Alhamdulillah
masa yang ada di bulan Ramadhan yang mulia
juga sebagai pengisian ilmu dan bimbingan hidup
sehari dalam hidupku
khusus untuk pemantapan iman, ilmu dan amal
"sesuai dengan tajuk program
mengapai bintang "
anjuran kerajaan negeri Selangor khas buat
para isteri membina jati diri,
berjaya sebagai seorang isteri yang solehah.
program berlansung pada
Sabtu 13hb Ogos, 2011 bersamaan
( 13 Ramadhan 1432 hijrah)
yang lalu di Masjid Nurul Iman Rawang
Alhamdulillah
antara atur cara majlis...
Pengerusi majlis membuka bicara
Ucapan alu-aluan Tuan Nazir masjid Nurul Iman Rawang
Ucapan perasmian dari Tuan Kadi Daerah Gombak
Seterusnya bermulalah program....dengan
diambil alih oleh pengerusi majlis iaitu cik Mazlina
dari Radio IKIM.....dan seterusnya pembimbing program iaitu
Yang berbahagia Ustazah Latifah..
dimulai dengan solat sunat dhuha
diikuti solat sunat tasbih berjemaah..
di teruskan dengan mini forum khusus
membuka minda seorang isteri bagaimana
untuk menjadi isteri yang solehah juga
bermula dengan akhlak dan amal soleh yang baik untuk di amalkan
demi kebahagian rumahtangga dunia dan akhirat...
berikutnya program diakhiri dengan solat hajat
dari kaum ibu buat anak2 yang akan menduduki peperiksaan
UPSR, PMR dan SPM..
seterusnya solat zohor..berjemaah dan majlis bersurai.
berikut serba ringkas buah bicara berpuisi
sebagai panduan ringkas...pengisian ilmu secara ringkas
prinsip seorang isteri solehah...
Apabila bahagia ada sandarannya..
dalam diam tingkahlakumu mengukuh hatiku..
diriku memuliakan, mentaati dan menghormatimu
layanan istimewa buat bernama suami
kekasih hati cepat, dekat dan tepat
kuasa memuji kuasa memikat hati
sama tetap manis
saling berkongsi cerita
petua kasih petua bahagia
kekasih abadi ingatan tetap abadi...
kutadah doa menyeru kasihMu.....Ya Allah
Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 55
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang melampau batas.
Apabila hamba2 ku bertanya kepadaMu wahai (Muhamamad)
mengenai Aku, maka sesungguhnya diriku hampir.
Aku memperkenankan permintaan orang yang meminta.
Apabila dia meminta kepadaku,
oleh sebab itu penuhilah seruanku
dan berimanlah kepadaKu supaya mereka melalui jalan yang lurus
Surah Al Baqarah ayat 186..
Demikianlah antara tujuan pasangan mendirikan rumahtangga
adalah supaya hidup tenteram dan aman damai
Doa menjadi kuasa lansung untuk kita mencapai apa yang dihajatkan...insyallah
Berdoa mengukuhkan keyakinan kepada Tuhan dan menjauhkan kita dari sifat munafik
Doa juga menjadi pagar daripada tindakan yang salah dalam menghadapi masalah
Berdoa adalah cara kita memohon keampunan,
kebaikan dan kesejahteraan serta dapat menjalinkan
kasih sayang dalam kehidupan berumahtangga....
Oleh itu sama2lah kita mengamalkan doa2 yang telah di anjurkan
dari mana2 tuan guru maupun majlis ilmu yang dihadiri...
agar segala hajat2 kita diperkenankan oleh Allah dan tertunai hendaknya...
Malam jumaat malam 19 Ramadhan ..tahun 1432 hijrah.
Baki Ramadhan yang ada ini sekali lagi kita berkongsi catatan ilmu
ini...buat panduan kehidupan kita serta pengisian amal ibadah Ramadhan..
Perkongsian Ramadhan....
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:
قَدْ جَاءَ كُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ.
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan".
firman Allah: Al-Baqarah, 2:185
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىْ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالفُرِقَانِ ، فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ.
"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran,
sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk,
memperbezakan antara hak dengan yang batil
maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa".
sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk,
memperbezakan antara hak dengan yang batil
maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa".
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
مَنْ آمَنَا بِاللهِ وَبِرَسُوْلِهِ وَاَقَامَ الصَّلاَةِ وَصَامَ رَمَضَانَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ اَنْ يُدَخِّلَهُ الْجَنَّةَ.
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya,
mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan,
maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga".
mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan,
maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga".
Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ فَاِذَا كَانَ اَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا فَلاَ يَرْفَثْ وَلاَ يَجْهَلْ فَاِنِ امْرُؤٌ شَتَمَهُ اَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ اِنِّيْ صَائِمٌ.
'Puasa itu perisai, apabila ada salah seorang kamu di suatu hari sedang berpuasa,
maka janganlah berkata-kata keji (kotor),
jangan berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya
maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa".
maka janganlah berkata-kata keji (kotor),
jangan berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya
maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa".
اِنَّ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَيْنِ ، اِذَا اَفْطَرَ ، وَاِذَا لَقِيَ اللهَ فَجَزَاهُ فَرِحَ
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, (pertama kegembiraan) apabila berbuka dan (kedua kegembiraan) apabila menemui Allah.
Maka Allah akan memberinya balasan maka itulah kegembiraan"
اِنَّ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِيْنَ وَالْقَانِتَاتِ ، وَالصَّادِقِيْنَ وَالصَّادِقَاتِ ، وَالصَّابِرِيْنَ والصَّابِرَاتِ ، وَالْخَاشِعِيْنَ وَالْخَاشِعَاتِ ، وَالْمُتَصَدِّقِيْنَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ ، وَالصَائِمِيْنَ وَالصَّائِمَاتِ ، وَالْحَافِظِيْنَ فَرُوْجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ ، وَالذَّاكِرِيْنَ اللهَ كَثِيْرًاوَالذَّاكِرَاتِ اَعَدَّاللهُ لَهُمْ مَّغْفِرَةً وَاَجْرًاعَظِيْمًا
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim,
lelaki dan perempuan yang mukmin,
lelaki dan perempuan yang tetap taat dalam ketaatannya,
lelaki dan perempuan yang benar,
lelaki dan perempuan yang sabar,
lelaki dan perempuan yang khusyuk,
lelaki dan perempuan yang bersedekah,
lelaki dan perempuan yang berpuasa,
lelaki dan perempuan yang memelihara farajnya (kehormatannya),
lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah,
Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar".
lelaki dan perempuan yang mukmin,
lelaki dan perempuan yang tetap taat dalam ketaatannya,
lelaki dan perempuan yang benar,
lelaki dan perempuan yang sabar,
lelaki dan perempuan yang khusyuk,
lelaki dan perempuan yang bersedekah,
lelaki dan perempuan yang berpuasa,
lelaki dan perempuan yang memelihara farajnya (kehormatannya),
lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah,
Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar".
sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ
"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata:
Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
Barangsiapa yang bangun (menghidupkan ibadah) dibulan Ramadan
dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik),
maka diampunkan dosanya yang telah lalu".
Dan diriwayatkan dari Amr bin Murrah al-Juhani radiallahu 'anhu:
"Datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam lalu ia berkata:
Ya Rasulullah!
Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa
tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah,
engkau adalah Rasulullah,
aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat,
aku berpuasa Ramadan dan solat tarawih di malam harinya,
termasuk golongan manakah aku?
Baginda menjawab:
Termasuk golongan siddiqin dan syuhada".
Ya Rasulullah!
Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa
tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah,
engkau adalah Rasulullah,
aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat,
aku berpuasa Ramadan dan solat tarawih di malam harinya,
termasuk golongan manakah aku?
Baginda menjawab:
Termasuk golongan siddiqin dan syuhada".
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan