P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Rabu, 10 Ogos 2011

Kambing panggang Pak Ngah Hilmi & Bazaar Ramadhan



Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 10 umat islam berpuasa 
di bulan Ramadhan bagi tahun 1432 hijrah.
Seminggu awal menunaikan ibadah berpuasa,
kami sekeluarga berkumpul bersama..
anak2 di asrama pulang
menyambut Ramadhan bersama Pak Ngah dan shami.
Pada bulan Ramadhan 
Kedai Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak di tutup.
Namun operasi serta tangungjawab perniagaan ini 
di teruskan di bazaar Ramadhan bermula sesudah solat asar..
hingga menjelang waktu berbuka.
Alhamdulillah pihak MPS ..
amat prihatin dengan kebajikan
semua peniaga..
tapak bazar berdekatan dengan pejabat Cawangan MPS Rawang
mempunyai kemudahan lengkap surau yang selesa
bagi memudahkan para peniaga bersolat.... 
 solat sunat terawih 
berjamaah juga di adakan di surau ini...
penduduk berhampiran dan para peniaga
boleh turut serta.
Kepada pelanggan2 Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
juadah "Lamb grilled, dan chicken grilled" dan "ikan panggang " ada di di jual di
bazaar Ramadhan Rawang.
Sila jemput ke gerai kami untuk mendapatkannya.

Perkongsian ilmu

 Apajua urusan kita walau dimana berada
demi tugas serta tanggungjawab yang ada
sama2 kita selitkan sesaat itu dengan ilmu
sebagai ingatan dan juga pedoman hidup ini.
Mudah-mudahan bermanafaat pada kita.

Sepertimana dalam hadis,
Ramadhan dapat dibahagikan kepada tiga fasa
iaitu fasa Rahmat,
fasa Pengampunan dan
fasa Pelepasan dari Api Neraka.

Hari ini kita berada pada hari ke 10 dan bakal malam ke 11 Ramadhan.
Kalau dirujuk pada fasa-fasa dalam bulan Ramadhan,
kita akan memasuki
fasa pertengahan Ramadhan
iaitu fasa pengampunan.

Persoalannya,
adakah semua yang telah berpuasa melalui fasa pertama
sehingga kini secara automatik mendapat Rahmat?

Sama2 kita semak persoalan tersebut sebagaimana berikut:
Syarat untuk mendapat rahmat daripada Allah ada tiga iaitu:

1. Beriman
2. Berhijrah
3. Berjihad di jalan Allah.

Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah; 218,

Sesungguhnya orang-orang yang beriman,
orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah,
mereka itu mengharapkan rahmat Allah,
dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Justeru muslim yang telah memenuhi syarat tersebut
 sahajalah yang mendapat Rahmat daripada Allah.

Seterusnya mari kita menelusuri
fasa kedua iaitu fasa pengampunan.
Sama seperti persoalan yang pertama,
tidak kesemua umat Islam yang berpuasa
layak mendapat pengampunan dari Allah s.w.t.
Hanya mereka yang bertaqwa sahaja
layak beroleh pengampunan dari Allah.
(takwa = taat kepada perintahNya dan meninggalkan laranganNya)

Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Ali-Imran; 133,

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu
dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan
 untuk orang-orang yang bertakwa,

Dalam ayat ini, perkataan maghfirah dinyatakan dahulu sebelum jannah.
Ini menunjukkan bahawa tanpa pengampunan dari Allah,
janganlah harap beroleh syurga dari Nya.

Mari kita lihat kaitan di antara maghfirah dan rahmat Allah.
Dalam sebuah hadis qudsi,
Allah menyatakan bahawa kita semua hanya dapat masuk ke dalam Syurga
dengan Rahmat dari Nya.

Ini menunjukkan kaitan yang cukup signifikan
bagaimana rahmat dan maghfirah dari Allah
membolehkan kita memperolehi syurga.

Demikianlah serba ringkas...catatan ilmu ..
selamat beribadah....dibulan yang penuh rahmat ini...
dan sama2 kita istiqamah dalam ibadah kita
dengan penuh jujur dan ikhlas hanya kerana Allah jua
hingga ke penghujung Ramadhan...mudah-mudahan
kita bertemu LAILATUL QADAR ..
seterusnya kita akan meraikan kemenangan itu dengan
menyambut 1 Syawal  pula.

Mudah-mudahan kemenangan itu jua
mengubah kehidupan dan mendidik kita dan keluarga
menjadi seorang insan dan hamba Allah dari yang baik
kepada yang terbaik..disisiNya
insyallah...

Wasallam.




3 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : selamat hari ke 10 ramadhan.

Ayah Zain berkata...

salam Shami2

semoga diberi kekuatan meneruskan fasa puasa keampunan dan pelepasan drpd api neraka. Insya Allah

omaQ berkata...

salam ziarah ramadan :)