Memaparkan catatan dengan label Motivasi diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi diri. Papar semua catatan

Khamis, 1 Disember 2011

Minda positif minda yang cemerlang


Masak lemak cili padi ketam

Ulam celur pucuk keledek dan terung pipit serta kerabu telur masin


Sayur tumis bayam dengan bilis

Sambal belacan buah belimbing buluh partner air asam


Air asam untuk cicah ulam pucuk keledek dan terung pipit celur

Kerang rebus

Ikan kembung goreng

Ikan keli goreng kunyit

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang

Salam malam jumaat...

tiba lagi malam jumaat yang indah dimusim cuti sekolah semua anak2 pasti ada bersama kita saat ini
Pasti saat indah ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik,
lebih-lebih lagi dapat makan bersama seisi keluarga.
Sama-sama kita isi malam kita dinihari berdoa, bermunajat, juga menyambung lagi bacaan Al Quran
yang sudah menjadi sebahagian rutin harian kita. Memahami isi kandungannya insyallah
moga terjana minda dan sanubari kita.

Foto di atas adalah antara hidangan yang disediakan untuk makan tengahari
bersama, sejak awal pagi shami dan Pak Ngah ke pasar membeli keperluan, balik ke rumah kerja memasak pun dimulakan....diluar rumah cuaca mendung dan hujan renyai diselang seli hujan lebat, 
hujan membawa rahmat dari Nya
hidangan ringkas ini cukup membuka selera kami sekeluarga..
alhamdulillah


*****


Catatan bekal ilmu ....

Allah Subhanahu wata’ala telah mengingatkan mukmin
di dalam Al Qur’anul Karim mengenai prasangka negatif .

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan),
karena sebagian dari prasangka itu dosa.
Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain.
Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.
Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

 
Dalam tafsirnya, ibnu katsir ra. mengatakan bahwasanya Allah SWT melarang mukmin untuk berprasangka negatif tentang suatu keluarga dan orang lain pada umumnya.
Kecurigaan atau prasangka negatif ini dilarang apabila dilakukan tanpa dasar yang jelas.
Umar bin khatab ra. berkata “jangan pernah berpikir negatif terhadap perkataan yang dikeluarkan oleh saudara seiman, selama dapat menemukan alasan yang baik untuk itu.
Maksud khalifah umar ra. adalah seorang mukmin tidak boleh berprasangka buruk atas apa yang terjadi pada saudaranya.
Mukmin tersebut harus mengalihkan pikirannya agar tidak berpikir negatif dengan jalan mencari alasan yang baik.
Rasulullah SAW. Bersabda: “waspadai prasangka buruk, prasangka adalah sejelek-jeleknya pernyataan palsu. Jangan mengintai kesalahan orang lain, jangan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan dengki satu sama lain, jangan iri hati terhadap satu sama lain, jangan membenci satu sama lain, dan jangan mengelakkan satu sama lain. Dan wahai hamba Allah, jadilah kalian bersaudara!”
(HR Mutafaqun ‘alaih dan abu dawud).

****

Jika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati Anda

 

Jika Anda tidak ada motivasi, itu maknanya di dalam hati Anda, ada sesuatu yang tidak kena.

Anda tidak bersemangat sebab hati Anda tidak damai, tidak tenang, gusar dan tertekan.
Motivasi hanya akan ada apabila Anda tidak ada rasa gusar, susah hati, tertekan, kecewa, geram, marah atau dendam.

Orang yang bermotivasi adalah orang yang merasa seronok melakukan setiap aktiviti yang dilakukannya.

Dia bermotivasi kerana di dalam hatinya tidak ada perasaan gusar, susah hati, tertekan, kecewa, geram, marah atau berdendam.
Yang ada hanyalah perasaan suka, riang, girang dan enjoy.

Bagaimana untuk membangkitkan motivasi?

Gembirakan diri sendiri.

Nikmati apa yang Anda lakukan, nikmati aktiviti yang Anda buat, rasai keseronokannya
Bila sudah seronok, ada motivasi.

Orang berjaya sentiasa bermotivasi kerana mereka seronok apa yang mereka buat.
Aktiviti mereka banyak menjurus kepada pencapaian matlamat.

Maka, Anda perlu tahu apa yang Anda mahu capai, kemudian nikmati keseronokan dalam proses berusaha mencapai matlamat Anda itu.

****

mengubah sikap negatif kepada sikap positif


Untuk kita merubah sikap kita kepada sikap positif, kita kena hampirkan diri dengan persekitaran positif, berkawan dengan orang-orang bersikap positif, bercakap hal-hal positif, berfikir tentang aspek-aspek positif, melihat kepada aspek positif.

Sikap kita boleh diubah, yang penting kita ada kemahuan membara mahu berubah di dorong oleh keinginan mahu merubah hidup menjadi lebih bagus.

Ramai orang tersilap – perubahan yang dibuat oleh mereka hanya sementara kerana walaupun mereka mahu merubah sikap kepada sikap positif, mereka masih berkawan dengan orang-orang bersikap negatif, berkata hal-hal negatif, berfikir tentang hal-hal negatif, banyak melihat kepada aspek negatif dalam sesuatu perkara.

Kita sebenarnya yang membentuk diri kita sama ada bersikap positif atau bersikap negatif.
Kekadang, kita membiarkan diri kita dikuasai sikap negatif tanpa kita menyedari.

*****

 Anda susah untuk merasa bersyukur…disinilah Anda akan tahu apa sebabnya.

Sebab, di hati Anda masih ada titik hitam.
Hati Anda ibarat cermin jernih yang tembus pandang.
Titik-titik hitam yang mengotori hati Anda akan menggelapkan permukaannya lantas menyukarkan cahaya untuk menembusinya.
Anda pun susah untuk melihat semua yang ada di sebalik cermin.

Jika hati Anda sama seperti sebuah cermin, maka susahlah untuk Anda melihat secara tembus pandang. Anda tidak akan dapat melihat ke depan kerana penglihatan Anda terhalang.
Bayangkanlah Anda sedang memandu.
Mata Anda terus ke depan, menembusi cermin kereta.

Apa akan terjadi apabila tiba-tiba ada banyak titik-titik hitam muncul tak semena-mena di permukaan cermin kereta Anda? Anda akan rasa tidak selesa.
Anda susah nak memandu dengan lancar.
Anda jadi marah. Tiba-tiba rasa tidak puas hati.

Begitu jugalah dengan hati Anda.
Cahaya (nur) susah untuk menembusi hati apabila ada banyak bintik-bintik hitam.
Hati Anda susah untuk menjadi hati yang jernih lagi bersih sebab hati Anda kotor dengan puluhan ribu bintik-bintik hitam.

Rasa kesyukuran adalah emosi bersifat cahaya, iaitu emosi positif yang kedua tinggi kuasanya.
Ia bersifat cahaya kerana apabila rasa bersyukur wujud dalam diri Anda, kesannya Anda akan merasa bersemangat semula, emosi Anda berubah jadi emosi bersemangat, Anda jadi berinspirasi.

Motivasi Anda hadir tak semena-mena dalam jumlah yang tinggi.
Motivasi Anda menyala-nyala.
Semangat Anda marak membakar.


 Bintik hitam di hati muncul dari sikap negatif Anda, diransang oleh emosi negatif yang wujud di fikiran.
Emosi negatif ini diransang oleh bisikan-bisikan syaitan.
Kerjanya tak ada lain. Berusaha keras membuat Anda lupakan ALLAH, simply dengan mengapi-apikan marah.
Marah mengakibatkan Anda jadi tidak puas hati.

Emosi-emosi positif membuat Anda dekat dengan Tuhan.
Emosi negatif membuat Anda jauh dari Tuhan.
Maka apabila Anda mahu hadirkan rasa bersyukur tapi Anda susah untuk rasai kesannya, ketahuilah hati Anda masih lagi kotor.

Anda kena bersihkan.
Caranya, sebelum tidur maafkan kesalahan
semua orang yang berbuat salah pada Anda dari dulu sampai hari ini.

Sikap suka memaafkan kesalahan semua orang sebelum tidur dapat menghilangkan bintik-bintik hitam lantas membuat Anda jadi bersemangat pada keesokan harinya.
Amalan ini baik untuk mencuci hati.

Untuk impak maksima, lafazkan istighfar dengan setulus hati.

Mohon ampun pada ALLAH, minta maaf pada ALLAH kerana Anda telah berasa sakit hati pada orang lain. Istighfarlah banyak-banyak.
Rasai rasa memohon maaf itu, rasai sedalam-dalamnya hingga air mata Anda mengalir tak semena-mena.
Cahaya Tuhan (nur) akan mudah masuk ke hati.
Tiap kali Anda mahu rasa bersyukur, Anda akan merasainya serta merta tanpa ada halangan, tanpa ada rasa gusar, tanpa ada sangsi. Bila rasa bersyukur ada, emosi Anda akan terubah jadi positif, Anda rasa terhibur (joy), rasa bersemangat (passionate), rasa gembira dan rasa bahagia.

Elak dari rasa tidak puas hati. Elak untuk marah.

Lebih baik memberi maaf dari cepat naik marah. Sebab, kelak diri Anda merana.

Marah itu emosi negatif.

Apa saja yang negatif, sifatnya memusnahkan.

 
Hati orang pemaaf di sinari cahaya.


Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi, bersemangat.


Bila sudah ada motivasi, akan ada energi.

Dari sinilah Anda merasa sentiasa bertenaga.

Anda akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.

Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat Anda merasa sakit hati.

Maafkan orang yang Anda tak puas hati dengan perangainya.

Maafkan orang yang pernah menghina Anda, merendah-rendahkan Anda, mempersendakan Anda.

Sikap sebegini Anda membuat Anda maju ke depan.

Lawan api dengan api, Anda akan musnah.

Dua-dua musnah.

Bila lawan api dengan air, Anda akan dapat musnahkan api lalu meninggalkannya untuk mengecap hidup yang lebih baik.


 
*****

 
Berikut adalah 2 syarat untuk senarai kesyukuran memberi kesan di hati Anda:

1.Ketenangan

2.Kemaafan.

Latih diri untuk bertenang-tenang selalu. 
Ketenangan dan kedamaian hati adalah sifat positif kerana
ia dikaitkan dengan sifat malaikat juga sifat orang-orang soleh.

Bila Anda duduk, berdiri, berbaring, memandu, buat sesuatu kerja atau sedang bersantai-santai di depan tv, cuba buat sambil bertenang iaitu dengan relakskan diri.
Jika Anda sudah merasa relaks, cuba untuk merasa lebih relaks, kemudian lebih relaks lagi dari yang tadi.

Elak sikap suka menyindir dan sikap melepas geram (atau rasa tidak puas hati) melalui sindiran kerana itu akan menghapuskan rasa kegembiraan Anda, ibarat nila setitik hancur santan sebelanga.
Tiap kali Anda membina Senarai Kesyukuran atau Nota Terima Kasih, ia tidak akan memberi kesan apa-apa di hati, kesyukuran yang Anda ucap bagai terhalang-halang jadinya.

Maafkan kesalahan orang lain pada Anda.
Maafkan, lupakan, let it go!.
Rasa marah ibarat batu besar yang tak berhenti jatuh satu persatu dari atas tatkala mendaki ke puncak bukit. Pilihlah untuk menjadi insan pemaaf sebab Anda akan jadi lebih gembira, lebih bahagia.
 Syaratnya, jangan ingat selalu perkara-perkara menyakitkan hati, tapi ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri kemudian lafazkan ‘terima kasih Allah’.
Hati lebih happy, tak gitu?


*****

Orang minda tahap rendah, akan kerap bercakap pasal hal orang lain.

Orang minda tahap tinggi, akan kerap bercakap pasal idea dan kejayaan.

Ketahuilah orang dengan minda bertahap rendah kerap bercakap pasal hal orang lain kerana itu menghiburkan mereka, menyeronokkan dan semakin dibuat, semakin syok rasanya.
Orang bersikap positif biasanya akan mengelak dari bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan orang itu, kegagalan orag lain, keaiban orang lain.
Namun orang bersikap positif cukup teruja bercakap mengenai kejayaan, mengenai pencapaian dan mengenai idea-idea baru atau strategi baru.

Orang bersikap positif biasanya lebih banyak diam.
Orang berilmu jarang bercakap kecuali jika di minta.  

Orang minda tahap rendah jarang ada keinginan membuak-buak mahu menambah ilmu, mahu belajar lebih banyak, mahu mendalami lebih banyak pengetahuan.
Mereka biasanya lebih kerap mengkritik dan mengomen.

Jadi, orang cemana yang Anda mahu jadi?
Orang minda tahap rendah atau orang minda tahap tinggi?
Untuk berjaya dalam hidup,
Anda perlu ubah diri menjadi orang dengan minda tahap tinggi, iaitu orang yang memandang ke depan, orang yang tidak suka mengomen dan mengkritik, sebaliknya suka menghargai dan mengagumi.

Pendiam tidak semestinya sombong. Cuma bercakap ketika perlu, bercakap ditempat yang sesuai (ngam).

****

Mindset terhasil dari gabungan dua perkataan iaitu ‘mind’ dan ‘set’.


Mind adalah perkataan inggeris bermaksud minda dalam bahasa Melayu.
Perkataan ‘set’ bermaksud tetapan.

Mindset bermaksud tetapan minda. Ia adalah jenis setting yang Anda tetapkan pada minda Anda.

Sebagai contoh, jika setting mindset Anda adalah rajin, maka Anda akan jadi orang rajin.

Jika setting mindset Anda adalah malas, maka Anda akan jadi orang malas sebab Anda merasa malas.

Jenis tetapan (setting) yang Anda dah buat pada minda Anda, itulah yang akan jadi realiti.

Seperti mana Anda bebas mengubah tetapan (setting) pada handphone Anda, samalah juga dengan minda Anda. Anda boleh tetapkan setting minda Anda kepada setting yang Anda mahu, yang Anda rasakan selesa menggunakannya.

Sebenarnya, mindset adalah attitude Anda, iaitu sikap Anda.

Setiap dari kita membuat setting pada minda masing-masing tanpa di sedari.
Sebabnya, tidak tahu bagaimana minda bekerja. Kekadang, tidak terfikir untuk mahu tahu cemana minda bekerja.

Minda bekerja mengikut fikiran kita. Fikiran kita pula dipengaruhi oleh hati.

Hati dipengaruhi oleh emosi.

Dalam masyarakat kita, cemana hati seseorang begitulah juga dengan mindsetnya.
Cemana rupa mindsetnya, gitulah juga rupa hatinya.

Untuk melatih diri Anda menjadi insan bermindset ke arah kecemerlangan,
terlebih dahulu Anda kena kemudi hati Anda.
Hati kena bersih, maksudnya Anda kena belajar cemana jadi orang baik,
cemana jadi insan pemaaf dan cemana bersangka baik.

Tidak boleh ada sikap riak, berbohong, memandang rendah dan pemarah.

Mindset Anda dipengaruhi oleh pergaulan dengan orang-orang di sekitar Anda iaitu kawan-kawan Anda, ibu bapa, adik-beradik, rakan sekerja. Mindset Anda mudah dipengaruhi oleh sesiapa saja yang kerap berinteraksi dengan Anda.

Cemana mereka, camtu jugalah Anda.

Anda akan menyerupai mereka simply sebab gelombang minda mereka masuk ke minda Anda, turun ke hati lalu mempengaruhi fikiran Anda.
Perkataan-perkataan yang mereka ucapkan akan mempengaruhi Anda serta-merta tanpa Anda sedari.

Mindset adalah perkataan-perkataan yang Anda ucapkan, kemudian masuk ke minda Anda. Setiap perkataan yang Anda ucapkan,yang Anda nampak, yang Anda baca, yang Anda fikirkan, yang Anda ingati dan yang Anda bayangkan memberi impak tertentu kepada minda Anda.

Untuk membina mindset cemerlang sama seperti orang yang sememangnya cemerlang, Anda kena ubah mindset Anda sekarang ini. Hijarahkan mindset Anda.

Upgrade mindset Anda. Andai kata dulu mindset Anda adalah mindset jadi orang rajin, kali ni ubah mindset tu kepada mindset nak jadi orang lebih rajin, dua kali ganda lebih rajin dari rajin yang dulu.

Katakan pada diri Anda, Anda mahu jadi orang rajin.
Ulang-ulangkan perkataan ini, ucapkan di dalam hati: “aku mahu jadi orang rajin” selepas tu berlakonlah jadi orang rajin.
Lama-kelamaan Anda akan terbiasa jadi orang rajin,
bahkan sikap rajin itu menjadi sikap yang Anda biasa, diserap oleh diri Anda tanpa Anda sedari.

Jangan lawan kemalasan, sebaliknya jadilah orang rajin.

Jangan nak jadi cemerlang sebab nak tunjuk pada orang,
sebaliknya jadilah orang cemerlang sebab Anda nak cabar diri sendiri
mencapai tahap lebih bagus dari tahap sekarang ini.



Wasallam

sumber catatan siri Motivasi oleh
Datuk Dr Fadhilah Kamsah....








Isnin, 12 September 2011

Pengisian di cuti hujung minggu


 Lembu tenusu baru

 Lembu-lembu yang bakal di dijual dihari raya korban

Lembu bunting
 Besar lembu ni
 Lagi foto lembu2 tenusu


 Kelabu kucing milik tuan haji sidek


 Kera milik anak tuan haji sidek dan besar ...dah
 Leka merenung anak2 ...shami
 Si ayam belanda
 Si ayam belanda beraksi didepan kamera
 tiga sekawan jinak
 Aksi macam menari sambil mengembangkan bulu2nya
 Arnab yang dipelihara
Comel dan jinak arnab yang dipelihara
 Anak2 seronok menyaksikan aksi arnab2 ni
 Ikan2 di dalam kolam
 Berpusu2 ikan ni menghampiri tebing kolam bila setiap kali
kami maupun tetamu yang datang hampir di tebing kolam
 Adik mimi dan abang cik aan leka dengan ikan2
 Kawasan ladang ternakan juga ditanam dengan pelbagai pokok buah
antara pokok limau kasturi lebat buahnya
 Ini pula rumput khas yang ditanam untuk makanan ternakan
dari jauh nampak macam pokok tebu
 Pokok bunga raya yang menghiasi laman rumah Tuan Haji Sidek
" tidak terlewat untuk di ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54
SEMOGA TANAH TUMPAH DARAHKU INI AMAN SEJAHTERA
MAKMUR SERTA DIDALAM PERLINDUNGAN DAN RAHMAT DARI-NYA


 Rumput yang telah diproses bagi makanan ternakan
 Banyak lembu yang telah di sediakan sebagai persiapan untuk hari raya korban
kali ini banyak yang berwarna hitam...bersinar mata lembu tu bila terkena
lampu flash kamera..(sebelah kiri)
 dari sebelah kanan

Demikianlah foto sepetang memenuhi jemputan rumah terbuka Tuan Haji Sidek
dan juga menemani Pak Ngah Hilmi berurus niaga...alhamdulillah


Cuti Hujung minggu


Salam hujung minggu,tentunya ramai antara kita khususnya 
diLembah Kelang ini mengadakan rumah terbuka juga mendapat undangan
rumah terbuka alhamdulillah...jalan2 raya pastinya sesak bila 
menjelang petang....itulah kebiasaanya 


5 hari bekerja dipejabat ...
2 hari cuti hujung minggu shami menjadi suri rumah sepenuh masa
banyak kerja rumah yang perlu dibereskan 
sebulan di bulan Ramadhan tumpuan siang dan malam 
lebih banyak kepada urusan kerja disiangnya malamnya pula tentu 
lebih banyak di rumah2 Allah.


Sabtu dan Ahad pagi suasana tenang damai, 
hujan rintik2...sesudah subuh perancangan dibuat ....
pagi yang redup...rindunya bermanja dengan rumah sendiri
maka bermulalah operasi membersih mengemas apa yang patut.
....perlahan2 akhirnya selesai sudah
kali ini pembantu sambilan tak dijemput semuanya buat sendiri dengan anak2.
alhamdulillah ..berjalan lancar.


******
Istimewa pengisian cuti hujung minggu antara sumber ilmiah
yang di telaah...sama2 kita baca dan renung untuk kita amalkan dalam 
kehidupan kita sehari2....mudah-mudahan rohani dan juga fikiran kita
difokuskan kepada pembinaan minda yang cerdas, cergas, positif dan inovatif
bagi  kecemerlangan diri juga keluarga kita insyallah.


Langkah permulaan sesudah solat subuh dihujung minggu,
 manfaatkan sejenak waktu untuk diri kita 
luangkan masa membaca ayat2 suci Al quran yang tertentu, 
juga membaca sumber2 bacaan bermanafaat 
sebagai motivasi untuk diri sendiri merenung hajat kita untuk hari tersebut
apa yang telah kita pelajari dari tuan2 guru cuba diamalkan ...
Luangkan masa sebaiknya untuk diri kita sendiri
kemudian sediakan sarapan untuk keluarga...
tunaikan solat sunat dhuha ...
bila tiba waktunya
mulakan operasi yang dirancang perlahan2..dengan tenang...
insyallah semuanya berjalan lancar...
Sentiasa sematkandalam  hati kita dengan mengingati Allah...
sentiasa berdoa ...
lapangkan fikiran, nikmati pekerjaan kita, rasa kehadiran-Nya
disisi kita....tanpa kita sedar kita sebenarnya telah pun menyiapkan kerja kita...
Berhenti seketika untuk tunaikan solat ...
luangkan masa pada sebelah petang memenuhi jemputan rumah terbuka
atau keluar seketika menikmati udara dan pemandang alam semesta ... 
insyallah semuanya akan baik...


************


MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.



MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.



MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.



MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.



MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.



MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. 


Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu...... 

SABAR DAN KEBAIKANNYA 

Sabar merupakan satu ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar 
dilaksanakan. Namun demikian sabar boleh dilatih dan diajar pada jiwa yang 
agresif, keluh kesah dan pemarah dengan mengingati Allah dan berzikir selalu. 
Firman Allah: 
‘Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu dapat menenangkan hati.’  
(Surah Al-Ra'dhu: 28) 
Dari hati yang tenang akan menjadikan seseorang itu sabar. Firman Allah: 
‘Maka sabar olehmu bahawa kesabaran merupakan suatu yang indah.’  
(Surah Al-Maarij: 5) 
Pada ayat yang lain Allah berfirman: 
‘Dan sekiranya kamu bersifat sabar itulah kebaikan bagi orang-orang yang 
bersabar.’ 
(Surah Al-Nahl: 126) 

Sabar amat pahit dirasai tetapi hasilnya manis sekali. Itulah ungkapan 
yang sering didengar saban hari, namun manusia selalu kecundang di 
sebaliknya. Di sini kita perlu ingat sejarah perjuangan Rasulullah. Baginda telah 
membuktikan bahawa kejayaan baginda adalah berbekalkan kesabaran yang 
kuat sehingga golongan kafir Quraish menerima Islam kerana terpikat dengan 
kelembutan dan kesabaran baginda.



.Doa Agar Beroleh Kelapangan Hati:

أَ ﻟَ ﻢْ ﻧَ ﺸْ ﺮَ حْ ﻟَ ﻚَ ﺻَ ﺪْ رَ كَ (١)وَوَﺿَﻌْﻨَﺎ ﻋَ ﻨْ ﻚَ وِ زْ رَ كَ (٢)اﻟﱠﺬِي أَ ﻧْ ﻘَﺾَ ﻇَ ﻬْ ﺮَ كَ (٣)وَرَﻓَﻌْﻨَﺎ ﻟَ ﻚَ ذِ آْ ﺮَ كَ (٤)ﻓَ ﺈِ نﱠ ﻣَ ﻊَ ا ﻟْ ﻌُ ﺴْ ﺮِ ﻳُ ﺴْ ﺮًا
(٥)إِ نﱠ ﻣَ ﻊَ ا ﻟْ ﻌُ ﺴْ ﺮِ ﻳُﺴْﺮًا (٦)ﻓَﺈِذَا ﻓَ ﺮَ ﻏْ ﺖَ ﻓَ ﺎ ﻧْﺼَﺐْ (٧)وَإِﻟَﻰ رَ ﺑِّ ﻚَ ﻓَ ﺎ رْ ﻏَﺐْ (٨)  

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta 
mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan 
daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan 
memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah 
meninggikan bagimu:  sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan 
berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa 
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa 
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila Engkau telah 
selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha  
(mengerjakan amal soleh Yang lain), Dan  kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau 
memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini). (94: 1-8) 

Surah ini diturunkan oleh Allah untuk memberikan berita gembira sekaligus meringankan 
tekanan dalam menyampaikan risalah Islam kepada manusia. Di samping itu, Allah 
s.w.t. memuliakan baginda dengan meninggikan nama baginda untuk disebutkan 
bersama dengan nama-Nya dalam kalimah syahadah, azan, iqamah, tasyahud dan lainlain.
 (Ibn Kathir, ad-Durrul Manthur, Ruhul Bayan, tafsir surah al-Insyirah) 
Dalam Hasyiah as-Sawi, disebutkan bahawa ramai daripada kalangan orang soleh yang 
menjadikan surah ini sebagai amalan untuk menghilangkan rasa sedih dan kesempitan. 
Ia turut digunakan untuk menguatkan daya ingatan dan mempertingkatkan kefahaman. 


*******

.Manusia adalah mahkluk sosial (civil socity), di mana antara yang satu dengan yang lainnya saling memerlukan, serta saling mengisi dan menutupi dalam hal kelebihan maupun kekurangan. 
Islam mengajarkan umatnya agar selalu mempererat tali ukhuwah Islamiyah, agar umat ini menjadi umat yang bersatu dan dapat menebarkan kebaikan kepada umat manusia pada umumnya. 
Salah satu kebaikan yang dapat mempererat tali persudaraan dalam Islam, dan membuka pintu kebaikan pada orang lain adalah silaturahim. Allah SWT berfirman:

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya  Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain , dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS. An-Nisa’: 1)



Di antara hikmah dari memelihara hubungan silaturahim itu secara garis besar ada 2 (dua) hal penting. Sebagaimana dijelaskan dalam hadits Rasulullah saw yang bersumber dari Abu Hurairah radhiallahu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:



مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ



“Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan ingin dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Bukhari) 


Dalam hadits tersebut di atas dijelaskan tentang hikmah silaturahim, bahwa orang yang menyambung hubungan silaturahim maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala kebaikan di dunia ini (selain pahala di akhirat), berupa keluasan rezki dan umur yang panjang. 
Semoga Allah SWT menjadikan kita umat yang selalu menjaga hubungan tali silaturahim dengan sebaik-baiknya. Amiin 


Wallahu’alam