cukup istimewa....saat ini...
Sekiranya ada tempahan dari individu...kami akan siap menghantar hidangan...selesai kami akan sama2 berbuka puasa dalam kereta....kemudian sampai rumah meneruskan persiapan untuk ke surau pula....
Malam tadi kami ada menerima tempahan dari Etiqa Insurans ..kami terpaksa hadir untuk memberi servis memotong daging kambing panggang..juga
setelah majlis berbuka bermula sesi memotong daging ...Pak Ngah mengambil tugasan tersebut dalam masa 20 minit selesai sudah seekor kambing di korbankan heheh
kami sama2 bersolat disurau berdekatan...
kemudian menyambung semula kerja2 mengemas dan bersiap untuk pulang...
Alhamdulillah ...tempahan berikutnya diterima pula dari ...ofis sebelah...insyallah..
Ucapan terima kasih dari peminat2 kambing panggang Pak Ngah Hilmi...datang bertalu2..
syukur pada ALlah....hidangan ini diterima dan mereka berpuashati...
Malam tadi kami sekeluarga hanya meneruskan ibadah..dirumah sahaja...
Penat tak terkata..heheh hanya Pak Itam jarr boleh tau kann..hehehe
Penat dalam suasana beribadah...memang lain rasanya....
awalnya rasa malas untuk menerima tempahan jauh2 terutama dalam KL..
berhampiran KLCC lagi jalan sesak...
namun harapan dan impian kawan Pak Ngah yang turut serta
menyediakan menu2 utama agak bersungguh2..
akhirnya Pak Ngah bersetuju untuk tidak menghampakan...
Alhamdulillah suasana majlis cukup istimewa..
penuh dengan bunga2 keagamaan..juga surau yang selesa..
rupanya pejabat itu adalah pejabat jiran kami yakni merangkap rakan sekampung shami2 juga ..alhamdulillah...sekali lagi harapan dan impian shami2 dimakbulkan Allah..
walaupun kami keluar menyediakan hidangan diluar...pada bulan ramadhan ini..
suasana yang ada tidak melalaikan kami .....
cukup istimewa sentiasa dalam redha Allah..
penuh keselesaan dan keharmonian
Inilah antara pengalaman pertama Pak ngah dan shami2
berniaga makanan di Bazar ramadhan..
juga menghidangkan makanan istimewa "kambing panggang"
antara makanan kegemaran nabi
kepada para tetamu dalam majlis berbuka...puasa
yakni ..dengan lain perkataan
secara ilmiah kita berdakwah melalui makanan...
nikmat yg mana satu lagikah yang nak didustakan...
Sebagai maklumat
Kepada yang berminat sila hadir ke medan Bazar Ramadhan Rawang ...untuk mebeli kambing panggang istimewa dari Pak Ngah Hilmi....
dengan harga RM 10.00 per pek..
bagi ayam panggang pula hanya RM 8.00 per pek.....

4 ulasan:

rezeki berkata...

salam

alhamdulillah

penat sikit takpe, bak kata pepatah

berakit-rakit dahulu
berenang-renang ke tepian .....



psssss mau rasa kaki dan kepala lutut nak tercabut psl byk berdiri hehehe

semua tu dah ku rasai , tapi nikmatnya ialah dunia dapat dan akhirat pun dapat

insyallah

taj berkata...

Salam Shami,

semoga segala susah payah akan diberkati olehNYA...insyaAllah

shami2 berkata...

Salam Pak itam..

Hehehhe..ya betul tu ..tapi nikmat penat dalam suasana ibadah ni istimewa....ya mudah-mudahan itu yang kami harapkan...

Pak itam..bukan kaki dan kepala lutut jer tangan2 ni haaa..longlai hahahah..tapi bila sampai time solat terawih tu alhamdulillah elok jaa...semangat tu rasa lain...inilah pengalaman indah yg baru nak kami rasai...

shami2 berkata...

Salam taj..

Alhamdulillah..segala susah payah tu..akan sentiasa ada kemudahan lain yang Allah beri...janji Allah benar....
kesusahan kita tiada yg fikir...
Tapi Allah ada membantu kita...
Mengharap pada Allah adalah segala2nya...
selagi kita berada dijalan yang lurus ...sebagaimana kehendakNya...
Alhamdulillah ada saja insan2 yg digerakkan hatinya oleh Allah untuk hadir kala kami mengharapkan bantuan ..dan pertolongan...
syukur....