Hari ini 23 Ramadhan bagi tahun 1435 Hijrah.
Cuti hujung minggu saya mengikut suami untuk urusan perniagaannya.
Kali ini kami berkenalan dengan pembekal kambing iaitu
dari pengurusan sebuah Maahad Tahfiz.
Di miliki sepenuhnya oleh seorang hamba Allah (wanita).
Beginilah persekitaran kandang ternakan,
terdapat juga ruang untuk bercucuk tanam, kolam ikan
semuanya masih di dalam proses pembangunan.
Ternakan yang ada kelihatan jinak-jinak, bebas berkeliaran
antaranya, lembu, anak2 lembu, itik angsa, ayam kampung, ayam piru
ayam belanda, merpati, kambing, biri-biri.
Sebuah kolam ikan, ini belum sempat saya tinjau.
Ternakan ini bukan sahaja
menjadi sumber bekalan makanan yang suci dan bersih
kepada para pelajar malahan adalah juga produk perniagaan
sebagai sumber pendapatan tambahan untuk Maahad Tahfiz ini.
Masyallah....
Semoga anak-anak di sini berjaya dengan cemerlang menjadi
hafiz dan hafizah suatu hari nanti insyallah.
JOM BERDOA
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan