Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

Khamis, 6 Mei 2010

MESRA DALAM BICARA

Ini cik wazir drebar bas sekolah, dia suka makan kambing panggang...hehhe tengok tu gaya dia. Alhamdulillah anak2 dia ramai, 9 lelaki pulak tu tapi semua berjaya
Dekk afezz setelah dikorek2 inilah gambar kuah black pepper tuh...hehheh


Amboi cik abang ni makan tak nampak dah mertua lalu kat belakang tuh

Alhamdulillah,...sedap nyer makan


yang berkain pelekat berlebai putih tulah yang telah mengajar abang mie membuat kuah kambing panggang...namun hasil garapan balik resepi tu...alhamdulillah rasa kuah balck pepper tersebut menjadi lebih istimewa...

aduhai akak ...terharu tengok akak nih
Tu dia lagi set menu yang depar suka ..aikk abang mie pun ada jugak...


sebab tulah surau saya dikenali surau lamb chop sebab memang jemaah suka kambing panggang...
itulah rupa kuah dan set menu yang diambil oleh mereka
kentang putar, timun,tomato, coslow, sunskist,
timun ,tomato, brakoli, kacang pes kentang goreng coslow, karet, sunkist
Aii CL dok tayang roti arab, roti tamis, jom kak shami2 tayang set kambing bleh heheheh
Alhamdulillah rundingan terbuka telah berlansung semalam, hasrat untuk membuka kedai dalam waktu terdekat insyallah semakin cerah harapannya..semua masalah telah dirungkai semalam, dan kata putus telah dibuat semua pihak telah berpuashati...
rupanya ada ceriter disebalik..diam seribu bahasa itu..
sicapik, ader masalah...skill negotiate dan juga berunding secara mesra..heheh

Alhamdulillah abang mie telah mengambil tempat dan membuka ruang bicara agar semua masalah dapat diselesaikan....dengan baik...
Barulah tenang sikit hati shami2...bila saluran telah masuk landasan...syukur pada Allah
yang mendengar doa2 hambaNya...
Kebetulan tuan jual kedai tersebut orang kedah juga, walaupun berlainan bangsa...wah bertambah mesra...1 malaysia hehehe
Terharu dengan panggilan yang diterima betanyakan dimanakah kami semua nak makan lagi kambing panggang abang mie...resah bertamu kerna harapan mereka lambat bertamu
namun Allah juga lebih mengetahui






















Isnin, 3 Mei 2010

Ibadah Umrah...dan diri kita

Gambar ni adalah gambar hiasan, inilah antara impian aku menunaikan ibadah haji dan umrah bersama pasangan yang kita kasihi....tak dapat aku bayangkan bagaimana indahnya aku dan suami berjalan begandingan di dataran kaabah....menunaikan ibadah bersama2 ...seperti pasangan ini...heheh..berangan dulu boleh kut..
Semua orang pasti mempunyai impian untuk ketanah suci baik untuk mengerjakan ibadah haji atau ibadah umrah...tidak ketinggalan juga bagi penduduk di kawasan perumahan tempat aku tinggal...
Alhamdulillah..setiap tahun ada wakil2 tertentu yang menawarkan pakej ibadah haji dan umrah melalui agensi masing2. Dan bagi tahun ini tawaran seumpama turut disediakan....
namun keadaan tidak berlaku selancar tahun2 yang sudah...pada tahun ini terjadi sedikit salah faham berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi merobohkan hotel2 dilokasi berkenaan yang terlibat dengan kerja2 pembangunan.
Berita yang diterima ternyata tidak dapat diterima oleh calon2 pakej umrah ini..
Hal yang berbangkit ialah terdapat sedikit perubahan tarikh dan juga pertambahan nilai bayaran...
Berikutan itu calon2 yang terlibat ada yang beremosi..
lantas tindakan drastik telah diambil...
dan daripada tindakan tersebut ada pihak yang telah bertindak bak perpatah pucuk dicita ulam mendatang khususnya dari pakej kedua yang menganjurkan pakej haji sahaja pada mulanya..menjadi penyelamat dengan tawaran2 umrahnya
Namun ada juga calon yang tetap setia menunggu maklumbalas mutakhirnya..
dari pakej asalnya.
Sedikit sebanyak berita perselisihan faham tersebut sampai jua ketelingaku...
Namun jauh disudut hati betapa aku sedih dengan keadaan yang berlaku..
Aku hanyalah peserta kuliah yang sama2 ingin menuntut ilmu,
Berita yang diterima cukup menyedihkan hati ini..
Betapa sikap manusia berubah sekelip mata hanya kerana kabur akan berita, mengambil kesempatan pun juga...
Dan juga gossip belaka yang ternyata menjatuhkan pihak yang asalnya..
Sanggup melontarkan tuduhan tak berasas hanya mengikut kehendak hawa nafsu semata...
Namun semua itu ternyata ujian Allah Taala...
pakej pertama dan kedua akan berlepas kesana bezanya hanya 4 hari sahaja.
betapa pencaturan Allah Taala menguji sikap manusia sesama manusia
siapakah yang kuat imannya...dimana wang menjadi pertaruhannya...
sanggup budibahasa, akhlak dan juga rasa hormat kepada tuan guru jadi pertaruhan belaka
Menangis tuan guru sedih akan anak muridnya ..yang lemah imannya
sanggup sangsi akan kepercayaan kepadanya...
Namun mereka akan bertemu jua disana kala menunaikan ibadah umrah ditempat yang sama...
Mudah-mudahan semuanya dalam perlindungan Allah Taala..
Aku menulis hanya sebagai pedoman semata....
betapa kita sentiasa dalam perhatian Allah Taala belum sampai kesana ..
Disini sudah diujiNya kita....
Aku turut menerima tempias emosional mereka...dalam kekalutan aku juga menjadi mangsa...sikap dan emosi entah sukar nak diucapkan dengan kata2..
Doaku mudah-mudahan hidayah dan petunjuk Allah berikan kepada mereka..
mengerjakan ibadah umrah bukanlah suatu ibadah untuk dimegah-megahkan hanya kerana kita mempunyai harta kekayaan semata2
tetapi penyucian jiwa dan keikhlasan kita beribadah kerna Allah Taala
adalah yang sebenarnya...dipertanggungjawabkan kepada kita..
Disamping kita juga mestilah menjaga perpaduan sesama kita serta elakkan menyakitkan atau menindas sesama kita.
Bersih sudahkan hati kita untuk menuju kepadaNya...