Sabtu, 14 Mac 2015

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak : BBQ lamb untuk tempahan majlis Aqiqah













Salam sejahtera semua, 
selamat bercuti buat anak-anak semua.
Cuti sekolah tiba lagi. Isi masa lapang dengan aktiviti yang sihat, 
bantu ibu ayah di rumah maupun di lapangan kerja masing-masing.
Belajar sesuatu daripada aktiviti kita bersama ibu dan ayah.

Dikongsikan inilah aktiviti adik mimi dan Pak Ngah Hilmi ketika cuti hujung minggu maupun cuti persekolahan semasa. Menjadi pembantu setia mengikut baba menguruskan 
kambing untuk tempahan katering BBQ, kali ini untuk tempahan Aqiqah.
Kepada pembaca semua, sekiranya anda berminat dan ingin menempah Lamb BBQ dari PHGL untuk sebarang majlis kenduri, Aqiqah dan sebagainya 
sila hubungi kami di wsup hp berikut:
012-9332709 @ 019-2284344

atau jemput singgah ke restoran kami di alamat yang tertera di bahagian tepi sebelah kiri blog ini. Insyallah kami sedia memberi khidmat rundingan katering makanan majlis 
anda, percuma mengikut citarasa dan budget anda. 
Anda juga berpeluang untuk menikmati rasa keenakan BBQ lamb grilled 
dengan kuah black pepper yang enak,
Jom singgah, jom rasa kambing panggang istimewa oleh 
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak.


KONGSI ILMU KEHIDUPAN

Mendekatkan anak dengan Al-Quran.

Al-Quran panduan sepanjang zaman.

Bukan sekadar kitab yang dibaca tetapi kandungannya perlu difahami,dihayati dan dilaksanakan.

Inilah yang dilakukan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.

Beliau mengajarkan al-Quran kepada anak-anaknya.

Semasa memerintah beliau membenarkan anak-anak berjumpa dengannya untuk
 mempelajari al-Quran sebelum membenarkan rakyat jelata bertemu dengannya.

Tindakan:Bagi yang berkemampuan ajarkan anak-anak al-Quran,jika tidak mampu,hantarlah mereka ke kelas pengajian al-Quran.

Pada masa yang sama berusaha untuk menguasai bacaan al-Quran dengan baik.


Khalifah UmarAbdul Aziz bukan sahaja memilih guru dan menetapkan silibus pengajian tetapi melakar perjalanan dan cara pelaksanaan yang perlu diikut oleh pendidik anak-anaknya.

Beliau bukan sekadar memberikan arahan,menetapkan jalan dan cara mendidik anak,tetapi menitik beratkan faedah yang diperolehi hasil perancangannya.

Tindakan: Tetapkanlah silibus pengajian anak-anak di rumah.
Sebaik-baiknya susunlah silibus pengajian yang membangunkan jiwa,minda dan spiritual.
Aktiviti kita bersama anak-anak seharian adalah medan silibus pengajian kita sekeluarga. 

Pastikan aktiviti kita bermanafaat dan tidak membuang masa dengan sia-sia.

Wasallam





2 ulasan:

huda berkata...

rindu nak makan kambing golek, ade rezki nak buat gak aqiqah anak insyaAllah

Unknown berkata...


Jemput datang rasa kat kedai.
Sambil makan bole dapatkan info tentang pakej aqiqah.