Memaparkan catatan dengan label info taqwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info taqwa. Papar semua catatan

Khamis, 28 Julai 2011

Ramadhan & Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak

Pandangan hadapan kedai
Pandangan dekat

Sudut kanan
Malam di kedai


Sudut kiri
Bahagian luar
 Pokok bunga melur .., cili dan buluh jepun

Alhamdulillah....
Salam  malam jumaat 27 Syaaban  tahun 1432 hijrah
sekali lagi malam jumaat bertandang lagi ...syukur atas rahmat Allah
ini kita masih lagi diberi kesihatan dan juga peluang
untuk terus beribadah kepadaNya....

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK "
BUAT SEMUA PEMBACA BLOG
SEHARI DALAM HIDUPKU
JUGA PELANGGAN
"PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK"

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
akan beroperasi  niaga di tapak Bazar Ramadhan Rawang
 bersebelahan pejabat cawangan MPS Rawang.
Temui kami di sana selepas solat asar setiap hari pada bulan Ramadhan ini.

Perkongsian ilmu...

Sama2lah
kita melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang bakal tiba ini
dengan penuh kesyukuran,
kerana dengan rahmat dan kasih sayang Nya
kita masih lagi diberi peluang
untuk memohon ampun 
 juga menunaikan ibadah kepadaNya.

sama2 kita fahami nasihat Rasulullah SAW dalam catatan hadis ini.

Daripada Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa
beliau bertanya Rasululullah SAW
"Wahai Rasulullullah,
beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku
ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka.
Nabi SAW menjawab:
"Engkau bertanya tentang pekara yang besar
namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT.
Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun,
kerjakanlah solat,
keluarkanlah zakat,
berpuasalah pada bulan Ramadhan
dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah."

Kemudian baginda bersabda
Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu2 kebaikan?
Puasa itu adalah sebagai perisai
sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan
sebagaimana air memadamkan api,
dan solatnya seseorang di tengah malam.

kemudian Baginda membaca ayat pada surah Al sajadah, ayat 16-17:

Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur
(sedikit sangat tidur, kerna mengerjakan solat tahajuj dan amal2 soleh)
mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka
dengan perasaan takut ( akan murka-Nya)
serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi ( keredhaan-Nya) dan
mereka selalu menderma sebahagian daripada apa yang kami beri kepada mereka.
Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu
persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka
(daripada segala jenis nikmat)
yang amat indah dipandang dan mengembirakan,
sebagai balasan bagi amal2 soleh yang mereka telah kerjakan.

Kemudian baginda bersabda
 Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?
Saya menjawab Mahu wahai Rasulullah!

Rasulullah SAW bersabda
Pokok amal adalah islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.

Kemudian baginda bersabda:
mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?

Saya menjawab Mahu wahai Rasulullah
Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda
Jagalah ini!

Saya berkata wahai Nabi Allah,
adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?
Baginda bersabda: Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan).
Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka
melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?

(Hadis riwayat Ahmad no 22016 dan al Tirmizi no 2619)

Wasallam.

Khamis, 21 Julai 2011

Bacalah, ..bacaan terbaik adalah Al Quran





Firman Allah dalam surah Al Alaq ayat 3-5

"Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia
Yang mengajar (manusia) dengan pena ( tulisan)
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak di ketahuinya.

Kitab (bacaan)  yang paling mulia dan paling tinggi

sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ar'raf ayat 2

"Ini adalah sebuah kitab ( Al Quran) yang diturunkan ( Allah) kepadamu ( Muhammad),
maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu kerananya,
supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir)
dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman. "

Membaca Al quran dan mentadabburinya,
mendalami isinya dan merenungi kandungan ayat2nya
merupakan cara untuk meraih kebahagiaan dan kelapangan hati.
Menjadi petunjuk, cahaya dan penawar penyakit atas
semua yang ada di dalam dada
juga sebagai rahmat .

Allah memberi barakah kepada orang yang membacanya,
 melaksanakan ajaran2nya berhukum dengannya
dan mengali hukum darinya.

Manfaat membaca dan mentela'ah

1) Mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan.

2) Menghindar seseorang agar tidak tenggelam dalam hal-hal batil.

3) Menjauhkan kemungkinan seseorang untuk berhubungan dengan orang2 yang menganggur dan tidak memiliki aktiviti.

4) Melatih lidah untuk berbicara dengan baik, menjauhkan kesalahan dalam ucapan dan menghiasinya dengan balaghah dan fashahah.

5) Mengembangkan aqal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani.

6) Meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingatan dan pemahaman.

7) Dapat mengambil faedah dari beberapa pengalaman manusia, beberapa hikmah orang yang bijak dan fatwa hukum para ulama.

8) Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan memproses pengetahuan, untuk mempelajari bidang2 pengetahuan yang berbeda dan penerapannya dalam kehidupan yang nyata.

9) Meningkatkan keimanan khususnya ketika membaca buku2 karangan kaum muslimin.
Sebab buku adalah penasihat yang paling agung, merupakan pendorong jiwa yang paling besar, dan merupakan penyuruh kepada kebaikan yang paling bijaksana.

10) Membantu fikiran agar lebih tenang, membuat hati agar lebih terarah dan manfaat waktu agar tidak terbuang secara percuma.

11) Dapat mengasah pemahaman kita terhadap makna suatu kata, mencapai pemahaman terhadap material secara utuh, memahami maksud ungkapan tertentu, mencerna dalil dalam kalimat dan mengetahui rahsia2 hikmah.

mutiara kata

Inti dari roh adalah pencerna yang dikandung makna
bukanlah sesuatu yang kita makan dan minum.
Wasalam...

Jumaat, 29 April 2011

PUNCAK KEREDHAAN ALLAH



Ibu bapa anak2 pendatang Myanmar, Burma, Indonesia dll
sedang rancak berjual beli demi sesuap nasi untuk anak2
dan kelansungan hidup yang sementara ini...
Ada permit kah?
Ada pasport kah?
Ada lesen kah?
Hanya pihak berkuasa saja layak memeriksa mereka
Selebihnya siapalah kita...
serahkan saja pada Allah Taala.....
namun rezeki mereka tetap ada pabila mereka sedia berusaha......


Anak2 pendatang ini akur,
rela dan bahagia mengambil satu sudut, bermain pondok2
sementara ibu dan bapa  bekerja....
bersih, mulus dan suci wajah simah, dan kawan2nya ini, pastinya belum
memahami  susah dan payah ibu bapa, mencari rezeki untuk mereka.
namun mereka berjaya menghiburkan diri dan
mencipta kebahagian  dalam dunia mereka sendiri...
semestinya itu antara kenangan indah zaman kanak2 mereka.
pabila dewasa nanti.


Salam jumaat,
sekali lagi penghulu segala hari bertamu lagi,
Alhamdulillah
kekangan masa menjarakkan pula n3 yang nak dikeluarkan oleh shami.
Alhamdulillah atas kurnia dan percaturannya....
kesibukkan sementara sebenarnya
adalah bagi memastikan amanahNya kepada diri shami
di selaraskan dengan baik....
solat ku ibadahku, hidupku, matiku hanya untukMu ya Rabbi

Namun sedikit masa2 terluang yang ada sempat shami
menelaah kitab2 yang ada bagi pedoman diri sendiri......dan dikongsi...
Firman Allah SWT dalam surah Al Fath ayat 18

"Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang2 mukmin ketika berjanji setia kepadamu (Muhammad) di bawah sebuah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)"

Inilah puncak tujuan yang didambakan oleh orang2 mukmin,
yang dikejar oleh orang2 yang shiddiq dan
 sangat diminati oleh orang2 yang beruntung,
iaitu redha Allah semata-mata.
Bagi mereka itulah segalanya.
Keredhaan Allah merupakan tujuan paling agung,
paling terhormat dan kurnia yang tinggi

Sedang pada ayat kedua pula disebutkan penghargaan berupa ampunan sebagaimana firmanNya dalam surah Al Fath ayat 2

"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang"

Pada ayat yang ke 3 penghargaannya adalah berupa taubat sebagaimana firmannya dalam surah At taubah ayat 117

"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang2 muhajirin dan orang2 Anshar"

Pada ayat ke 4 penghargaannya adalah berupa pemaafan, sebagaiman firmannya
dalam surah At taubah

"Semoga Allah memaafkanmu, Mengapa engkau memberikan izin kepada mereka ( untuk tidak ikut pergi berperang)?...."

Allah mengetahui apa yang terkandung di dalam kalbu mereka
berupa keimanan yang mantap,
keyakinan yang kukuh,
ketulusan yang jernih,
dan kejujuran yang setia.
Mereka rela untuk bersusah payah tidak tidur malam ,
menahan lapar dan haus, ditimpa bencana,
kesempitan, kesulitan dan kesengsaraan.
Oleh kerna itu lah Allah redha kepada mereka.

Sesungguhnya mereka telah meninggalkan keluarga,
harta benda
anak2 dan rumah mereka.
Mereka merasakan getirnya perpisahan,
pahitnya keterasingan,
letih dan penatnya perjalanan.
oleh kerana itu Allah redha kepada mereka.

Apakah balasan mereka berjihad
dan membela agama itu adalah hanya rampasan perang,
yang berupa unta dan kambing?
Apakah balasan orang2 yang membela risalah
dan mempertahankan agama hanya berupa harta benda yang melimpah?
Apakah kau kira gemerincing dirham,
 taman2 yang indah atau rumah2 yang megah
dapat meredam gelora orang2 yang suci pilihan itu?
Jawapannya tentu tidak.

Mereka hanya puas dan redha bila mendapat redha Allah, dan ampunanNya akan membuat mereka gembira. Firman Allah Taala berikut akan membuat dada mereka terasa sejuk.

Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka ( dengan) syurga dan (pakaian) sutera. Di dalamnya mereka duduk bertelekan di atas dipan. Mereka tidak merasakan di dalamnya ( terikan) matahari dan tidak pula dingin yang sangat. Naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak, dan piala2 yang bening laksana kaca, iaitu  kaca-kaca (yang terbuat) dari perak yang telah diukur mereka sebaik-baiknya

(Surah Al Ihsan ayat 12-16)

Wasallam