Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan
Kerana dia juga seorang manusia
Dia jua ada perasaan takut
Dia juga ada perasaan bimbang
Dia juga ada perasaan sedih dan kecewa
Dia juga ada kelemahan
Perlukan kawan sebagai kekuatan
Jadilah kita kawan itu
Kita selalu melihat dia ketawa
Tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah itu
Dan seceria yang kita sangka
Kerana dia juga manusia mudah terluka dan kecewa
Di sebalik senyuman itu
Mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan
Disebalik senyuman itu
Mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
tetapi kita boleh jadi sahabat sejati
Mungkin kita akan tahu
Pernahkan kita memberi peluang untuk berbicara tentang bimbangnya dan takutnya
Pernah kita menenangkan dia
Ikhlaskah kita mendengar kejayaan & berita gembiranya
P/s: Jom kita berkongsi, bicara hati seorang insan ni.....yang sya ketemu dalam saya berlegar2 di dunia maya ini...mungkihkan kita semua turut mempunyai perasaan ini dalam kehidupan seharian kita....semestinya kita perlukan kawan sejati sebagai cermin diri kita.....
ibu bapa kita mampu menjadi cermin yang cukup istimewa pada kita...tetapi bagaimana kalau keluarga yg sudah porak peranda......susah nak diperkatakanya...
Adik beradik kita sendiri.....saudara mara ...dan kawan2 yang ada....mampukah mereka, kemampuan mereka semua tentu terbatas...tapi semua itu tidak pada Allah....begitulah Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyanyang....DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita....
7 ulasan:
Assalamualaikum Shami
dengan kawan saya segan untuk bertanya
tapi bila di sudi bercerita
saya sedia mendengarnya
Wassalam
Salam cik rozali...
Alhamdulillah...kalau kita ada sifat yg macam tu..
Bukan mudah untuk mencari kawan sejati...
Namun kalau kita membuat kebaikan insyallah walau macam mana pun masalah yang timbul...satu hari dia akan kembali kepada kita...
Mari kita jadi kawan2 yg sejati...kepada kawan2 kita semua....mudah-mudahan kita tergolong dikalangan orang2 yang tepilih...disisi Allah
Salam Kak Shami2,
Sy suka dengan bingkisan itu..
Kalau tak silap sy pernah dapatnya dr email..
Benar kak, seorang kawan yang baik akan dapat merasai bisikan hati kawannya juga..
mmm...suka..
Salam dek syima...
Yer ker itulah akak rasa bingkisan dia ringkas dan padat akak copy masuk..hehhe buat koleksi..
Ya betui..kawan sejati memang bole rasa jiwa kawan dia..hatta dalam satu kisah dizaman nabi..tak ingat dah nama sahabat tu...dua sahabat sejati...(lelaki)...meninggal pada hari yg sama kerana keakraban mereka..pabila yang sorang tu terdengar berita kematian sahabatnya..dengan izin Allah kerana terlalu sedih kehilangan sahabat yg baik...dia berdoa dan akhirnya Allah pula menjemputnya pada hari yang sama...tulah tanda kasihnya...kita pada seorang sahabat....
Salam boxhousestudio..
Ermmm suka ya...saya pun suka..hehehhe
salam Sham..
mdh2an kita menjadi sahabat sejati hingga ke alam abadi nnti
Salam kak...
Saya pun suka bingkisan nie.... kita hanya mengungkapkan rasa sebenar kita hanya pada sahabat yang sejati....
Catat Ulasan