Alhamdulillah, masih berpeluang berbuka bersama ke semua
anak-anak di kampung halaman.
Along & angah abang cik an dan adik mimi
Menu berbuka puasa pada petang 29 Ramadhan 1435 Hijrah
kami ialah:
Bihun hailam & mee goreng
kegemaran anak2 oleh kawan Pak Ngah iaitu (Leh Pak AQ)
lauk pauk jualan dari jiran yang berniaga di sebelah rumah;
Kari kepala ikan
Daging goreng kunyit
Ikan keli sambal
Jeruk daun maman dari pasar ramadhan
Kek marble & manggis buah tangan mak kepada bisannya @ ibu Pak ngah
ketupat daun palas & serunding ikan dari mertua.
Buah rambutan dari halaman rumah mertua.
Jus oren ..
Menu yang ringkas Alhamdulillah...
KONGSI ILMU
18.Surah Al-'Isrā'
إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا
Sesungguhnya
Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam),
dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan