Sabtu, 24 Januari 2015

Persediaan






Alhamdulillah genap sudah 2 minggu hari persekolahan berlansung.
Hujung minggu muncul lagi, rutin tahun 2015 juga berubah mengikut 
tahap kedudukan persekolahan anak-anak.

Tahun ini adik mimi berada di tahun 5, sekolah pagi 
dan juga sekolah agama pada waktu petang.
Hasil usaha gigih adik mimi pada tahun 2014, dia berjaya 
menempatkan dirinya di dalam kelas pertama baik di sekolah pagi 
dan juga sekolah agama waktu petang.

Rutin hujung minggunya pula mengikuti kelas tuisyen 
pada setiap hari sabtu pagi hingga tengahari
 kelas kemahiran Al quran & Hafazan pula pada setiap Ahad pagi hingga tengahari.
Abang cik an tingkatan 3, angah pula di tingkatan 5.

Along pula sedang menunggu keputusan SPM,
tempoh yang ada dia memilih membantu Pak Ngah 
di kedai sambil belajar memasak dan menguruskan kedai...
Setiap petang pulang dari ofis saya minta dia buatkan air minum untuk saya
itu pembelajaran secara tidak lansung untuknya....

Saya masih lagi bekerja di dalam bidang kemahiran saya iaitu sebagai 
Esekutif pentadbiran kontrak, yakni mengurus dan mentadbir kontrak kerja 
milik syarikat tempat saya bekerja. 

Kami bekerja secara berpasukan,
tahun ini adalah tahun yang agak mencabar bagi syarikat kami...
perlaksanaan beberapa dasar pihak berkuasa, memerlukan pasukan kami
bekerja dengan lebih gigih lagi...ianya bagaikan suatu  proses pembelajaran yang tidak pernah tamat. 

Perniagaan adalah suatu medan kerjaya yang penuh dengan ilmu
saban hari kita sentiasa belajar perkara-perkara yang baru..
Turun dan naik prestasi kerja kita di dalam perniagaan memerlukan
pergantungan yang kuat dengan Allah SWT..
Semua yang kita ada adalah milikNya, andai timbul sebarang isu sekalipun
kita kena kembali kepadaNya
kerana penyelesaian itu ada bersamaNya...

Sesungguhnya yang pasti tamat adalah usia kita
bila, di mana dan bagaimana ...tiada siapa yang dapat menduga.
Bersedia dan terus membuat sebanyak-banyaknya kebaikan
dengan penuh jujur dan ikhlas.
Persediaan itu tentulah dengan ilmu...carilah ilmu, amalkan
sampaikan ....insyallah kita sentiasa didalam persediaan..


KONGSI ILMU


Wasallam


Tiada ulasan: